Sunday 16 November 2014

TRanSGENdeR

Assalamua'laikum dan salam sejahtera...


Insyallah, tetiba aku dapat wassep dari sahabat yang berbunyi:

Kepada kaum muslimat. Seperti yang kita tahu bahawa pondan sudah dapat lesen untuk berpakain seperti wanita.Maknanya, kaum muslimat bila masuk tandas dah tak boleh sesuka hati buka tudung atau aurat sebab abang pondan juga ada disitu.Atau lebih sadis, LELAKI-LELAKI GILA SEKS DAN MATA KERANJANG boleh juga MENYAMAR jadi pondan, kemudian bebas masuk tandas awam perempuan. tOLONG SEBARKAN KEPADA OPAH, MAK,KAKAK, ADIK, MAKCIK, DAN SEMUA MUSLIMAT lAIN TENTANG HAL INI. SELAMATKAN WANITA ISLAM.

............................................................................................................................................
*petikan yang aku ambik dari malaysia kini..(yang lain baca sendiri la)
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.
.................................................................................................................
*rujukan dari harakah daily
MAHKAMAH Rayuan pada 7/11/2014 mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah tidak berperlembagaan. Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 66 memperuntukkan “mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Antara alasan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan adalah Seksyen 66 dirangka untuk mencegah kesan negatif kepada masyarakat, yang antaranya membendung kegiatan homoseksual dan lesbian yang menyebabkan penyebaran HIV.
.......................................................................................................................
kenapa tetiba aku bangkitkan hal ini adalah kerana tetiba aku merasakan satu ketakutan dimana bumi malaysia kini sudah tidak aman, keselamatan wanita terancam dan kebebasan wanita Islam makin mengecil..persoalan aku adalah, adakah mereka juga menggunakan surau awam bahagian muslimat???huh..okay..agak kurang waras ya selepas aku membaca..sebelum ini mugkin aku cuma merasakan okay dunia akhir zaman, tetapi tidak emikirkan kesan terhadap keselamatan dan kebebasan muslimat..

terima kasih sangat kepada sahabat tu sebab memberi peringatan..sangat hargai...benda dah jadi, so apa tindakan kita untuk protect diri dan muslimat yang lain?cadangan??
1)kita tidak boleh sesuka hati ketandas seorang diri..ajak teman
2)jangan sesekali membuka aurat/tudung didalam tandas..cari tempat yang lebih private..
3)selagi tak emergency takyah p toilet
4)mintak pihak pengurusan tu tampal notis "gurls only","transgender no entry"
5)mintak buat toilet baru untuk diaorang..hahaha
6)demonstrasi????hahahah..gilo kau..

okayla..just peringatan sesama kita...saling pesan memesan sebab kita sayang semua wanita kat luaq sana..jenayah akan makin parah..lelaki makin 'berkuasa' dan merbahaya..(jenayah tu..faham-fahamsendiri la..malu nak tulis)x sanggup..takut rasa..
dan paling penting jaga aurat n perilaku kita..letakkan perlindungan tertinggi kepada Dia..

#janganmengoda
#jagadiri
#jagan dibenci orang yang berbuat dosa tapi bencilah dosa yang dibuat
#sama-sama kita doakan moga lepa sedaq dan kembali bertaubat.

wallhualam


No comments:

Post a Comment