Monday 30 December 2013

LaNGkah-lANGKah PEmbiNAAn KHiLAfaH

ASsAlamua'laikum wbt..salam cinta dan kasih..

Insyaallah kali ni saya nak berkongsi ilmu yang baru di peroleh daripada usrah yang saya join..insyallah..sama-sama kita tetapkan matlamat dan halatuju kita dalam menegakkan Daulah Islamiyah di bumi Allah ini sebagai matlamat terbesar kita....moga-moga ini boleh menjadi saham kita di akhirat kelak..Insyallah..

Dalam kita nak menegakkan syiar Islam itu memerlukan beberapa cara ataupun langkah..so langkah-langkah tu macam yang dibawah ni...

1. Pembentukan peribadi muslim yang sempurna
  • 10 muasafat tarbiyah 
    • Aqidah yang sihat
    • Ibadah yang sempurna
    • Tubuh badan yang sihat
    • Akhlak yang mantap
    • Berpengetahuan luas
    • Mampu berdikari
    • Mujahadah melawan nafsu
    • Menjaga waktu
    • Tersusun urusannya
    • Bermanfaat untuk orang lain
2. Membina keluarga muslim yang sempurna
    Dalam menjadikan keluarga muslim adalah bermula dengan ibu bapa, sanak-saudara kita, adik beradik, sepupu sepapat, sedara bau-bau macang dan saudara kiri dan kanan kita..bukan hanya suami, isteri dan anak-anak kita..itu lebih kepada baitul muslim..keluarga yang muslim akan menjadika usaha untuk menegakkan daulah Islamiyah itu mudah..sama-sama kita sebarkan dalam kalangan keluarga kita kefahaman Islam..setiap individu ISLAM wajibuntuk menyebarkan kepada ahlinya tentang ISLAM..Ingat!!!

3. Membina masyarakat muslim yang sempurna
    Masyarakat yang faham Islam akan membawa kepada negara ISLAM..jadi disini jika kita adalah masyarakat ISLAM yang saling menyebarkan syiar Islam maka akan terbentuklah satu golongan yang berpegang teguh kepada ajaran Islam...yang mahukan baiah solehah, keadaan yang orang kata ada agama, ada panduan..hal ini penting dalam mencapai matlamat Daulah Islamiyah tu..

4. Membebaskan negara daripada penjajahan kufar
    Dalam hal membebaskan negara daripada penjajahan kufar ini amat penting kepada individu-individu yang mana berjawatan..wajib kepada dia..apatahlagi jika dia faham ISLAM..SAMBIL dibantu oleh masyarakat..ingat dalam menegakkan Islam, kita bukan seorang tetapi dalam organisasi atau jemaah..perlu ada yang memimpin perlu ada yang mendokong...andai tidak dilaksanakan maka berdosalah semua orang..

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

5. Mentadbir negara dengan ajaran Islam yang sempurna
    Pentadbiran negara berlandaskan Al-Quran dan sunnah merupakan hal yang wajib kita lakukan..
   "Tidak Allah jadikan Jin dan manusia itu, melainkan untuk beribadat kepada-Nya.." so dalam hal pentadbiran juga perlulah kembali kepada arahan dan panduan yang telah Allah berikan..jadi disini kita boleh lihat betapa pentingnya dalam memilih pemimpin sama ada dalam konteks negara, kampus mahupun keluarga (baitul muslim).

6. Membina jaringan dengan negara Islam yang sempurna
    Dalam nak menegakkan Daulah Islamiyah tu perlu ada kesepakatan ataupun connection antara negara-negara Islam bagi menjayakan misi kita ni..sebab islam tu bukan untuk negara tu ja..Islam For All..so we need to cooperate with others Islamic country..fight, jihad untuk lihat Islam tertegak di seluruh pelosok dunia..insyallah..amiin..

