Sunday 16 November 2014

TRanSGENdeR

Assalamua'laikum dan salam sejahtera...


Insyallah, tetiba aku dapat wassep dari sahabat yang berbunyi:

Kepada kaum muslimat. Seperti yang kita tahu bahawa pondan sudah dapat lesen untuk berpakain seperti wanita.Maknanya, kaum muslimat bila masuk tandas dah tak boleh sesuka hati buka tudung atau aurat sebab abang pondan juga ada disitu.Atau lebih sadis, LELAKI-LELAKI GILA SEKS DAN MATA KERANJANG boleh juga MENYAMAR jadi pondan, kemudian bebas masuk tandas awam perempuan. tOLONG SEBARKAN KEPADA OPAH, MAK,KAKAK, ADIK, MAKCIK, DAN SEMUA MUSLIMAT lAIN TENTANG HAL INI. SELAMATKAN WANITA ISLAM.

............................................................................................................................................
*petikan yang aku ambik dari malaysia kini..(yang lain baca sendiri la)
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.
.................................................................................................................
*rujukan dari harakah daily
MAHKAMAH Rayuan pada 7/11/2014 mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah tidak berperlembagaan. Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 66 memperuntukkan “mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Antara alasan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan adalah Seksyen 66 dirangka untuk mencegah kesan negatif kepada masyarakat, yang antaranya membendung kegiatan homoseksual dan lesbian yang menyebabkan penyebaran HIV.
.......................................................................................................................
kenapa tetiba aku bangkitkan hal ini adalah kerana tetiba aku merasakan satu ketakutan dimana bumi malaysia kini sudah tidak aman, keselamatan wanita terancam dan kebebasan wanita Islam makin mengecil..persoalan aku adalah, adakah mereka juga menggunakan surau awam bahagian muslimat???huh..okay..agak kurang waras ya selepas aku membaca..sebelum ini mugkin aku cuma merasakan okay dunia akhir zaman, tetapi tidak emikirkan kesan terhadap keselamatan dan kebebasan muslimat..

terima kasih sangat kepada sahabat tu sebab memberi peringatan..sangat hargai...benda dah jadi, so apa tindakan kita untuk protect diri dan muslimat yang lain?cadangan??
1)kita tidak boleh sesuka hati ketandas seorang diri..ajak teman
2)jangan sesekali membuka aurat/tudung didalam tandas..cari tempat yang lebih private..
3)selagi tak emergency takyah p toilet
4)mintak pihak pengurusan tu tampal notis "gurls only","transgender no entry"
5)mintak buat toilet baru untuk diaorang..hahaha
6)demonstrasi????hahahah..gilo kau..

okayla..just peringatan sesama kita...saling pesan memesan sebab kita sayang semua wanita kat luaq sana..jenayah akan makin parah..lelaki makin 'berkuasa' dan merbahaya..(jenayah tu..faham-fahamsendiri la..malu nak tulis)x sanggup..takut rasa..
dan paling penting jaga aurat n perilaku kita..letakkan perlindungan tertinggi kepada Dia..

#janganmengoda
#jagadiri
#jagan dibenci orang yang berbuat dosa tapi bencilah dosa yang dibuat
#sama-sama kita doakan moga lepa sedaq dan kembali bertaubat.

wallhualam


joDOh itU RAhsIA aLLaH

assalamua'laikum dan salam cinta buat kamu..moga makin bertambah iman..



insyallah..tajuk kali ni mungkin agak kurang sesuai ditulis oleh aku yang muda belia ni...akan tetapi aku nak jugak tulis kisah benar ni..dimana benda ni amatlah rugi..faham ke maksud ayat tu??

okay penah dengar tak cerita seorang cikgu yang suruh anak murid dia ke padang tuk ambil sesuatu yang terbaik..oaky disebabkan aku pon tak berapa ingat cerita tu jadi aku akn buat versi aku sendiri..okay ^,<

Seorang ayah telah membawa anaknya ke kedai kasut..lalu si anak pon teruja dan dia telah melewati hampir keseluruhan kedai di pekan itu..di kedai yang pertama dia telah tertarik dengan sepasang kasut sukan yang sangat bagus..tetapi disebabkan tidak sabar menunggu untuk membayar(maklumla ramai orang) dia telah keluar tanpa membeli kasut tersebut..di kedai yang seterusnya dia juga mendapati sepasang kasut yang amat cantik dan berkualiti..tetapi disebabkan harga yang murah (bajet ayah tadi 300) dia merasakan tidak berbaloi bagi membazir baki bajet ayahnya itu..dia pon tak jadi membeli..akhirnya setelah penat berjalan, dia menajak ayahnya untuk pulang kerumah, kerana tidak ada satu pon kasut yang dia beli, sedangkan dia sudah penat berjalan..dia menyesal kerana tidak membeli kasut yang pertama tadi..ayahnya memujuk dengan mengatakan, "tidak emngapa anakku, besok kita akan kembali lagi ke sini untuk membelinya ya, jangan kamu bersedih".(penah tak korang rasa macam tu lepas balik dari pekan dengan mak ayah dulo-dolu, masa korang sekolah rendah tu..mesti penah kan)

keesokkanya, pergilah si ayah dengan anaknya itu ke kedai kasut kelmarin, dia sudah tekad untuk mengambil terus kasut itu, kerana khuatir akan terjadi seperti semalam..sebaik tiba dia berlegar-legar di ruangan kedai, namun hampa..kasut itu tidak kelihatan lagi....dia bertanya kepada pembantu kedai.."boleh saya dapatkan kasut blablabla...".. maaf dik, kasut tu sudah dibeli..kasut tu dah last dah sebenarnya semlam..


macam tu jugakla dalam kita mencari jodoh(eh)..betoi..kadang-kadang sikap kita tu membuatkan jodoh kita lari..okay aku bagi cerita..sat na..

Al kisah bermula apabila si lelaki ni berkenan pada seorang perempuan ni..then dia bagitau nak masuk minag bagai..okay..si perempuan a pon kata..okay, tunggu dulu..biar dia fikir masak-masak dulu..si lelaki selalu mendesak si a menyebabkan si a tertekan..dan akhirnya si a telah mengambil keputusan untuk menolak terus si lelaki itu tanpa memberi sedikit pon peluang disebabkan sikap si lelaki yang suka mendesak..si a ni merupakan seorang yang sangat cantik, solehah, dan berkemahiran dalam kerja rumah.advance lagi si a mempunyai ilmu yang tinggi dan sangat menjaga maruah sebagai muslimah..cukup pakej la kiranya..

beralih arahlah si lelaki ini kepada wanita lain yakni si b..si b merupakan seorang yang cantik, manja,mempunyai ilmu yang banyak jugak, berkemahiran dalam kerja rumah, namun dia kurang menjaga ikhtilat(kurang bukan tak jaga langsung)si b pon berkawan selama beberapa ketika, dan akhirnya setelah tmat pengajian si lelaki mengajak si b bertunang dan si b neyatakan dia tidak bersedia atas sebab keluarga lebih memerlukan dia dan dia baru sangat tamat pengajian..dan si lelaki dengan gopohnya terus membuat kesimpulan bahawa si b telah ada orang lain..lelaki..huh..jadi putuslah hubungan mereka..

si lelaki telah memilih wanita lain yang dia sendiri tidak berapa kenali sebagai ganti untuk menjadi calon isterinya..sedangkan wanita itu yakni si c ini merupak seorang yang biasa-biasa, ilmu juga kurang berbanding si a dan si b.kemahiran rumah tangga insyallah juga ada tetapi mempunyai sedikit kekurangan berbanding si a dan si b..seorang wanita yang menjaga maruah dan pergaulan..jadi adakah si c menerima lelaki tersebut??

alangkah ruginya lelaki itu kerna terlepas dalam memilih si a sebagai isteri..semakin dia menolak wanita-wanita itu semakin kurang nilai kualiti dalam diri calon-calon tersebut..ya jodoh itu rahsia Allah..tetapi apa yang cuba saya katakan di sini adalah, jangan kamu terlalu memilih dalam berpasangan..dan terimalah pasangan kamu itu seadanya..dan bersabarlah dalam jalan untuk berbaitul muslim ini.ya mungkin kau dah berkawan dengan dia lama, then kau istikharah kau nampak orang lain terus kau nak buang dia??itu tidak adil!

kesimpulan dekat sini, kadang-kadang kita lepaskan yang dah terbaik utntuk kita tu sebab sikap kita sendiri yang tak sabaq, yang cepat sangat buat kesimpualan..lansung tak boleh nak mendengar penjelasan..kalau betul cinta, mana mungkin cepat berubah..kalau betul cinta, mana mungkin cepat beralah..aku tak pandai bab ni..tapi tula kisah benar yang terjadi yang membuatkan aku rasa nak tulis benda ni..

