Saturday 20 September 2014

PESANAN BUAT ADAM

Assalamua’laikum dan salam ummah sejagat..Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...



Em bukan nak kata kat lelaki..Cuma hampa aku kekadang terpikiaq yang hampa perlu dikejutkan macam harimau yang tengah tidoq..selesa dengan hidup akhir zaman ni.. L okay, mungkin pandangan seorang perempun ni macam euww, tak betoi bagai..tapi ingat, hak bersuara hak kami.huahuahua..so toksah nak rasa annoying sangat neh..

1)      Merokok
Ha, bab ni hampa ingat hampa macho kalau boleh letak rokok kat mulut, hampeh..yang dah mula tu berenti la sbelum terlambat..yang belum, don’t you ever try..prevent it better then secure..serius aku kata buruk gila hampa tau dak..dahla gigi karat, mulut berbau, bibiq hitam..duit??em pokai la...kalau yang dok study lagi, kerja perabih duit mak bapak..hampeh punya anak.tu pon ada hati nak ada aweks...nanti dah ada tanggungjawab pon masih tak reti nak berenti ..baguih ada laki macam hampa ni, bole kuruih..lagi satu rokok tu HARAM hampa tau dak..so pandai-pandaila pikiaq..Ustaz Don kata..bila benda haram masuk dalam badan dan bercampur dengan darah menjadi daging dan bila hang ada anak nanti jangan tanya pasaipa anak hang kurang ajaq, tak pandai and segala bagai la masalah lain..aku tak kata semua, tapi kebanyakkan macam tu la..kesian kat isteri-isteri diluaq sana bersuamikan perokok..aku??op coz  tak mau..nauzubillah minzalik..

Ni dalil yang menyatakan rokok tu haram:

Allah berfirman, "Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan"
(Al-Baqarah : 195)

Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain"

2)      Melepak
Yang ni yang syok ni...sebab kebanyakkan lelaki memang suka melepak..tak kira la kedai makan ka, kedai burger ka, mall ka, asalkan nama aktiviti tu MELEPAK, aku tetap katakan ianya tak baguih..terutama kalau jenih suka melepak kedai makan..tak tau la apa yang bermagnet sangat kat situ aku tak taula..boleh jumpa kengkawan, sembang-sembang??kat rumah tak boleh????? Em memang la lelaki..tak penah suka dok rumah..aku tau rumah adalah tempat terbaik bagi perempuan, that doesn’t means tat laki bole selalu lepak kedai makan kan??kalau dah sekarang ni suka melepak, nanti dah lepas kawen dah terbiasa, tinggal anak bini p lepak kedai makan dengan kengkawan sampai 2,3 pagi..untung-untung bini hampa boleh dpt payung emas la kn..maklumla sedap sangat orang kat kedai makn tu masak..kesian tau dak aku tengok isteri-isteri yang dtinggalkan oleh laki just sebab p lepak kedai makan..so anak dara kat luaq tu, watch out your future imam okay.. kalau jenih suka melepak tu pikiaq la beribu kali neh.. ;)..membuang masa juga merupakan satu dosa??hah???em L
           
3)      Expose/show off
Expose ni pada aku bukanla tak boleh langsung, tapi mungkin perlu dikurangkan or better tak payah langsungla..bukan kata lelaki itu fitnah bagi perempuan..tapi kadang-kadang hang tau dak orang perempuan ni walaupun lelaki ni tutup aurat but when diaorang asyik exposekan diri kat ‘facebook’, ‘twitter’, ‘we chat’ n segala bagai la kan..akan menjadi faktor daya penarik jugak sebenarnya..wah, alimnya pak ostad tu, hensemnya, oh bakal imamku bagai....hahah..okay sudah..hang ingat orang perempuan tak tengok.hello cik abang oi...tolong jaga sikit ya diri awak tu..jangan nak tunjuk macho sangat..kekadang mual la tekak aku ni..u suruh orang perempuan tu jga diri but tengok jugak kaum awak tu..dah lama aku nak habaq kat hampa, Cuma tak berkesempatan..simpan sikit kehenseman gambaq hampa untuk bakal hampa..ni dok tayang habih.. semua benda nak habaq, nak tunjuk..dakwah pon perlu ka nak tunjuk gambaq tu semua, nak habaq satu dunia hang p situ, nak habaq satu dunia lihatlah akan kewaraakkan aku dalam jubah tu.pakaian sunnah, lihatlah janggut ku yang cute tu..uweks..cukupla hang tulih benda nasihat..dan tak yang kalut nak berzaujah sangatla...memangla hampa tu takla teruk sangat effect dia tapi still meloyakan tau dak..burok benor...jangan sampai ‘facebook tu jadi alat untuk menelanjangkan kita sudah..