7. Menguasai dunia dengan Islam
    Bila dah berkerjasama antara negara-negara Islam so mudah bagi kita untuk merampas dunia dari tangan-tangan jahat Yahudi dan sekutu-sekutunya..We will dominate the world!!! one fine day..insyallah..subhanallah..can't wait for that moment..but scary too...if I got a lot of sin but still not ask for Allah forgiven..wargh!!!sobsobsob..dunia hampir kiamat!!!

so the moral here is, we need to be a good, brave and dalam hati ada iman not dalam hati ada taman..but my frenz said that ada taman becos it's taman syurga..poyos...jadi KITA sebagai umat islam ada la saham nanti kat sana sebab melibatkan diri dalam organisasi atau jemaah Islam ;) :P

p/s: if  I got wrong please tell me.. :)

Sunday 29 December 2013

10 Wasiat Imam Hassan Al Banna



assalamua'alaikum dan salam ukhwah.. :)

1. Apabila mendengar azan, bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah, dan janganlah membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak membawa apa-apa kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan merasa tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia, malah menyakitkan hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap malainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah adalah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan perlaksanaannya.

Tuesday 10 December 2013

Kebiadapan ‘lelaki’ mancabar ‘muslimat’



Assalamua’laikum dan salam ukhwah sejagat..

Mengapa tajuk itu yang dipilih kali ini buka kerana ingin  seratus peratus menyalahkan sang pria terhadap perbuatan mereka yang mencabar dan menjatuhkan maruah wanita..mungkin ada yang berpendapat itu tidak asil..ya itu memang tidak dapat dinafikan…kedua pihak berpotensi untuk menjadi faktor kepada permasalahan umat kini..tapi bukan isu itu yang ingin aku katakan di sini..apa yang ingin diketengahkan ialah KEBIADAPAN LELAKI MENCABAR MARUAH MUSLIMAT…sesetengah daripada mereka tidak sensitif kepada wanita yang bertudung labuh aka menutup aurat bukan bertudung ya..kebiadapan mereka itu amat dibenci dan hal itu sememangnya secara tidak langsung akan mencalarkan imej seorang muslimah itu sendiri..kami bukan meminta sanjungan tapi penghormatan dalam memelihara maruah kami sebagai MUSLIMAH…

Ketidaksensitifnya kaum adam ini terhadap maruah dan imej wanita Islam itu akan menampakkan yang tiada perbezaan antara wanita Islam dan bukan Islam..bukankah dalam Al-Quran sudah tercatat untuk meminta kami, kaum wanita ini untuk menutup aurat dalam surah An-Nur ayat 31 dan surah Al-Ahzab ayat 59.. so kami dah cuba but…how about man?? Ok ni peringatan untuk kaum lelaki pulak…surah An-Nur ayat 30..

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah amat mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.

Ok ni contoh situasi…bilamana seorang lelaki menyukai seorang wanita terutamanya bertudung labuh.. please la respect wanita tu..jangan ganggu dia dengan mesej-mesej lara, bercakap yang tidak penting, bergurau lebih-lebih dengan dia…hatta memandang pun menyebabkan kami rasa tercabar..bukankah kita diminta untuk menjaga pandangan, ingat ikhtilat(pergaulan bebas antara lelaki/perempuan) itu haram…jadi andai benar kamu berniat untuk menjadi yang halal untuk dia jaga dahulu maruah dia..jangan menjadi seperti batu ladam yang memberatkan maruahnya…mungkin pada pandangan sesetengah pihak yang lain perkara itu biasa..tapi sebenarnya melalui perbuatan itu akan memungkinkan orang ramai untuk tidak hormat kepada muslimat itu..

Em situasi kedua bila mana muslimat terpaksa menggunakan pengangkutan awam or keluar rumah yang memerlukan kami untuk bercampur dengan masyarakat hal sebegini bukan mustahil untuk terjadi kepada muslimat..dunia kini seolah-olah tidak menghargai wanita..sebaliknya mengeksploitasikan wanita sebagai ‘barang dagangan’ secara sir(rahsia).. kadang-kadang perasaan gusar, takut dan seram dengan pandangan tajam sang lelaki yang tidak dapat ditafsir oleh akal kami…memberi salam dengan niat lain, say hi! Dan yang lebih berani ada yang memperlekehkan kami dengan perbuatan…bukan nak menyalahkan tetapi andai terpaut hati jangan sampai benda sebegitu disalahertikan..pernah terjadi pada sahabat saya sendiri, seorang lelaki yang terpaut pada dia nak berkawan, ok fine itu mungkin nampak normal lagi..tapi apa yang nak di utarakan di sini ialah cara lelaki itu men’approach’ tu dengan menulis no tel dan kata2 perkenalan di atas kertas yang disertakan dengan gambar dan diletakkan di atas paha muslimat itu..kebetulan seat atas bas sebelah-sebelah..suka hati dia ja..ketidakpekaan itu yang saya katakan menjatuhkan maruah wanita..muslimat itu dipandang aneh oleh penumpang yang lain…????pendapat anda???

