Thursday 29 May 2014

keKESalaN YaNG memBAHAgiaAKAN (PART II)

Assalamua'laikum dan salam ukhwah..



“ Ustaz Ismail tak balik lagi??dah lewat ni…”Tanya Pak Cik Man kepadaku
“Belum pak cik..sat lagi la saya balik..ada lagi kerja tak settle ni..”beritahu aku padanya
“Kalau macam tu pak cik balik dulu ya..kamu tu jangan lewat sangat”pesan dia
“ok pak cik, terima kasih ya..assalamua’laikum”balasku sekadar berbasi-basi
“waalaikumusalam”jawab Pak Man
Kringkringkring!!!!!
Telefon bimbitku berbunyi.Isteri aku menelefon bertanyakan bila mahu pulang.selesai kerja aku pulang ke rumah..tepat jam 12 malam aku tiba dan disambut oleh bidadari dunia, seorang wanita yang tabah dan sabar dalam menyokong aku untuk meneruskan dakwah aku untuk ummah..
“assalamua’laikum..awak tak tidur lagi???”soal aku
“waa’laikumusalam bang, belum..tunggu abang balik dari kerja”tunduk mencium tangan aku
“maaflah ya.abang banyak kerja tadi..data ahli belum diupdate..lagipun kita perlu berkorban..ingat bila mana kita menolong agama Allah, pasti Allah membantu kita bukan??”dia senyum mengganggguk..
“baiklah abng oi, saya paham..nak makan??”soal dia
“tak apala, jom kita siap-siapkan makan pastu kita makan sekali..kesian awak letih, seharian bekerja”ujar aku memahami, pagi dia mengajar, petang usrah kadang-kadang sehingga malam, tapi urusan rumah tidak pernah terabai..aku cukup beruntung bila dikurniakan isteri yang sama-sama mendokong dakwah dan sentiasa menolak aku saat diri merasa malas dan berat untuk bergerak.
“makasih ya bang.”ucap dia gembira kerna dihargai
....................................................................................................................................

Usrah yang aku jalankan ini meliputi kaum-kaum bapa yang menjadi ahli persatuan..amanah ini akan aku jalankan dengan sebaik mungkin..mungkin ini salah satu sumbangan yang mampu aku berikan kepada ummah dan agama..aku beruntung sejak aku berubah dan aku mendapat tawaran ke universiti tempatan aku telah melibatkan diri dengan organisasi yang banyak memberikan aku 1001 perubahan minda dan dalaman diriku. Disitu jugalah aku mula mengenali zaujah ku ini.Sama-sama bergerak dalam organisasi membuatkan aku dan dia lebih mudah untuk bergerak aktif hatta sudah berkeluarga.Titik permulaan ini juga semestinya karna ibuku yang banyak memberikan kesedaran bahawa aku bukanlah manusia yang dihidupkan sia-sia.

Sepupu aku, Ali juga turut bersama aku dalam jemaah Islam semasa kami sama-sama menyambung pelajaran. Dan hal itulah membuatkan ukhwah antara kami makin erat. Jadi keputusan kami untuk BERUBAH itu bukanlah satu keputusan yang salah dan ianya memang membahagiakan..

~TAMMAT~