4)      Ikhtilat
Okay, bab ni yang agak sakit la.sebab memang susah gila-gila..pada aku, lelaki ni, hatta dia tu aktivis dakwah sekalipun dia tetap susah nak menjaga dalam hal ini..btoi atau dak, terjah minda, soal hati, iman berkata..selalunya lelaki ni dia kurang cakna bab ikhtilat..mungkin sebab lepa rasa lepa bukan penyumbang terbesaq kot..lelaki yang tak menjaga ikhtilat adalah calon yang kurang aman untuk dijadikan suami, sebab???peratus untuk berlakunya keretakan amat tinggi, isteri mana tak cemburu..kan..kalau dia boleh melawak dengan sebarangan perempuan sebelum akad, x mustahil sikap tu akan berlanjutan sampai kemati la senang cerita..sebab bila dah mula akan susah nak berenti..trust me.. J..jadi konsep nak digunapakai adalah give and take..hang jaga, dia jaga..if semua menjaga akan berkurang la peratus keretakan tu..bukan nak kata cemburu buta tapi itu fakta...terutama bila aktif dalam FB..berapa banyak artikel yang berterabuk kat surat khabaq kata penceraian sebab curang la, main belakang la sebab kenal kat FB..SO kesimpulannya, kita kena menjaga ikhtilat...bukan syadid tapi menjaga..sekali kita longgarkan, Allah, payah.. L.. tolongla wahai lelaki sedaq diri sikit..hang tu imam neh..jangan hang dok buat perangai sebab nanti dari hang tula akan lahirnya seorang lagi ummat Nabi..dan hang jangan cuba mengoda kaun hawa nii tuk jadi semurah air hujan..okay..”Jangan hampiri zina”

5)      Pemalas
Sikap pemalas pada lelaki ni yang paling aku tak suka adalah berat tulang kalau bab nak menolong kerja rumah..makan, minum, pakai, kemas n segalanya tauk(serah) kat orang perempuan..ayo bhai, hang tau dak, Nabi Muhammad s.a.w pon membantu isteri-isteri dia...benda ni realiti yang kita boleh tengok kat mana-mana saja la..abang aku pon macam tu..hehehe..bukan la tak tolong langsung, tapi daah bini rajin, laki mesti malas nak bantu..hampeh..sabaq banyak la aku tengok kak ipaq aku tu..nasib dia cool ja.kalau aku, mau aku buat jadual..hehehe..sebab kerja rumah nampak simple tapi memang penat..tapi mungkin para isteri tak rasa sebab dibutakan dengan kasih sayang dan cinta unuk anak-anak dan suami..bukan lepa minta tolong sangat pon sebenaqnya, Cuma kalau en suami membantu, perasaan dihargai tu cukup buat dia bahagia, wlaupun hidup tak mewah...serius aku cakap..manusia ni perlukan kasih sayang dan pernghargaan, terutamanya perempuan..ada aku baca artikel dalam ‘facebook’ jugakla..ada seorang lelaki ni amalkan pesanan dari Dr. Fadhilah Kamsah..membantu isteri buat kerja rumah, membuatkan rumahtangga bertambah bahagia..malam dia yang akan buat kerja rumah..tak ke sweet tu..kan..isteri siap tuk melayan dia ja..ops..okay..adat melayu ja yang kata kerja tu semua orang perempuan punya tanggungjawab..tapi tak bermaksud aku tolak adat tu..Cuma aku tak suka sikap lelaki yang malas turun dapur untuk membantu..tak salah pon kalau isteri ja yang buat, boleh tambah pahala, Cuma nak latih kalau isteri sakit???nak makan kedai???nope!! jangan sampai pahala bertukaq jadi dosa dok sumpah seranah kat laki sebab malas sudah..kan dah tak jadi keluarga sakinah dah.. L


Sabda Rasulullah S.A.W : "Orang yang baik antara kamu adalah orang yang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu"
(Hadis Riwayat Tarmizi)

6)      Pandangan
Okay, anggota yang paling merbahaya kat lelaki selain dari mulut adalah mata..hampa jangan tak tau..golongan hampa tu sangat merbahaya dan menyeramkan okay...ni cerita realiti dari seorang kakak yang dah berkahwin..huhu.takut..tak payah nak kata panjang, Cuma pesanan aku, tolong jaga pandangan hampa neh.jangan meliar sangat..lagi satu pesanan, kalau nampak perempuan yang rajin, sopan, ayu, lemah lembut tu jangan rasa tergoda sangat..tu semua fake ja tu..kami berlakon ja..mudah betoi hampa tertipu kan..wake up!!setkan dalam mind korang tu, perempuan yang betoi-betoi ayu tak akan nampak ayu melainkan kat depan orang perempuan jugak..so tak dak kesempatan la hampa..tapi tak semua la..so toksah nak berangan sangat ye..nak tau g contact mak dia..ada faham!!