#########################################################
sebuah kisah teladan untuk kita bersama

Ketika Zulaikha mengejar cinta Nabi Yusuf a.s, malah bertambah jauh Nabi Yusuf a.s. darinya.Ketika Zulaikha mengejar cinta Allah, Allah datangkan Nabi Yusuf a.s dihadapanya dan diperintahkan Nabi Yusuf a.s untuk menikahinya. Oleh itu janganlah kita mengejar cinta manusia kelak akan makin jauh dari Allah.Kejarlah cinta Allah kelak kamua akn mendapatkan cinta manusia. Insyallah :)

#jangan kau hadap dengan cinta manusia sampai kau lupa cinta Allah.

wallahualam..

Thursday 13 November 2014

SOLehaH

assalamua'laikum dan salam rindu...selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A,W serta keluarga..



INSYALLAH..kita mulakan bacaan ini dengan memuji Allah dan kalimah tauhid, La ilaha illallah..sebanarnya apa itu solehah?? pendapat kamu semua??kekadang umum menyatakan solehah itu apabila dia bertudung labuh, berjubah, berniqab, berstokin, bersarung lengan/stokin tangan(stogan) bagai..okay...faham..em kalau ni tutup aurat tapi dia tak pakai tudung labuh, tak berniqab??dia belum solehah??okay ni formula fahaman mata kasaq bukan mata hati..muslimah mungkin pada pakaian tapi solehah pada akhlak dan peribadi..solehah tu makamnya tinggi..sukar digapai..

tudung labuh+jubah+stokin+stogan+niqab = superdupersolehah
tudung labuh+jubah+stokin+stogan = supersolehah
tudung labuh+baju kurung+stokin+stogan = solehah
tudung bidang 45(pin tengah+baju kurung+stokin+stogan = solehah
tudung bidang 45(pin tengah)+baju kurung = belum solehah aka sopan je
tudung bidang 45(selempang)+ baju kurung = ayu giler
tudung bidang 45(selempang)+ t-shirt = biasa
free hair + jubah/baju kurung/kebaya = manisnye..cantik!
*banyak lagi tapi maaf tak larat nak describe..

dalam banyak-banyak formula kat atas tu kenapa yang tudung 45 n free hair tu tak ada perkataan solehah??ha tu la masalahnya..apa yang orang faham solehah tu bukan pada perkataan ni "MENUTUP AURAT" tapi pada ni "TUDUNG MAU LABUH"..YES, tudung mau labuh.tapi kalu dah hang pakai bidang 45 pon tapi boleh dilabuhkan it's okay la sis..no worries..okay..just cover up your aurah..no need to wear tudung labuh, niqab, jubah to be solehah..tu hanya solehah pada pakaian..ada ngerti kamu..

okay, ummul mukminan ada pesan kat kita, untuk menjadi muslimah solehah itu adalah apabila :
a)tidak memandang dan dipandang
b)tidak menggoda dan digoda
c)tidak mencintai dan dicintai (ajnabi)

hatta hang berniqab sekalipon, tapi hang masih keluaq rumah tanpa urusan, mempamerkan diri di khalayak selalu tanpa urusan, masih bersms dengan ajnabi, masih menarik perhatian lelaki dengan sikap manja..ilmu tak tara mana..apakah hang layak mendapat gelaran bakal bidadari syurga??

untuk yang masih belum menutup aurat dengan sempurna jangan kata,, ha betoi latu..kami ni bukan jahat pon..ingat kami tak solehah..pakain tu luaran ja..hahaha,.relax..untuk awak yang masih belum tutup sempurna tu usahakan la untuk tutup aurat dengan sempurna neh.tudung 45 pon tak pe awak..saya dulu pon pakai tudung 45 jugak..cuma pinkan je kat tengah, labuh, tak tipu..cuma kena cari yang tak jarang...kalu jarang pakai inner..tapi selalunya bawal yang batu tepi tu la labuh pon..kalau adijuma, ka kangaroo ka agak singkat...pelan-pelan berubah..kami tak penah pandang serong dengan awak semua sebab kami pon macam kamu jugak dulu..bahkan kami sayang sebab awak pon ladies jugak..sebab tu kami bagitau ni..sayang tau dak..

solehah itu sebenarnya bila dia mempunyai ilmu yang banyak dan bermanfaat,menutup aurat dengan sempurna, menjaga pergaulan, menjaga bicara, menjaga akhlak, mempunyai perasaan malu yang sangat tinggi dalam bermaksiat kepada Allah azza wajallah...hatta seremeh hal pon, dia menjaga..bukan pada pakain yang boleh dicabut bila-bila masa..tapi akhlak dan peribadilah yang menjadikan seorang wanita itu solehah atau pon tak dan ke'izzah'an dia itu membuatkan orang malu alah untuk melakukan mungkar didepan dia..izzah itu mampu mendorang orang lain untuk berbuat baik dan menghalang orang untuk melakukan maksiat kepada Allah..

wallahualam..

P/S: ingat solehah itu bukan pada pakaian..

#akubukansolehah

"SOLEHAH ITU MAKAMNYA TINGGI"

rEzeKi itU RAhsia AllaH

Assalamua'laikum dan Salam mahabbah....selawat dan  salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga..


Insyallah nak berkongsi pengalaman yang pada aku owsem ...tingtong. .B-)

Masa kejadian pada jam 4.30 ptg dimana sekumplan anak  dara yang baru balik dari program di merbok..akibat daripada ketidaktahuan jalan mereka telah tersesat dan tidak menemui jalan pulang..(tiada kaitan dengan bunian ok)..akhirnya setelah agak lama mencari akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berhenti disebuah gerai makan di kg.. ......... bujang (aku tak tau nama penuh kg tu)..disebabkan gerai tu menarik  sgtsgt..x cntik pon biasa je..cuma faktor kawasan yang strategik yakni  ni tepi bendang. Sangat  nyaman....ditambah tahap kelaparan yg melampau  maka berhentilah mereka itu ..

Baru intro dah penat ker??Hakhakhak

Maka bermulalah episod rezki rahsia Allah..disebabkan kelaparan yang mengasak ulu hati kami saat itu, kami pon order dgn pantasnya. .makanan situ murah baq hang. .dahla sedap wa cakap sama lu .....nak dijadikan cerita ada  seorang pakcik tidak diketahui identiti yang turut berada dilokasi kejadian..beliau sangat tidak menonjol atas sebab mkanan dan makcik kedai yang lebih cantik dan menarik perhatian kami (lapo kau)..

Dan disebabkan kami telah order sebelum pakcik tu pergi. .kami langsung tidak  sempat untuk mengusha beliau. .bahkan hanya sempat menjeling manja (over, maap)..belum dapat discan wajah suci insan kerdil itu dia telah membawa diri pergi jauh dari kami ..kecewa barangkali. .hahahaha. .dah bohsan dan rasa nak marah atas penggunaan bahasa yang tinggi? ?? HahahaHahaha..

X main2 dah..nak.nak dijadikan  cerita pak cik tula yang belanja kitaorang ...ok kami x expect yang pakcik  tu nak belanja...
Sebab ramai kot. .8 org...dekat 40 lebih. .pakaian dia  biasabiasa..baju turun bendang...tapi aku respect la kat  pakcik tu. .x ckp apa pon. .diam then blah macam tu ja ..mak cik tu yang kata 'abang tu dah bayaq kat semua '..wah ...(semua terkejut..terharu..nak nagis)..kitaorang masih tertanya-tanya..kenapa dia belanja ..dan siapakah dia...