fikir-fikirkan lah wahai lelaki…bantu kami menjaga maruah, kami bantu mengurangkan dosa..dengan berpakaian menutup aurat..deal..ingat bukan perhatian yang diminta tapi pernghormatan… itu lah yang dapat saya katakan apabila melihat keadaan muslimat kini yang seolah-olah ‘dicabar’ dan melihat tanda amaran kami(tudung labuh) kami tidak mendatangkan kesan pada mereka….kami berpakaian sebegitu buka saja-saja tapi perintah Allah supaya kami tidak diganggu dan mengganggu.. J wallahualam..

Sunday 8 December 2013

sAhaBat ITu~ ,~



Persahabatan itu umpama gula…
Ada ketika ia begitu dihargai…
Adakala ia disalah erti…
Senantiasa di dalam dilema…
Mencari erti yang hakiki..

Persahabatan itu umpama air…
Suatu keperluan yang utama…
Tanpa ia manusia bisa mati…
Kadang-kadang ia menjadi musuh…
Tanpa kita sedari…

Persahabatan itu ibarat satu perjudian…
Mempertaruhkan kepercayaan…
Tanpa kesangsian…
Dengan pengharapan sebuah ikatan…
Berterusan tanpa perhentian…

Persahabatan itu ibarat hiburan…
Begitu disukai ramai manusia…
Ia dikejar diminta diberi…
Tapi kasihan…
Kekadang ia kurang dihargai…

Persahabatan itu boleh kita umpamakan atau ibaratkan seperti apa pun.. Ikut kemahuan dan pemikiran kita.. Macam mana kita nak men’describe’ arti persahabatan itu adalah melalui apa yang kita rasa.. Yang penting bagaimana kita nak menjalinkan persahabatan itu mengikut acuan dan contoh daripada persahabatan Rasulullah dan para sahabat yang sememangnya kita tahu merupakan sebuah ikatan persaudaraan yang kuat berpaksikan Allah… Aku suka melihat bagaimana persahabatan antara Rasulullah dan Sayidina Abu Bakar… Terlalu jauh berbanding kita yang untuk berlapang dada juga mungkin sukar..

Sahabat, saat ini, tika ini…. aku merindui kalian.. tertayang dilayar minda wajah-wajah nakal dan manja kalian… ku selak album di laptop ku..satu persatu ditayang menggamit kenangan kita disana.. aku merindui saat kita bersama, bergelak tawa, bersuka ria, melakukan gerak kerja bersama, hatta bermasam muka juga bersama.. mana mungkin aku melupakan kenangan indah itu.. aku ingin kita kembali ke zaman dulu.. saat masih hingusan dalam gerak kerja dakwah.. tanpa perlu memikirkan amanah yang berat ini… aku mengharapakan agar kalian kuat dan terus berada dalam perjuangan karna bukan kita yang diperlukan tapi kita yang memerlukan..
Insyallah satu hari aku mahu impian aku untuk ada sebuah persahabatan seperti itu menjadi nyata… Dengan kekuatan dan kasih sayang yang terjalin antara kita..

Salam rindu dan sayang untuk kalian..