7)      Ego
Hahahah..ni sikap lelaki yang palingggggg banyak dalam diri hampa..kan???okay x yah angguk..tau dah..jangan marah neh...abih hensemla bole tunjuk ego tu??em cuba-cubala kurangkan..hampa nak semua ikut kepala hampaa...susah sangat nak terima cadangan pihak perempuan..pi la kot mana pon, dalam kelas, dalam pejabat, mesti akan ada lelaki yang ego dia tinggi sangat.. tak takut jatuh ke yob..sakit tau..sesetengah lelaki ni pantang ditegur, dan ada jugak yang me first, my opinion is da best..i’m the only one can make the decision....dalam membuat keputusan pon mesti ada aura  tu..so majo la pilih cadangan si mamat e tu..em lelaki yang macam ni, seram..sebab abih nanti kalau la dah kawen, mesti berrrrrtuaahhh gila bini dia..sebab tak payah serabut pikiaq..u just be a runner okay..maklumla, ketua keluarga...hati-hati ssikit tau nak memilih ni..hahaha..tapi tak semua...walaupun tak semua tapi tetap spesis hampa jugak kan..so terima jela..
#perempuanponadaegookay..

8)      Aurat
Please take a good care of your aurah okay..aurat lelaki selalu di silentkan kan???ha..bukan tak wujud cuma didiamkan so tak dak sapa cakna benda tu..yang hampa tau kerja nak sembang rancak pasai aurat orang perempuan..tu la lelaki.kot mana pon balik-balik lempaq atas kepala orang perempuan jugak..huh..tak payah nak menayang sangat la badan korang tu..kepala lutut tu ingat cantik...kaki tu kalau tinggai tulang takyah nak show of sangat la..menyampah..kalau rasa badan tu saiz l toksah la besi saiz s neh..jadi baju adik pulak..angkat tangan ja dah nampak badan..dengan seluaq macam nak tak nak ja pakai..nak solat pon susah..nanti rukuk terselak aurat... kalau orang perempuan boleh knapa kamu tu tak boleh.bukan susah pon..ingat nanti nak tanggung dosa orang lain jugak!!ingat cute sangat la pakai macam tu.buruk tau!!

9)      Tegas
Yupzzz!!tegas, hang kena tegas sikit dalam bab agama ni..bukun suruh hang jatuhkan hukum, jatuhkan hukuman kat orang bila orang tu buat silap..tapi hang perlu tegas dulu kat diri hang tu..jaga dulu akhlak, ikhtilat,ilmu tu cari...Insyallah kalau hang tegas bab tu yang kat atas tu semua akan settle dengan sendiri..ada faham!cukup la kalau hang dah bole hadam rukun Iman n rukun Islam tu.hadam??yup.bukan hafal..biaq foundation tu kuat, baru boleh bina bangunan..kalu asas pon goyah, jem...tapi kalu rasa diri tu tak kuat sangat asas, p cari bahan penambah, or bahan penguat...macam konkrit..kalau dah ada crack ka, defect yang lain pon ..mesti ada alat tuk pulihkan..so macam tu jugak kita manusia ni..always be a student..ilmu  itu tak akan pernah habih tuk kita tuntut..jangan lalai sangat dengan fitnah dunia ni..dan hampu cuba tegas sikit kat diri sendiri tu..jangan mudah tergoda..tak kiasah la hampa imam muda ka, aktivis dakwah apa pon..hatta tok bilal tok siak pon..tegas sikit tuk kawal diri..aku tau hampa susah nak lawan..apappon chaiyok..ganbate!!!ingat lelaki yang menolak ajakan wanita tuk berzina itu HEBAT!!

"Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa yang menghendaki kehidupan akhirat, maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa menghendaki kedua-duanya maka wajib baginya memiliki ilmu"
(H.R. Tarmidzi)

"Barangsiapa yang menempuh jalan untuk memcari suatu ilmu, nescaya Allah memudahkannya jalan menuju syurga"
(H.R. Tarmidzi)

Kesimpulannya menjadi lelaki itu bukan mudah..payah..tetapi ianya mudah jika kembali kepada fitrah, yakni Islam.. apapon ni semua hasil "experiment" dan dapatan kajian daripada ister-isteri..macam-macam rahsia dan perangai lelaki yang masuk dalam telinga aku hari-hari...nasihat dan gosip semua ada..haha..so hipotesis aku..semakin aku faham..em bukan, semakin aku banyak mendengar tentang lelaki, semakin aku rasa seram dengan diaorang..hahaahaha...wallahualam

#bukanantilelaki