Okay..pengakhiran  kisah kami kehujanan kebasahan dan kami berenti solat di RnR Gurun dalam basah lencun dan dengan keadaan kami  sebegitu (basah), pakaian yang ala 'ustazah' bawak topi keledar dengan blazer dah macam jemaah gengster. .kuikuikui ..solatlah kami kali kedua (zohor kelmarin pon basah jgk dekat RnR  tu jugak )best sangat. .akhirnya  alhamdulillah selamat sampai jam 8.45 malam dengan  hujan lebat  sepanjang  jalan dan kelajuan lambohghini kitaorang tu 60km/j.. :-)



# rezki kami haritu sangat murah..dah la tetiba ada orang belanja..dapat pulok main hujan seharian kan..tengok sapa pon tak menjangka..hang ingat jodoh ja rahsia Allah..
# rezki makcik tu pulok, dia pon tak sangka kami akan berenti makan dekat kedai dia..bertambah la senarai costumer dia kan..
#rezki pakcik tu pulak..aik? ada ka rezki pakcik tu..keluaq duit lagi ada la kan..adaaaaaa...dia lah yang paling murah rezki tau..penah dengaq orang kata, bila memberi sebenaqnya kita bukan makin kurang tapi makin banyak..ha macam tulaa ... siap bonus lagi..kami ni setakat tu jela kenyang..makcik tu pon setakat tu la duit yang dia dapat tu..bukan beranak pon..tapi..pakcik tu dia dapat lebih...sampai ke negeri akhirat (baca: pahala)..

p/s : sebenaqnya nak habaq kami dapat main hujan kat highway ja..kahkahkah

wallahualam :)

Friday 3 October 2014

menCINTAi dalam DIAM

assalamua"laikum dan salam rindu, salam cinta..

kenangan ni semua.. <3
ni baru macam orang bechenta..huhu
ok tajuk pon dah terang lagi bersuluh..CINTA, word cinta tu mungkin pada sesetengah orang macam kembang tekak kan..pada setengah yang lain mungkin macam wah sweeeeetttt ja..pada aku CINTA tu normal, sebab ianya FITRAH..cuma kita manusia ni yang menyalahgunakan perasaan tu..kikiki.."CINTA ITU FITRAH, JANGAN SAMPAI IANYA MENJADI FITNAH!" ingat lagi aku akan kata-kata tu..kata-kata seorang 'musuh' zaman belajaq dolu-dolu..kenapala aku dapat tajuk 'CINTA' waktu tu..sangat pelik...dan kepala otak aku terus menjadi 'hang' saat terbaca tajuk public speaking aku tu..mentang-mentang dia fasi boleh la dia kata kat aku..tunggu kau!haha..dan tajuk tu jugak dipilih oleh abam aku time bagi tazkirah.hahhaha..lawak kan..sweet sangat..okay..tu semua cerita lama..hidup aku tak penah sunyi dari kenangan-kenangan manis dek sikap aku yang kelam-kabut, cakap laju, kalut, dan suka buat benda yang memalukan diri sendiri..tu la diri aku..dari skolah lagi...huh..

bukan nak cerita pasai aku pon sebenaqnya, or pasai kisah cinta aku ka bagai..(untuk perhatian aku tak pernah terlibat dengan kes-kes jenayah ni k)yang nak kata cinta dalam diam tu..apa ya??boleh korang komen sikit..aku bab ni tak pandai sangat nak habaq..sebab aku sendiri konfius..jadi pada aku..kau cinta dia ke??yup..kau la...em okay..jadi macam ni, kau diamkan je perasaan kau tu..jangan bagitau sesaper pon..sebab kalau kau bagitau, nanti kengkawan kau akan kenenkan kau, pastu diaorang akan usik kau dengan dia, pastu diaorang akan selalu citer hal dia kat kau..then kau akan jadi angau, gila bayang, meroyan dok teringat kat dia..kau akan dihinggap satu jenih penyakit yang sangat berbahaya...iaitu.jenjengjeng..PENYAKIT HATI..kau asyik pikir tentang dia je..siap berangan nak kawen bagai..kau tak boleh tengok dia, mesti kau senyum samai x nampk jalan..so WASPADA!!

ingat makin kau sayang kat si dia, makin kau jauh dari Dia!!!betoi..x caya sudah, malas aku nak paksa..kau dah besar..kau simpan jela dia dalam doa kau..dari kau simpan dia kat hati kau je..hati tu berbolak balik sifatnya..aku tau la...aku ni dah makan garam berkilo-kilo dah..cuma alhamdulillah masih belum ada darah tinggi je..so nasihat aku tuk kau yang belum mampu or layak untuk berumahtangga aka baitul muslim ni..simpan jela dulu..nanti sampai saat nanti ada la tu..tapi kalau tak berjodoh..macam lagu ni..

jika dia, bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-MU..huhu

# so pesanan hamba untuk kalian jangan la terlalu melayan sangat perasaan tu sebab ianya kadang-kadang just mainan perasaan ja..mugkin sebab selalu jumpa, ada urusan dengan dia selama berbulan-bulan, tak pon mak tolong kenenkan..hahaa..k papai..
wallhualam.. <3


Thursday 2 October 2014

BERSIH ITU BAGIAN DARI IMAN!!!

Assalamua’laikum dan salam satu aqidah..selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga Baginda... J



Insyaallah this new entry is about CLEANLINESS is part of IMAN..Okay, here we go..sometimes we forgot bout cleanliness..yup..what we seen inside IMAN is just patient, marriage and blabla..Sabar itu bagian dari iman..sesiapa yang berkahwin dia telah melengkapkkan separuh dari agamanya(eh!).amboi, terok betoi..tapi sekarang ni ramai orang termasuk aku, kurang cakna tentang kebersihan..tak kirala dakwah sekencang taufan, tarbiyah sehebat lamborghini pon kalau bab kebersihan selembab siput khizir, kau tetap menyakitkan pancaindera orang sekeliling tau..siap pakej lagi..serangan jantung, strok, darah tinggi, and the last ones kerosakkan pada hati..huhu..kes tahan rasa dengan sikap kau...weh sedaq sikit, kalau pakai helmet pon sunnah(sebab kita menjaga keselamatan) inikan pula kebersihan bhai/sis...Islam itu indah dan ianya bersih..

Kau rasa tak de masa ke nak kemas bilik?basuh baju?kemas rumah sekangkang kera kau tu..bukan banglo 47 tingkat..amboih terok betoi..faham..sibuk..kerja, usrah, dakwah lapangan, kelas, assigment, tu tak kira dengan perhubungan sosial antarabangsa lagi kan..sekali seumur hidup tak pa la..faham..ni kalau dah setiap hari??tapi, kau ada pulak masa main game, tengok movie, tidoq, bersembang, bergosip, melepak, facebooking, wassap’king’, we chat, dan lain-lain yang kau rasa kau buat la, yang langsung tak bagi manfaat kat orang lain..em..sebenaqnya kebersihan ni umum bukan untuk geng ikut usrah je..Cuma untuk kita yang terlibat usrah tu..harap tersedakla..it’s not about how people out there see u but it’s about how you take Islam as a way of your life..muasafat tarbiyah???ingat???meh nak tlg ingatkan...(aku pon terkial-kial nak ingat) J

1)      Aqidah yang sejahtera
2)      Ibadah yang sahih
3)      Akhlak yang mantap
4)      Ilmu yang bermanfaat
5)      Tubuh badan yang sihat
6)      Memberi manfaat kepada orang lain
7)      Berpengetahuan luas
8)      Mampu berdikari
9)      Melawan nafsu
10)   Menjaga masa

Hahaha..aku pon dapat 7/10 ja..lagi 3 tak ingat..huhu..kembali kepada tajuk perbahasan...tak kisah la kau tu lelaki atau perempuan, asalkan kau tu manusia..tak dak statekan pon perempuan kena pengemas, lelaki penyepah..kan..bukan mintak kau kemas or bersihkan satu kampung, Cuma bilik kau, baju kau, rumah kau, dorm kau..senangkan orang lain plizz..jangan sampai jiran kita tidak suka kepada kita..tak kisah la jiran bilik, dorm, taman, kampung atau negara jiran..nanti lambat masuk syurga..huhu.. L




Okay aku pon malas nak tulih panjang-panjang..sebab beletiaq kat diri sendirikan..tak dak kena mengena dengan orang yang telah meninggal dunia..just nasihat dan teguran untuk kita yang masih bernyawa Insyaallah..untuk awak yang jenih pembersih dan pengemas tu TAHNIAH! Dan awak yang belum jelas sikap pembersih tu TAKZIAH DAN CUBA LAGI..mujahadahlah demi kepentingan diri sendiri..tuk aku pulak, tolong concern sikit tentang hati manusia lain..dan jaga kebersihan..jangan jadi anak dara pemalas.. L(macam mak aku tengah beletiaq kat aku ja) missssssszzzz u so damn much!! AL-FATIHAH..AAMIIN..MAKASIH..muah!








MANUSIA

Assalamua’laikum dan salam sayang dari saya..


Setiap manusia itu diciptakan melalui cara yang sama, mempunyai fitrah yang sama dan perasaan yang sama..Jadi sebagai manusia kita boleh untuk membaca minda atau pergerakan manusia yang lain..walaupun tidak tepat 100% tapi akan ada juga persamaan dari segi pemikiran mahupun tindakkan..begitu jugak keperluan..manusia ini sebenarnya memerlukan KASIH SAYANG dan PENGHARGAAN..tak percaya???sukati ko ler..ada aku kesah! J serius tak tipu (angkat tangan kanan).. cuba awak tengok dalam masyarakat sekarang bilamana kasih sayang dan penghargaan kurang, banyakknya masalah kerosakan akhlak, dan kes jenayah...dunia semakin menyeramkan..