Sunday 10 November 2013

peLArIAN




assalamua'laikum dan salam rindu...

bukan mudah nak jadi manusia,
bukan mudah nak jadi pemimpin,
bukan mudah nak jadi pemegang amanah,
bukan mudah nak jadi sahabat,
bukan mudah nak jadi apa yang orang nak,
bukan mudah nak jadi sempurna di mata orang,
yang pasti,
mudah untuk kita jadi diri kita sendiri.

hidup di dunia ini umpama pelarian..hidup terkontang-kanting diatas bumi sendiri..sentiasa cuba untuk lari dari masalah...takut untuk berdepan dengan masalah..apa yang bole saya lemparkan dari perumpamaan pelarian ini adalah melalui sisi kehidupan kita sendiri...boleh kita lihat dimana, kita sentiasa berusaha untuk hidup selesa dan tenang tanpa perlu memikirkan masalah, hal-hal yang membuatkan kita rasa gusar, khuatir resah dan gelisah setiap saat dan detik... pelarian itu aku...

ya, akulah pelarian itu....bukakan mudah bagi aku untuk menghadapi cabaran, dugaan dan bebanan tangggungjawab yang datang secara tiba-tiba tanpa aku sedari, tanpa aku pinta...mustahil bagi aku untuk lari..tapi itulah yang cuba aku lakukan kini....lari mencari destinasi yang memang tidak akan pernah aku temui..bagi mencari sesuatu iaitu ketenangan dan kekuatan..aku lari untuk mengutip kembali kekuatan yang telah diragut sikit demi sedikit tanpa sesiapa perasan kecuali aku...mana mungkin bagi aku untuk meluahkan rasa hati kepada sahabat...mana mungkin aku lakukan perkara itu..sedangkan aku tahu mereka sudi mendengar....tapi kuatkah aku untuk meluahkan kesedihan dan kelemahan....biarlah aku tanggung sendiri..buka aku menyepi..cuma aku menyendiri tak mau meyusahkan...

aku cuba lari dari satu destinasi ke destinasi yang lain..sehingga aku letih sendiri..bingung memikirkan masa depan..apa yang harus aku lakukan..terima atau menolak...aku buntu..aku merasa tidak layak, tidak pantas untuk itu...terima kasih akhi kerana menadarkan aku betapa aku tidk layak untuk semua itu..terima kasih kerna membuatkan hatiku terjentik dengan amukan dan kata-kata kau...bkan itu yang 100% bermain di minda...tapi tekanan demi tekanan yang aku terima membuatkan aku letih, lemas dalam lautan amanah...aku baru sedar, aku tidak pandai 'berenang' aku tidak boleh 'mengapungkan diri'..jadi aku dapat merasakan aku tidak pantas untuk menyelam, menkmati 'dasar lautan'..bukan aku manusia itu..

tidak semua orang paham apa yang orang lain rasakan...hati dan perasaan aku saat ini, kacau...ibarat gula bercampur garam..aku sendiri keliru...apa yang harus aku lakukan..apa????semakin lama aku lihat, semakin lemah aku rasakan..aku tiada tempat untuk berpaut..untuk aku berpaut pada dahan, aku bimbang dahan patah kerna beratnya 'aku'...sedar atau tidak masa semakin hampir bagi aku membuat keputusan..apa yang bole aku lakukan hanyalah berdoa dan istikharah..aku lemah...makin hari bateri aku makin nazak..siapkah aku untuk menghadapi hari itu???wallahualam..moga hari esk ada pelangi yang menyinari  hariku..insayllah..aamiin.. :)

Wednesday 16 October 2013

BerDOsANya dIRi INi

assalamua'laikum dan salam cinta terbelah 4..


Ya Allah,
butakan mataku dari melihat yang bukan hak,
pekakkan telingaku dari mendengar fitnah dan cela,
bisukan aku dari umpatan dan dusta,
lumpuhkan aku dari membuat dosa,
matikan aku dari perasaan hasad dan wasangka,
diamkan aku dalam banyaknya berdoa.....

diri ini merasa berdosa,
tika mana hati ini mula lalai,
alpa dengan nikmat dunia,
lupa pada Sang Pencipta.

penyakit wahan kembali menyapa,
saat diri cuba bangkit melawan,
jatuh terduduk diam tak terkata,
mati ditelan arus dunia.

tika diri tidak lagi kuat,
syaitan datang membisik cinta,
pada siapa harus diminta,
agar kuat melawan segala.

bila mata dikaburi kesenangan,
hati sakit melawan cobaan,
iman meronta siapa perasan,
takut dibakar dek api neraka.

pernahkah kita terfikir diminda,
apakah yang terjadi pada semua,
adakah ini petanda dari-Nya,
bahwa kita lemah imannya.