Apa yang cuba saya bawak dekat sini ni sebenarnya nak relatekan dengan kita sebagai dae’i dalam menambat hati  mad’u..naqibah saya ada pesan, berikan kasih sayang dan penghargaan, nescaya mad’u tidak akan lari..berikan ganjaran, pujian dan yang sewaktu dengannya, Insyaallah ukhwah akan berkekalan..ikatlah hubungan dengan kasih sayang dan penghargaan..sehingga ke liang lahad ukhwah terjalin, bertemu pulak disyurga..hehehe..aamiin..memang tu yang saya nampak secara realitinya benda yang sedang dilakukan oleh para da’ei..tapi masih lagi ada mad’u yang lari???hahaha..tu namanya usaha sudah, tawakal jela..kuasa(jawatan) milik kita, Hidayah milik Allah..Allah tak tanya kita berjaya atau tidak, tapi ditanya kita buat atau tak..(selalukan korang dengar ayat ni)

Keluarga juga merupakan kelompok manusia, so tak lari dari konsep kasih sayang dan penghargaan..dalam keluarga mungkin kasih sayang sudah tertanam akan tetapi...penghargaan itu mungkin agak jauh ketinggalan...sebagaimana ilmu jauh meninggalkan manusia..punca keretakan sesebuah rumahtangga jugak berpunca dari kekurangan kasih sayang dan pernghargaan..ayah tidak menyayangi anak-anak, ibu kurang memberi perhatian, sibuk, anak-anak kurang penghargaan dan macam-macam punca ada..SEBARKAN CINTA, CAMBAHKAN RINDU..moto yang Insyaallah boleh dicedok kedalam mangkuk keluarga..ingat, keluarga juga mad’u! Jangan kau tarbiyah orang, keluarga kau abai..

Persahabatan tanpa kasih sayang itu bukan sahabat..itu kawan..yang boleh datang dan pergi bila-bila..kadang-kadang langsung kita tak sedar..tapi sahabat itu beda..ianya saling melengkapi umpama puzzle yang hilang satu cacat la ia..umpama garam, tanpa garam tawarlah rasa..huh..kai pernah rasa manisnya bersahabat???.kau masih rasa arti sahabat??pendustaan dalam persahabatan itu racun yang bisa membunuh rasa...pembohongan apalagi yang akan dibicara...bila kasih sayang kian pudar, cinta mati, rindu menghilangkan diri..sepi...penghargaan luput, hanyut bersama perasaan..kasih sayang dan penghargaan..penting umpama ikatan atom yang saling menguat, ikatan tali tersimpul mati..tidak terlerai kecuali terpotong dek gergaji..



Hahhaa..so ni saja untuk kali ni..(inikalilah)..perkongsian dari ceritera-ceritera kehidupan sepanjang zaman..kuangkuangkuang..ingat!SEBARKAN CINTA, CAMBAHKAN RINDU! <3

Saturday 20 September 2014

PESANAN BUAT ADAM

Assalamua’laikum dan salam ummah sejagat..Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...



Em bukan nak kata kat lelaki..Cuma hampa aku kekadang terpikiaq yang hampa perlu dikejutkan macam harimau yang tengah tidoq..selesa dengan hidup akhir zaman ni.. L okay, mungkin pandangan seorang perempun ni macam euww, tak betoi bagai..tapi ingat, hak bersuara hak kami.huahuahua..so toksah nak rasa annoying sangat neh..

1)      Merokok
Ha, bab ni hampa ingat hampa macho kalau boleh letak rokok kat mulut, hampeh..yang dah mula tu berenti la sbelum terlambat..yang belum, don’t you ever try..prevent it better then secure..serius aku kata buruk gila hampa tau dak..dahla gigi karat, mulut berbau, bibiq hitam..duit??em pokai la...kalau yang dok study lagi, kerja perabih duit mak bapak..hampeh punya anak.tu pon ada hati nak ada aweks...nanti dah ada tanggungjawab pon masih tak reti nak berenti ..baguih ada laki macam hampa ni, bole kuruih..lagi satu rokok tu HARAM hampa tau dak..so pandai-pandaila pikiaq..Ustaz Don kata..bila benda haram masuk dalam badan dan bercampur dengan darah menjadi daging dan bila hang ada anak nanti jangan tanya pasaipa anak hang kurang ajaq, tak pandai and segala bagai la masalah lain..aku tak kata semua, tapi kebanyakkan macam tu la..kesian kat isteri-isteri diluaq sana bersuamikan perokok..aku??op coz  tak mau..nauzubillah minzalik..

Ni dalil yang menyatakan rokok tu haram:

Allah berfirman, "Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan"
(Al-Baqarah : 195)

Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain"

2)      Melepak
Yang ni yang syok ni...sebab kebanyakkan lelaki memang suka melepak..tak kira la kedai makan ka, kedai burger ka, mall ka, asalkan nama aktiviti tu MELEPAK, aku tetap katakan ianya tak baguih..terutama kalau jenih suka melepak kedai makan..tak tau la apa yang bermagnet sangat kat situ aku tak taula..boleh jumpa kengkawan, sembang-sembang??kat rumah tak boleh????? Em memang la lelaki..tak penah suka dok rumah..aku tau rumah adalah tempat terbaik bagi perempuan, that doesn’t means tat laki bole selalu lepak kedai makan kan??kalau dah sekarang ni suka melepak, nanti dah lepas kawen dah terbiasa, tinggal anak bini p lepak kedai makan dengan kengkawan sampai 2,3 pagi..untung-untung bini hampa boleh dpt payung emas la kn..maklumla sedap sangat orang kat kedai makn tu masak..kesian tau dak aku tengok isteri-isteri yang dtinggalkan oleh laki just sebab p lepak kedai makan..so anak dara kat luaq tu, watch out your future imam okay.. kalau jenih suka melepak tu pikiaq la beribu kali neh.. ;)..membuang masa juga merupakan satu dosa??hah???em L
           
3)      Expose/show off
Expose ni pada aku bukanla tak boleh langsung, tapi mungkin perlu dikurangkan or better tak payah langsungla..bukan kata lelaki itu fitnah bagi perempuan..tapi kadang-kadang hang tau dak orang perempuan ni walaupun lelaki ni tutup aurat but when diaorang asyik exposekan diri kat ‘facebook’, ‘twitter’, ‘we chat’ n segala bagai la kan..akan menjadi faktor daya penarik jugak sebenarnya..wah, alimnya pak ostad tu, hensemnya, oh bakal imamku bagai....hahah..okay sudah..hang ingat orang perempuan tak tengok.hello cik abang oi...tolong jaga sikit ya diri awak tu..jangan nak tunjuk macho sangat..kekadang mual la tekak aku ni..u suruh orang perempuan tu jga diri but tengok jugak kaum awak tu..dah lama aku nak habaq kat hampa, Cuma tak berkesempatan..simpan sikit kehenseman gambaq hampa untuk bakal hampa..ni dok tayang habih.. semua benda nak habaq, nak tunjuk..dakwah pon perlu ka nak tunjuk gambaq tu semua, nak habaq satu dunia hang p situ, nak habaq satu dunia lihatlah akan kewaraakkan aku dalam jubah tu.pakaian sunnah, lihatlah janggut ku yang cute tu..uweks..cukupla hang tulih benda nasihat..dan tak yang kalut nak berzaujah sangatla...memangla hampa tu takla teruk sangat effect dia tapi still meloyakan tau dak..burok benor...jangan sampai ‘facebook tu jadi alat untuk menelanjangkan kita sudah..

4)      Ikhtilat
Okay, bab ni yang agak sakit la.sebab memang susah gila-gila..pada aku, lelaki ni, hatta dia tu aktivis dakwah sekalipun dia tetap susah nak menjaga dalam hal ini..btoi atau dak, terjah minda, soal hati, iman berkata..selalunya lelaki ni dia kurang cakna bab ikhtilat..mungkin sebab lepa rasa lepa bukan penyumbang terbesaq kot..lelaki yang tak menjaga ikhtilat adalah calon yang kurang aman untuk dijadikan suami, sebab???peratus untuk berlakunya keretakan amat tinggi, isteri mana tak cemburu..kan..kalau dia boleh melawak dengan sebarangan perempuan sebelum akad, x mustahil sikap tu akan berlanjutan sampai kemati la senang cerita..sebab bila dah mula akan susah nak berenti..trust me.. J..jadi konsep nak digunapakai adalah give and take..hang jaga, dia jaga..if semua menjaga akan berkurang la peratus keretakan tu..bukan nak kata cemburu buta tapi itu fakta...terutama bila aktif dalam FB..berapa banyak artikel yang berterabuk kat surat khabaq kata penceraian sebab curang la, main belakang la sebab kenal kat FB..SO kesimpulannya, kita kena menjaga ikhtilat...bukan syadid tapi menjaga..sekali kita longgarkan, Allah, payah.. L.. tolongla wahai lelaki sedaq diri sikit..hang tu imam neh..jangan hang dok buat perangai sebab nanti dari hang tula akan lahirnya seorang lagi ummat Nabi..dan hang jangan cuba mengoda kaun hawa nii tuk jadi semurah air hujan..okay..”Jangan hampiri zina”

5)      Pemalas
Sikap pemalas pada lelaki ni yang paling aku tak suka adalah berat tulang kalau bab nak menolong kerja rumah..makan, minum, pakai, kemas n segalanya tauk(serah) kat orang perempuan..ayo bhai, hang tau dak, Nabi Muhammad s.a.w pon membantu isteri-isteri dia...benda ni realiti yang kita boleh tengok kat mana-mana saja la..abang aku pon macam tu..hehehe..bukan la tak tolong langsung, tapi daah bini rajin, laki mesti malas nak bantu..hampeh..sabaq banyak la aku tengok kak ipaq aku tu..nasib dia cool ja.kalau aku, mau aku buat jadual..hehehe..sebab kerja rumah nampak simple tapi memang penat..tapi mungkin para isteri tak rasa sebab dibutakan dengan kasih sayang dan cinta unuk anak-anak dan suami..bukan lepa minta tolong sangat pon sebenaqnya, Cuma kalau en suami membantu, perasaan dihargai tu cukup buat dia bahagia, wlaupun hidup tak mewah...serius aku cakap..manusia ni perlukan kasih sayang dan pernghargaan, terutamanya perempuan..ada aku baca artikel dalam ‘facebook’ jugakla..ada seorang lelaki ni amalkan pesanan dari Dr. Fadhilah Kamsah..membantu isteri buat kerja rumah, membuatkan rumahtangga bertambah bahagia..malam dia yang akan buat kerja rumah..tak ke sweet tu..kan..isteri siap tuk melayan dia ja..ops..okay..adat melayu ja yang kata kerja tu semua orang perempuan punya tanggungjawab..tapi tak bermaksud aku tolak adat tu..Cuma aku tak suka sikap lelaki yang malas turun dapur untuk membantu..tak salah pon kalau isteri ja yang buat, boleh tambah pahala, Cuma nak latih kalau isteri sakit???nak makan kedai???nope!! jangan sampai pahala bertukaq jadi dosa dok sumpah seranah kat laki sebab malas sudah..kan dah tak jadi keluarga sakinah dah.. L


Sabda Rasulullah S.A.W : "Orang yang baik antara kamu adalah orang yang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu"
(Hadis Riwayat Tarmizi)

6)      Pandangan
Okay, anggota yang paling merbahaya kat lelaki selain dari mulut adalah mata..hampa jangan tak tau..golongan hampa tu sangat merbahaya dan menyeramkan okay...ni cerita realiti dari seorang kakak yang dah berkahwin..huhu.takut..tak payah nak kata panjang, Cuma pesanan aku, tolong jaga pandangan hampa neh.jangan meliar sangat..lagi satu pesanan, kalau nampak perempuan yang rajin, sopan, ayu, lemah lembut tu jangan rasa tergoda sangat..tu semua fake ja tu..kami berlakon ja..mudah betoi hampa tertipu kan..wake up!!setkan dalam mind korang tu, perempuan yang betoi-betoi ayu tak akan nampak ayu melainkan kat depan orang perempuan jugak..so tak dak kesempatan la hampa..tapi tak semua la..so toksah nak berangan sangat ye..nak tau g contact mak dia..ada faham!!

7)      Ego
Hahahah..ni sikap lelaki yang palingggggg banyak dalam diri hampa..kan???okay x yah angguk..tau dah..jangan marah neh...abih hensemla bole tunjuk ego tu??em cuba-cubala kurangkan..hampa nak semua ikut kepala hampaa...susah sangat nak terima cadangan pihak perempuan..pi la kot mana pon, dalam kelas, dalam pejabat, mesti akan ada lelaki yang ego dia tinggi sangat.. tak takut jatuh ke yob..sakit tau..sesetengah lelaki ni pantang ditegur, dan ada jugak yang me first, my opinion is da best..i’m the only one can make the decision....dalam membuat keputusan pon mesti ada aura  tu..so majo la pilih cadangan si mamat e tu..em lelaki yang macam ni, seram..sebab abih nanti kalau la dah kawen, mesti berrrrrtuaahhh gila bini dia..sebab tak payah serabut pikiaq..u just be a runner okay..maklumla, ketua keluarga...hati-hati ssikit tau nak memilih ni..hahaha..tapi tak semua...walaupun tak semua tapi tetap spesis hampa jugak kan..so terima jela..
#perempuanponadaegookay..

8)      Aurat
Please take a good care of your aurah okay..aurat lelaki selalu di silentkan kan???ha..bukan tak wujud cuma didiamkan so tak dak sapa cakna benda tu..yang hampa tau kerja nak sembang rancak pasai aurat orang perempuan..tu la lelaki.kot mana pon balik-balik lempaq atas kepala orang perempuan jugak..huh..tak payah nak menayang sangat la badan korang tu..kepala lutut tu ingat cantik...kaki tu kalau tinggai tulang takyah nak show of sangat la..menyampah..kalau rasa badan tu saiz l toksah la besi saiz s neh..jadi baju adik pulak..angkat tangan ja dah nampak badan..dengan seluaq macam nak tak nak ja pakai..nak solat pon susah..nanti rukuk terselak aurat... kalau orang perempuan boleh knapa kamu tu tak boleh.bukan susah pon..ingat nanti nak tanggung dosa orang lain jugak!!ingat cute sangat la pakai macam tu.buruk tau!!

9)      Tegas
Yupzzz!!tegas, hang kena tegas sikit dalam bab agama ni..bukun suruh hang jatuhkan hukum, jatuhkan hukuman kat orang bila orang tu buat silap..tapi hang perlu tegas dulu kat diri hang tu..jaga dulu akhlak, ikhtilat,ilmu tu cari...Insyallah kalau hang tegas bab tu yang kat atas tu semua akan settle dengan sendiri..ada faham!cukup la kalau hang dah bole hadam rukun Iman n rukun Islam tu.hadam??yup.bukan hafal..biaq foundation tu kuat, baru boleh bina bangunan..kalu asas pon goyah, jem...tapi kalu rasa diri tu tak kuat sangat asas, p cari bahan penambah, or bahan penguat...macam konkrit..kalau dah ada crack ka, defect yang lain pon ..mesti ada alat tuk pulihkan..so macam tu jugak kita manusia ni..always be a student..ilmu  itu tak akan pernah habih tuk kita tuntut..jangan lalai sangat dengan fitnah dunia ni..dan hampu cuba tegas sikit kat diri sendiri tu..jangan mudah tergoda..tak kiasah la hampa imam muda ka, aktivis dakwah apa pon..hatta tok bilal tok siak pon..tegas sikit tuk kawal diri..aku tau hampa susah nak lawan..apappon chaiyok..ganbate!!!ingat lelaki yang menolak ajakan wanita tuk berzina itu HEBAT!!

"Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa yang menghendaki kehidupan akhirat, maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa menghendaki kedua-duanya maka wajib baginya memiliki ilmu"
(H.R. Tarmidzi)

"Barangsiapa yang menempuh jalan untuk memcari suatu ilmu, nescaya Allah memudahkannya jalan menuju syurga"
(H.R. Tarmidzi)

Kesimpulannya menjadi lelaki itu bukan mudah..payah..tetapi ianya mudah jika kembali kepada fitrah, yakni Islam.. apapon ni semua hasil "experiment" dan dapatan kajian daripada ister-isteri..macam-macam rahsia dan perangai lelaki yang masuk dalam telinga aku hari-hari...nasihat dan gosip semua ada..haha..so hipotesis aku..semakin aku faham..em bukan, semakin aku banyak mendengar tentang lelaki, semakin aku rasa seram dengan diaorang..hahaahaha...wallahualam

#bukanantilelaki

Wednesday 27 August 2014

niQABis + seLPIaq

assalamua"laikum dan salam rindu tuk awak..rindu sangat..



actually i got an issue that i think hot issue lately la..macam serr ja isu ni..

wanita + niqab + selpiaq + social media = annoying 

okay, "selfie".. tak salah pon sebenaqnya..pada aku okay ja..tak dosa, dok sesorang, ha ambik "handfon" hat canggih tu, smile and kecak!..done!ha kan buleh tu..okay..apa yang aku nak tuleh kat sini ni pasai isu niqabis, women that wear a veils to cover up her face, upload a photo at the social media especially FACEBOOK!! isu yang panaih la ni, bagi aku la..asai bukak FB ja mesti ada teguran 'MANJA' yang menyapa mata rabun aku ni..kekadang aku rasa lepa ni tak dak benda lain ka nak tuleh..nampak sangat lepa tengok..serrr....ok relax jangan marah..mereka menyatakan bahawasanya, niqabis tu semua saja nak raih populariti, glamour, perhatian serbanis, nak orang pikiaq dia tu alim wal warak la and whats so ever la..penah tak lepa pikiaq apa yang lepa tuleh kata tu semua MENYAKITKAN..how can others yang kat luaq sana nak tertarik untuk pakai pakaian mulia tu kalau HAMPA tu asyik nak hentam ja golongan ni..yang perempuan lain dok berselpiaq berterabuk tu tak mau pulak hampa teguq..aurat yang nu pun ada tak jaga, tak bising, bergambaq laki pompuan dekat-dekat tak bising, kaum sejenih dengan hampa yang boh gambaq tak tutup aurat, pakai seluaq pendek, x kata apa..hampa dok share gambaq artis la, idola la pemain bole sesapa jela yang tak tutup aurat hampa tak rasa apa..hampa tau dak dosa tu hampa yang nak tanggung..

adakah hanya sebab SEHELAI KAIN tu yang membuatkan hampa tertarik tuk komen macam-macam. Hello bhai!!Nak teguq tu agak-agak la..ni hang buboh macam semua orang sama..teguq personal, jangan aib kan golongan niqabis dengan status macam tut..kalau betul sayang, mesti tegur cara sembunyi or personal...tau niat tu baik..but pikiaq panjang sikit..ok saya bagi contoh..

Ada sorang pak cik ni jual buah durian, Ahmad teringin nak makan, so Nizam pon po la beli kat pakcik ni buang sebijik dua..Baliklah lepa dua ke rumah sewa dan teruih duduk depan tv sambil makan buah durian tadi..bauh yang pertama Alhamdulillah, isinya kuning, enak lemak manis..nyummy..tapi mai buah kedua, berulat.,masam tak boleh makan..so lepa rasa tertipu, lepa kluaq rumah p kedai mamak dok bersembang dengan kawan lepa..kebetulan kawan lepa nak buat kenduri, makan pulot derian..nak p beli la kat pasaq malam tu, diajaknya dua orang tadi tuk tolong ngankut durian..sesampai di sana, lepa pon berjaan untuk p beli, lalu depan gerai pak cik tadi..Ahmad bagitau kat Hamdan(kawan lepa) jangan beli kat sini..buah dia tak elok, buruk, masam, berulat..mahai..Persoalan saya..Adakah buah yang dibeli Nizam tadi semuanya buruk?
Adakah niat pak cik yang menjual tu hanya nak jual buah yang buruk??Adakah sewaktu Nizam memilih buah tadi dia boleh scan isi kat dalam??

So konklusinya, don't judge a book by the author but judge a book by itself!!Dalam banyak-banyak penulisan dia tak semua tak baguih..Kita tak akn tau sesuatu tu selagi kita tak selidik..

Bukan nak menyokong lepa upload gambaq tu semua..secara tegasnya nak katakan kat sini saya sendiri membangkang perbuatan mengupload gambaq kat media sosial hatta dia tu seorang LELAKI!!..no need to show your life la..tapi kekadang cara tuguran tu membuatkan saya rasa it's not fair..mungkin kita perlukan Tarbiyah Sentap!!! but pliz la respect others niqabis...nak sangat boh orang, p tegoq yang tak tutup aurat nuh.lagi baguih..tegur berpada..sampai jemu dah baca status, niqabis bergambaq gedik!!!nak menunjukkan mata cantik bagai..


Dan last untuk awak yang berniqab, pliz take a good care of yourself especially your maruah dan mahainya nilai kain kat muka hang tu...bole nak upload but make sure tak dekat dengan camera, beramai-ramai dan jangan fokus kat awak je..jangan fokus kat mata awak tu..tuja aset yang awak boleh tunjuk..dan satu lagi, kalu boleh pakai full niqab, don't show your kening dan dahi..it's look more beautiful than awak yang sebenaq..it's not my words but i got it from somebody bernama LELAKI..so behave yourself, mind your word and think twice before do something.. (^,^)

#sayacakapsebabsayasayangawaksemua
#kesiankatniqabislain
#kerananilasetitik,rosaksususebelanga
#janganuploadgambaqmahaiawaktau

with love
MS


Kerana UKHWAH Syaitan TERTAWA

Assalamua'laikum dan salam rindu tuk awak yang kat depan tu ... :)


em this time..ukhuwah???apa benda tu??
kadang-kadang kita keliru dengan konsep ukhwah tu sendiri..so lets check..ukhwah adalah satu ikatan hati atau roh atas dasar aqidah yang sama..ikatan persaudaraan ini memerlukan perpaduan or kesatuan..kesatuan dalam pemikiran (wehdatul fikr) dan kesatuan perbuatan (wehdatul amal)..perpaduan tak akan wujud tanpa penambah rasa yakni kasih sayang..serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada dengan sahabat..dan setinggi-tinggi ukhwah adalah melebihkan sahabat/saudara...so isu yang nak dibawa ni buka la just huraian pasai ukhwah yang everybody dah tau ni..tapi nak timbulkan satu persoalan kat benak antumna semua..
WUJUDKAH UKHWAH ANTARA IKHWAH & AKHAWAT???

Dulu, aku buta dalam menilai arti ukhwah..pada aku ukhwah itu perlu mesra..boleh berchatting, boleh mesej sampai malam, boleh bermesra dalam berbicara, boleh bergelak tawa, boleh berhubung tanpa mengira punca..berlainan jantina..ya..aku bodoh dalam membuat keputusan...berubah karna kata manusia, dalam berorganisasi perlu bermesra, takut nanti susah berurusan katanya...ahli lain takut nak bersuara, takut nak menegur sapa, kalau diri ibarat singa...jadi berubahlah aku aku dari menjadi singa kepada individu yang jauh dari prinsip lama..aduh..sakit apabila jatuh kelembah hina(ayat buat terok)...maruah kita siapa mau jaga...TERSENTAP!! tak tau nak kata..susah sebanarnya....

Cukuplah kita berhubung atas dasar gerak kerja..tak perlu rasanya tuk berlebihan dalam berbicara..kita pon dah tengok banyak dah contoh depan mata,bilamana terlalu longgar dalam menjaga..pasti ada yang kecundang, termasuk perangkap syaitan, hati mula berdebar, x keruan bila tak berjumpa...dan akhirnya, akan memberi kesan terhadap gerak kerja...cemburu dan sebagainya..ini realiti...kita bukan nak membangunkan Islam ni dengan perasaan cinta, kasih terhadap berlainan jantina...cukuplah sekadar berukhwah atas ikatan aqidah..nak ikatan yang sah??tunggu dulu..prepare diri dulu baru pikiaq..la ni jangan dok merela sangat.tahan sat..Titipkan dia dalam doa..biaq Allah yang jagakan dia...HELLO.. Awak tu, Dae'i ok..so be profesional..Matlamat tak menghalalkan cara....Ukhwah Biaq Ada Gaya..Settlekan yang sesama jantina dulu bhai..jangan dok Ghaplah sangat..


Tak pandai nak kata sebenaqnya, mungkin.....bukan, memang selalunya macam tula kalau hidup dalam berorganisasi ni, tula ujian yang susah untuk seseorang yang mengaku diri dia tu daei..
Kononnya Dae'i...Jangan sampai KERANA UKHWAH SYAITAN KETAWA!!!

"aina!!!!buat apa lagi kat atas tu???Turun cepat.." jerit umi dari bawah..
alamak!!!umi..anak umi tak siap nulih lagi la..hehe..k papai..
"ok umi..cheq turun la"hehe..baik cepat, kang berlambak bebelan sweet mai..