#sama-samalah kita muhasabah diri, kembali mengingati Allah dalam kehidupan sehari-hari kita...moga kita ikhlas dan perbetulkan niat dalam setiap ibadat kita...insyaallah...

Wednesday 25 September 2013

Demi masa!!!

assalamua'laikum dan salam cinta dari hamba buat semua....

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang
Demi masa, 
Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk 
kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

tersentak hati tatkala bila seorang sahabat berbicara tentang penyebab kelesuan dalam diri seorang daei' yang berpunca dari dalam diri individu itu sendiri...PUNCAnya apa???KETIDAK TEPATI MASA!!ya masa tidak dipandang sebagai benda yang berharga..diri ini turut terasa...walhal kita selalu membaca surah Al-Asr itu setiap kali kita menutup majlis..tapi iktibar atau peringatan dari surah itu kita lupa..Kita ABAIkan..walaupun hanya ada 3 ayat tapi ia mempunyai impak yang sangat besar dalam diri seorang mukmin..pernah atau tidak dalam diri kita terfikir bagaimana orang bukan Islam boleh menepati masa sedangkan kita???kemanakah kita???lagi-lagi kita, orang yang membawa panji Islam, memperjuangkan Islam, nak tegakkan Islam dalam diri kita, keluarga dan masyarat kita terutamanya..tapi...dimana kita dalam menguruskan masa..bagai dipaku takkala perkataan itu diucap..cuba untuk mengislahkan diri untuk menjadi seorang yang menepati masa...insyallah..ketepatan waktu bukan kerna kita seorang yang membawa dakwah tetapi ketepatan waktu perlu kerana kita adalah bahan tontonan bukan Islam..jadi hal ini amat penting untuk semua orang..take note!!

kekaguman aku terhadap seorang yang boleh digelar murobbi, Ustaz Muhammad Nasir...beliau seorang yang sangat mementingkan masa..benar, mana mungkin aku berdusta..dia mengajar aku..aku hormat akan beliau kerna aku kagum akan sikapnya yang begitu menitikberatkan amanah...masa dijaga hatta seminit...kelas selalu ada(kecuali ada urusan), bahkan begitu tepat..andai kelas sejam maka sejam, andai tiada akan diganti...ayat yang selalu diungkap "jangan tanya bila nak abis, tapi tanya bila nak mula"...pada sesetengah orang ustaz seorang yang tidak boleh dirunding, tidak boleh kompromi dalam sebarang penundaan kelas..pada aku yang faham kenapa.aku suka dan aku bangga...beliau dalam diam menjadi contoh sebagai seorang yang berada dalam fiktah perjuangan...bole dibawa gurau tetapi tegasdalam pendirian...cuba untuk menjadi fleksibel tapi masih berpegang pada agama...ramai yang complain, sehinggakan tak mahu menginjakkan masa kedepan kerna khuatir ustaz lanjutkan kelas ke waktu sebenar...pada aku itu bukan masalah..dapat aku lihat remaja kini tidak cintakan ilmu.bukan mereka tapi kita..remaja kini..

~aku bangkitkan hal ini bukan kerna aku ingin menegur, tapi ingin memperingatkan kita supaya
 menjaga masa~

Monday 9 September 2013

akHAWat iTU (^,^)



assalamualaikum dan salam rindu...

akhawat itu agamanya menjadi utama,
akhawat itu maruahnya menjadi nyawa,
akhawat itu imannya menjadi raja,
akhawat itu ilmunya menjadi tentera,
akhawat itu malunya menjadi senjata,
demi untuk menjadi pejuang agama.

Situasi A
dibawah pohon cemara di tepi tasik bersama tugasan sambil berbual kosong merehatkan minda.antara empat sekawan yang pelbagai ragam. Aisyah seorang yang ceria dan periang, Hilma seorang yang  baru berubah dan manja , Syahidah seorang yang tegas tetapi mudah percaya  dan Humaira seorang yang sopan dan bijak.

Aisyah              : wargh!!!tension betul la…hidraulik nie…susah betul…aira,ima, idah….jom sembang…tutup buku..he3 
Hilma               : ish enti ni…ada ka patut ajak ana benda yang palinggg ana suka…he3…ana pun dah tepu dah ni…bak kata idah, rehatkan minda, tenangkan jiwa..kihkihkih..(>,<)
Syahidah          : ana pulok yang terkena..ana redha je…sahabat ana kan mendengar kata..kami dengar dan kami taat..he3..tak begitu saudari Humaira???
Humaira yang termenung terpinga-pinga bila mendengar namanya disebut..

Humaira           :maaf-maaf, apa ya??ana tak dengar la…(malu-malu)
Aisyah             :enti ni jauh sangat termenung ni…teringatkan sapa tu???ustaz Hilman ke?? Wah-wah dah ada bau nasi minyak ni…
Syahidah          :Aik apa yang terjadi ni??kenapa ana tak tau isu semasa ni??? Tak aci betul..sampai hati  aira tak bagitau kat idah…
Hilma               :ala idah jangan merajuk..buka salah aira x bagitau tapi baru terjadi pagi tadi saja..kat tepi library. Ustaz menegur aira…kan Aisyah kan??
Humaira           :Astaghfirullah, jangan kalian sebarkan fitnah ini..nanti susah kalau tersebar…ana tak ada apa-apa dengan ustaz Hilman…bahkan itu pertama kali dia menegur ana di luar gerak kerja…
Aisyah              :tapi enti nampak secocok dengan ustaz dan ustaz pun macam ada hati pada enti…kedua-dua sam cantik sama padan..baik dari segi akhlak mahupun ilmu..maklumlah presiden Helwa dan presiden PPI..
Syahidah          :benar aira?? Enti berdua ni jangan la nak padan-padankan meraka berdua, andai benar sekalipun biarkan Allah yang menyatukan mereka dengan cara yang baik..bukan dengan adanya cerita yang boleh menjatuhkan maruah kita sebagai Muslimah…ingat jagan kita jadi seperti kata Nabi, bahawa wanita merupakan fitnah terbesar kepada lelaki pada akhir zaman nanti..nak ka kita???
Humaira           : sudah-sudah..ana x marah Cuma ana sedih, kelihatan seolah-olah ana tidak menjaga batas pergaulan dengan Muslimin bila timbul isu ini..salah anakah???
Aisyah & Hilma : maafkan kami ya ukhti..bukan niat kami nak cakap sebegitu..Cuma kami suka melihat andai enti dan ustaz bersatu..tu saja…

Situasi B
Humaira mengalihkan topik ini bagi mengelakkan isu ini berlarutan dan akan ada masalah hati antara mereka yang boleh menggoyahkan pohon persahabatan…

Humaira          :enti apa pendapat enti tentang perjuangan kita?maksud ana apa sumbangan kita? Sebagai akhawat?
Hilma               : aira, enti ni kita bukan tak mahu bicara tentang perjuangan, tetapi ana bosan..hidup seolah tiada masa untuk diri sendiri…kadang-kadang ana letih dengan amanah ini..
Syahidah          : Masyallah enti..kenapa berkata sebegitu..tak elok enti..kita perlu sedar kita ini manusia istimewa yang Allah telah pilih untuk menjadi rantai-rantai perjuangan Rasulullah SAW. Sepatutnya kita bersyukur enti…tidak semua tiram itu menjadi mutiara…
Hilma               : bukan maksud ana untuk menarik diri dari perjuangan..Cuma ana ingin waktu untuk ana memikirkan diri ana dan masa depan ana sahaja…maafkan ana…
Aisyah              : benar…kekadang ana jugak merasakan benda yang sama seperti ima…tapi ana mujahidah melawan nafsu ana dengan yakin setiap pertolongan dan perjuangan kita untuk agama Allah pasti pertolongan Allah itu mengekori kita…syahid dan syurga impian ku!!!
Humaira           : bukankah kita dilahirkan untuk menjadi hamba Allah, kita dipilih bukan bererti kita tiada kehidupan, tetapi kita dipilih supaya hidup kita lebih bererti…memikirkan ummah dan agama itu adalah kewajipan bagi seorang pejuang…kita sudah berjanji untuk mewakafkan diri di jalan Allah… menjadi pejuang agama Allah, menjadi pembakar semangat untuk Muslimin dan ulama-ulama kecil nanti..ingat jangan sampai kita menjadi fitnah dan penghalang dalam perjuangan Muslimin..
Hilma              : terima kasih sahabat…syukran atas nasihat dan peringatan...sarangheo!! uhibbukifillah abadan abada…<3
Syahidah          : afwan..tak mengapa enti..itulah gunannya sahabat..saling ingat-mengingati…saling tegur-menegur andai hal itu boleh memudharatkan kita, persatuan dan maruah keseluruhannya…ingat ya pesanan ana ni..JAGA IKHTILAT, PERJUANGAN MEMERLUKAN UKHWAH & PENGORBANAN…sentiasa mengharapkan madratillah…