#jemput singgah di blog ni :
 http://adninroslan.blogspot.com/2013/08/kekeliruan-dalam-ikhtilat.html

Monday 18 August 2014

DAPur + ANak Dara

assalamua'laikum dan salam sesuci lebaran..

masak maggie pon dikira masak ok (~,~)
masih dalam mood raya ke???em sejak bercuti panjang dan jadi suri rumah tak bertangga ni, hidup agak membosankan..ceelik mata, dok nganga ja..makn tidoq, makan tidoq..wah, manyak untung ma..ini macam bole itu gumok o.. :( em so cuti....sungguh bohsan!!!! rindu kat awakkk...rindu nak sibuk, rindu nak merapu-rapu dengan awak semua.., rindu serindu-rindunya..huhu..apa kan daya masa tak akan kembali, hancur musnahlah, semuanya..cer teka lagu apa???hehe..lagu raya la op cos..tak pa cuti ni mungkin masa tuk saya belajaq satu benda yang baru dalam hidup, walaupun dok mengulaq ja kat kampung...ok maaf, x melalut dah..bukan apa bohsan x dak org nak sembang..so laptop jela teman saya..n op cos my blog...jgn tnya kalau nnt saya daftar TANJUNG RAMBUTAN..

back to our topic just now..DAPUR + ANAK DARA..ha..ni just sikit perkongsian ilmu dapur la..here we go..tips or petua..take noted k :)


  • bila nak basuh beraih make sure u baca basmallah first, then basuh macam biasa n jangan lupa tuk baca doa ni "Ya Allah, Engkau lembutkanlah hati kami untuk memahami agamaMu, sebagaimana Engakau lembutkan beras menjadi nasik" aamiin..arab??maaf x hafal pulok.hehe
  • orang tua-tua pesan if nak masak, jangan kedekut, means kalau nak masak...contoh, sambal la..kena letak bawang kn, letak ja bebanyak..baru sedap..mask p la apa pon make sure secukup rasa!!macam dalam iklan Amy Mastura, sedap-sedap rasa, magie cukup rasa(make sure kau nyanyi part ni) hehe
  • em kalau masak, kacau mesti lawan arah jam, n baca basmallah, istighfar 3x, selawat 3x..tak lupa jugak, jangan cakap benda x senonoh or mencarut time masak.nanti zat tu masuk dalam makanan..not good for people yang makan nanti..
  • kalau bole zikir ka selawat ka apa jela dari menyanyi kan..kekdang nak menyanyi pon boleh ja cuma jangan kusyuk sangat karang masin pulok..
  • if nak bancuh air or masak somthing tuk family bole la baca Al-Fatihah then hembus dalam air or makanan tu.supaya lembut hati..tapi!!!jangan buat ilmu pengasih sudah..hakhakhak
  • nak masak muka hendaklah ceria dan ilkhlaskan diri sebab mood tu akan effect makanan(tah betoi tah idok, tapi selalunya betoi)
  • letakkan garam setelah tutp api or waktu belum didih, jangan sewaktu mendidih.zat yang baik dari garam akan hilang..
  • kalau nak makan or beli luar sila pastikan orang yang menjual itu ok2 aje..menutup aurat, baik ja budi, akhlak..em sebab org yang masak ni memberi kesan jugak dalam pemakanan kita..
ok tuja kot tips sebelum, semasa dan selepas masak..tip tuk yang lain, em Insyaallah akan menyusul kalau rajin la..sebab blog saya bukan blog masakan..huhu..just berkongsi tuk sesapa yang nak masak hatta masak maggie pon..

don't worry..believe on your mama 

begitu jugak dalam bersahabat..banyak tips, tapi tak semua kita buat, n natijahnya tak semestinya persahabatan itu selalu manis macam karemal, dan tak mustahil akan pahit macam rebung tapi keduanya sodap dimakan..hhehehe.tapi saya suka persahabatan macam ikan gelama..masin..tapi sedap sangat makn dengan pulot..wahh..yummy..and darah wak akan naik meninggi, baru la boleh capai setinggi ukhwah, melebihkan sahabat..manis sangat takut dipotong pulak anggota dah kehilangan dalam bersahabat..tapi pahit itu ubat..apa yang best kalau pahit(sila nyatakan pendapat sendiri) (y)..

k wassalm tuk entry kali ni.. (>,<)

BoiKOT !!!!!

Assalamua’laikum dan salam sayang untuk kalian.

hehe..maapla tak pandai nak design.. (^,^)

Insyallah nak sembang pasai “boikot”..hahahha..em sejak dua menjak ni isu GAZA hangat dan rancak diperdendangkkan. So..rasa terpanggil untuk tulih sedikit pasai isu GAZA nikan...apa yang saya nampak fenomena boikot ni masih tidak orang kata difahami la oleh semua lapisan masyarakat...ada yang faham, ada yang kurang faham, ada yang tak faham, dan ada yang tak nak faham..jadi perah sikit otak kita yang tepu ni sebab banyak sangat makan lemang..(apo kono eh??) oh lemang, kenapa tahun ni begitu sukar untuk aku dapatkan??..ok back to our topic..apa tadi???ok boikot..pikiaq balik kita dok kat kelompok hat mana?? Ok,ok..tak payah nak bagitau saya..jawab dlm hati awak je..ok look at the situation..

  •        Kamu ni suka gila makan mekdi, so kamu beli la and then u said that it noT a problem la..nak boikot apa..dah la murah, sedap pulak tu..makanlah kamu sehingga kenyang. Then your kids said that, mama mekdi HARAM..biasala budak-budak...so kamu kata x pa..kamu kata mama beli, then mama sumbang la tuk tabung Gaza tu. So x dak masalah pon kan? What the duck la..so my opinion, benda tu ibarat kamu hisap rokok sambil tegur orang minum arak..it’s a diff thing, but the same message la bro..Kedua-duanya memudaratkan kesihatan kn??AWAS!!! saya tak kata Mekdi tu HARAM..tapi kalau mampu la, jgn membeli..#TAKMATIPONTAKMAKAN

  •        Em jadi time aku p satu kedai buku yang famosss gila kat AS ni..a chat antara 2 orang sorang cina sorang melayu..yang melayu tu punya explain aku macam agree jugakla..dia bgtau kat kawan dia kata kot mna pon kalu dah francais tu nama mekdi mmg la akan bagi jugak sikit sumbngan tu k mekdi walaupun kat malaysia.n alhamdulllah kawan dia boleh terima....ada yang aku setuju ada yang x setuju..kenapa nak boikot tu semua..kesian mekdi sebab kna tutup waktu orang berdemo..tak pikiaq ka orang yang kerja dalam tu, yang nak cari duit kat situ..ha senang cerita ambik gambaq sesapa yang join tu tampai kat semua mekdi..tulih yang muka-muka ni dilarang masuk mekdi..yang ni mungkin macam x best sangat la..nak tergelak pon ada..kebetulan plak aku tengah pilih buku dekat dengan lepa..tapi apa yang aku letak dan tanam dalam minda aku, takpa lepa tak faham kenapa..mungkin pada lepa tu hanya susahkan saja, bangsa kita jugak yang kerja tu kn...bab rezki ni pada aku , x semua orang faham..banyak benda kena tengok..sumber, saluran n kat mana dia p..macam-macam la..aku pon tak pandai..so ada dak yang berani p cerita ka sembang ka edaq flyers ka kat pekerja mekdi n terang sikit pasai punca rezki..harap yang lebih alim(mengetahui ) la..

Tetiba teringat mimpi berjumpa gadis Gaza, berada di bumi Gaza..Beruntungnya mereka..Tapi argh!!! Y la aku tak ingat semua yang jadi dalam mimpi tu..chek nak ingat balik!!!

K.just sedikit rapi-rapu n cerita dongeng hasil tambah campuq tolak dan darap dari pengalaman hidup sehari dua ni.. ;) 

Papai!!! 



Saturday 9 August 2014

Mencari Illahi

Assalamua’laikum dan salam satu aqidah.. J

kartun je sebab aku menghormati orang yang berniqab

“Argh!!!! Bukan, bukan, bukan aku” jeritan itu bergema.
“Kenapa kau ini? Tiba-tiba menjerit bagai dikejar sama hantu saja.Apa benar ya kau bah?” soal Hayati kepada sahabatnya itu. Kerap kali menjerit dalam tidur.
“Takde ape la.Aku ok je” balas Syafiqah dan bingkas bangun keluar bilik.
“Ish pelik bah dia ini.Acap kali  sekarang ya.Apa masalahnya ya?” gumam dia sendirian dan meneruskan tidurnya yang terganggu.
..............................................................................................................................................................
“Engkau itu pendosa! Engkau itu munafiq! Engkau itu ahli neraka!!! Masa kau sudah hampir, bersedialah” suara keras itu kedengaran lagi.
Ah, suara itu sering mengganggu?kenapa?Ya Allah apakah ini teguran dari Kau pada aku?Atau ia hanya mainan tidur? Adakah itu tanda Engkau masih sayang dan memandang hamba-Mu yang hina ini Ya Allah?Aku hina, aku pendosa, masih adakah kesempatan bagi aku untuk memohon ampun pada-Mu Ya Allah???Terbayang akan semua dosa yang telah aku lakukan..Allah...