~JAGA IMAN, JAGA HATI, JAGA IKHTILAT, JAGA AGAMA~

Saturday 24 August 2013

semangat yang luntur dalam berdakwah :(


assalamua'laikum dan salam sayang untuk blog saya..

dalam kehidupan kita pasti ada pasang dan surut..begitu juga dalam kita menghadapi hari-hari muka...cubaan dan dugaan yang Allah beri ini adalah sebagai batu loncatan bagi menambahkan pahala dan amal kita..bak kata DR. MUHAYA, jadikan pekerjaan kita itu LADANG PAHALA...macam mna kita nk memaksikan pahala dalam gerak kerja dakwah kita tu adalah dengan letakkan Allah sebagai matlamat kita..Insyaallah kita adakn dapt walaupun tak banyak...Ustaz kat masjid kampung saya kata, Allah bukan nk tengok setakat mana amal kita, iman kita, tapi Allah nak kita ingat kepada Dia, mohon pertolongan Dia dan yang penting nk bagi kita untuk tambah saham kita..orang yang sabar itu orang yang untung..Allah dah tau dah iman kita, luaq dalam kita.Allah itu siafatnya ILMU (Maha Mengetahui)..berdoalah kepada-Nya..Dia itu SAMA' (Maha Mendengar)..sahabat sekalian..muhasabah diri..terutama yang terlibat dengan organisasi ISLAM yang menbwa syiar ISLAM...betulkan niat kita sentiasa..kekadang kita alpa, kita terpesong dri niat sebenar..Mohon agar Allah tetapkan niat kita..dugaan yang datang itu umpama aingin yang lalu..kekadang ia menjadi sepoi-sepoi bahasa, kita aman bersamanya..tetapi kekadang ia datang umpama taufan sehinggakan kita takut dan tak mampu untuk melawan..

terdetik di hulu hati, apakah apa yang kami lakukan ini salah, apakah kami ini orang yang zalim, adakah kami yang mahu tegakkan Islam ini dipandang aneh, dipandang seolah-olah tidak punya maruah...dipertikaikan ditendang umpama bola...bila perlu dijaga, bila rasa kurang aman tendang kepada orang lain..kami juga manusia biasa..punya hati dan perasaan..kekandg hati ini rasa terkilan..kami dilihat seolah-olah orang yang maksum sehingga kesalah kami yang sedikit diungkit, diheboh, diperkatakan..ulangan..kami manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan..tapi berbezanya kami dengan kamu adalah amanah yang kami tanggung...bukan mengeluh tetapi letih dalam melayan kerenah manusia-manusia yang tidak pernah mahu mengerti perasaan dan tanggungjwab yang kami terpaksa tanggung...letih dalam penjara hati yang sentiasa perlu mnjga hati dan perasaan orang..tak dapat dinafikan hati ini memberontak kuat untuk membantah..tapi apakan daya..kefahaman yang diterapkan melangkaui akal sesat yang menujah untuk keluar...bila hati tidak dikawal oleh iman, nafsu akan merajai kerajaan..nampak seperti tidak ikhlas dalam tugas..tetapi siapa kita untuk menghukum seseorang..mungkin mereka itu menjadi lift untuk kami mencapai RAHMAT dan seterusnya Syurga Allah..Amiin...