Kebingungan aku saat itu.Bingkas aku bangun dan terus berwuduk.Mungkin ini jalan yang telah Dia beri pada aku untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik. Malam itu aku merintih, merayu memohon keampuan kepada Yang Maha Esa. Aku merintih atas segala dosa yang telah aku lakukan selama ini. Berbekalkan kekuatan yang aku perolehi dari Allah, aku tekad untuk berubah. Dari gadis yang ISLAM pada IC kepada Insyallah seorang MUSLIMAH BERDURI.

Aku mengangkat tangan memohon keampunan dan Rahmat dari-Nya.
“Bismillahirahmanirahim, Ya Allah, aku telah menzalimi diriku Ya Allah, maka ampunkanlah diriku Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapaku, keluarga serta sahabatku. Ya Allah aku banyak dosa pada-MU, Aku lalai dalam mengingati-MU, aku kufur akan nikmat yang telah Engkau berikan, aku tidak ikut akan perintah-Mu, aku tidak menjaga maruahku sebagai wanita Islam, aku tinggalkan solat, aku tidak menutup auratku, aku derhaka kepada kedua orang tuaku, aku selalu menyakitkan hati sahabatku, aku makan daging saudaraku sendiri Ya Allah..Ya Allah adakah layak aku memasuki syurgamu? Aku hamba-MU yang hina, aku berdosa Ya Allah..Ya Allah, Ya Rahman, berikanlah aku kematian pada hari Jumaat, berikanlah aku kematian dalam keadaan yang baik, berikanlah aku mati sebagai orang yang soleh, percepatkanlah aku sewaktu dihisab, permudahkanlah aku dalam meniti titian as-sirat, jadikanlah aku wanita yang solehah. Ya Allah, Ya Rahim, berikanlah aku cinta-Mu, berikanlah aku cinta orang yang mencintai-MU, berikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diri, keluarga, serta air yang dingin. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga Baginda. Aamiin Ya Rabbal Alamin.” Aku meraup mukaku dengan nafas berat.Betapa berdosanya diri ini.

Aku ambil Al-Quran yang berhabuk diatas almari, kubuka , aku menangis teresak-esak. Kabur dek linangan air mata kekesalan. Kekesalan yang amat sakit bagiku, sakit ibarat dibelah hati, dicincang lumat, betapa aku menyesal. Tiada gambaran kata-kata yang mampu meluahkan isi perasaanku saat itu.Allah, betapa ruginya aku, betapa bodohnya aku, betapa kerasnya hatiku dulu, langsung tidak endah akan ilmu agama. Nah! Sekarang aku buta dalam menilai surat cinta dari Allah, aku bodoh dalam memahami betapa indahnya bahasa cinta itu, syahdu.Aku tertipu dek dunia.Argh!!! Aku peluk erat naskah suci itu. Bagai memeluk sang kekasih, erat!.Kebodohan apakah yang telah menyelubungi diri ku dahulu? Dusta apakah yang telah menipu aku selama ini?Kejahilan apakah yang aku lalui ini? Kini aku tekad, aku bangkit dari semua kegelapan hidup, mencari sinar Illahi. Moga aku temu akan cinta sejati, cinta yang membawaku ke Jannah..Aamiin.
.............................................................................................................................................................
“Oh mak kau! Eh kau ika, suka terkejutkan aku bah”latah Yati. Terkejut lihat sosok tubuh di ruang tamu rumah serba putih.
Diam. 
“Ika, kau ok?Jangan diam bah.Aku bimbang sama kau.”kata Yati dari belakang.
“Aku..aku...aku takut”adu aku pada dia.
“Apa yang kau takutkan.Cerita sama aku.Aku dengar apa kau mahu cakap.Jangan nangis, tak manis bah”usik dia
“Aku takut dengan dosa aku.Aku banyak dosa, aku takut aku mati tak sempat taubat..aku takut” aku memeluk dia, mencari kekuatan.
“Jangan risau, kau kuat bah.Aku percaya kau mampu.Esok aku bawa kau jumpa kawan aku.Dia tu ustazah, cuma kawan dia ini saja yang tak berapa nak ustazah.hehe..” kata Yati.
“Makasih Yati, makasih sebab ada dengan aku.Makasih jugak sebab tak jemu tegur aku dan sudi berkawan dengan aku walaupun aku macam ni” kami berpelukan, erat mencari titik persamaan, mencari keserasian. Sama-sama merasai dan berkogsi rasa.
...............................................................................................................................................................
Seminggu kemudian.
“Yati, jom shopping.Aku nak beli baju dan barang-barang lain sama. Rasa sudah seminggu aku berhijrah tapi baju aku masih tidak cukup.” Ajakku gembira.
“Baik, jom. Aku juga sudah lama tidak shopping. Mau jugak shopping sebelum mau pulang raya Sabah bah.” Mencapai kunci kereta.
“Apa ya perasaan kau sejak berubah?” tanya dia tiba-tiba.
“Maksud kau?” kurang jelas pertanyan Yati.
“Ya, maksud aku, dari yang pakaiannya biasa, akhlak juga tidak manis, kepada alhamdulillah, muslimah berduri gamaknya. Sudah macam apa itu bah orang kata....ha ninja, minah arab gitu”ulas dia panjang.
Tersenyum aku saat mendengar kata-katanya itu.Lucu.Boleh dia kata aku macam tu.Senget punya kawan. J
“Alhamdulillah, aku rasa bersyukur sangat-sangat kepada Allah kerna memberikan aku satu nikmat dan hadiah yang sangat bernilai ni.Aku juga tidak bernah mengimpikan untuk hidup seperti ini, tapi sebaik-baik perancangan sudah tentu perancangan Dia.Aku rasa selamat, aku rasa terjaga walaupun aku ini dipandang seperti alien oleh masyarakat, itu lebih aku sukai daripada aku sama seperti mereka yang belum Allah campakkan ke dalam hati mereka kesedaran tentang dunia.” Itu aku rasa saat ini.
“walaupun kau terpaksa membuang jawatan kau sebagai Pengurus Pemasaran yang memang selama ini kau bangga-banggakan sangat tu” soal dia penasaran.
“Yup, wlaupun aku terpaksa korbankan tu semua.Mungkin situ bukan tempat aku.Insyallah apa yang aku ada sekarang sudah cukup bagi aku mulakan hidup baru” kataku yakin.
“Ok dah sampai..Jom shopping!!!.hehehe” semangat tengah berkobar
“Parking sini jela, kita melintas.Nanti susah nak parking seberang sana” cadang aku.
“Owh ok je.Boleh turunkan berat sikit jalan.hehe” keluar dan kunci kereta.
“Jom” tangannya ku gengam.
“Jom, sweet kan kita bah? J membalas gengaman persahabatan. Kami beriringan melintas jalan.
“Eh, kunci jatuh” kataku melepaskan gengaman kami dan aku tunduk mengambil kunci.
Dumm!!! Saat itu sebuah kereta meluncur laju, melanggar sosok tubuh kecil itu. Kaku, tergamam.Suasana menjadi riuh dengan orang ramai memenuhi tempat kejadian..
“Ika!!!Bangun ka, jangan diam” jerit Yati sambil menagis teresak-esak.
.........................................................................................................................................................
“Sudahla tu nak, jomla balik. Nanti kita mai lagi na.”pujuk Mak Piah, ibu saudara Syafiqah.
“Baik makcik” mereka beriringan keluar dari tanah perkuburan.
.........................................................................................................................................................
Malam itu aku mnyelak diari peniggalan Ika. Dia seorang yang suka memendam rasa. Semua hanya akan diluahkan hanya kepada En Diari. Aku selak satu persatu sehingga pada satu muka, aku menangis lebat.
Dear En. Diari, aku rasa masa aku sudah hampir, seperti dalam mimpi aku. Andai aku mati biarlah dalam aku sudah bertaubat, menjadi hamba yang beriman. Jadi besok aku nak ajak Yati sahabat baik aku tu keluar shopping, nak membeli sesuatu untuk dia. Harap dia suka. Hehe <3

Terbayang saat dia mengajak aku keluar, erat gengaman tangan itu, rupanya dia tahu.Moga kau tenang disana sahabat. Al-Fatihah. L