Firman Allah SWT :
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan : Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji "
(Surah Al-Ankabut ; 2-3)

*actually tu sebenarnya macam wakil untuk luahan perasaan..wink3!!
*maaf andai ada salah silap dan untuk peringatan kepada diri ini jugak!!

 ~BERAMAL KERANA ALLAH~

Friday 9 August 2013

RamDHAn pastu SyAWaL $,$

Assalamua'laikum wbt..salam sejahtera, salam mahabbah, salam satu ummah..

Ramadhan..satu bulan yang penuh barakah..dimana umat Islam berpusu-pusu nk buat kebaikan (bagi yang nak la), dan berpusu-pusu jugak buat dosa actually..btoi atau x kita bole tgk sekeliling kita, cara pemakaian, terutamanya la yang aku nampk..bab ibadat tu ada peningkatan, Alhamdulillah..pergaulan masih sama...jadi pada aku, aku nampak bulan posa ni cuma bulan adat bukan bulan ibadat..orang posa kita posa..orang teraweh kita pon teraweh..tp ada juga orang, bulan posa sama dengan bulan biasa..moga Allah buka pintu hati dia untuk nampak bulan Ramadhan ni sebagai bulan untuk dia dapat keampunan, keberkatan dan rahmat Allah tu..amin...tanpa kita sedar kita dok tambah dosa kita..ada ja salah n silap yang kita dok buat..habluminallah kurang dijaga..ada yg slang.kekadang kita lupa nk solat, tak jaga pandangan, tak percakapan kita, perbuatan kita pon..x sedar dok mengumpat, dok kata, dok fitnah..tu mcm mna nk kata bulan RAMADHAN ITU BULAN TARBIYAH..kalau kita asyik buat salah tapi x sedar2..kot nak munasabah sikit ka..(tanhniah la sapa yang dok hisab diri sebelum tidor tu) ni yang jenis lupa daratan ni lagu mana...bulan posa ni ramai dok buat amalan sunat, moga istiqamah la noh..ni tuk diri aku jugak yang mudah lalai ni..:)..

~jangan kita jadi orang yang rugi bilamana kita dibawa masuk ke gua emas tapi kita keluaq dengan tangan kosong~


ha mai dah nak cerita prasaan aku waktu raya ni..wink2!!
em sedih aku raya ni..bukan pasai tak dapat duit raya tapi pasai kaum sejenis dengan aku yang x pakai baju(bahasa sopan)..ish2..aku malu + sedih sgt2...bukan apa kalu nak moden sangat pon agak2 la..ni sampai nampk segla2 nya..malu nak sebut_:"(...dah la kita ni dok beraya elok2 minx maaf pa semua tetiba kita dok pakai seksi2 plak..dah la ulat bul2 bnyak(orang laki..harap maaf)...lepa tu buka malaikat yang tak dak nafsu..risau aku..dok la tenung sorang2 anak dara, mak dara, nek dara suma depan mata..terpikiaq satu benda kat benak aku ni..ish lepa ni sedar ka dak yang baju lepa ni dh macam kain alas dulang yang nipis tu ja..nampak suma..tak takut ka??? laki dok tengok, x malu ka..ni ka orng kata moden???baju ja moden.. tapi minda kita masih kuno..x leh beza mana elok mna dak..mana yg jatuhkan maruah mana yang menjaga maruah..aku bangga walaupun orng kata kat aku mcm makcik2 waktu p raya (sebab aku pakai tudung bulat wana hitam + baju kurung biasa) sebab aku pakai bju n tudung yang x menarik n moden...sayang sangat..umor kita ni dh patut ready nk masuk liang..buat persediaan..ni asyik2 persediaan nk raya ja ingat..nk mati x penah ingat..aku bukan nk beleter tapi aku x tau nak cakap pa dah dgn orang pompuan zaman la ni..ikut fesyen sangat..sampai adab kita orang Islam berpakain tolak tepi..pastu pakat tgkaku ni mcm alien pulok..:(..

serius raya kali ni aku x rasa sangt mood raya...tah le..i dunno y la...ada sesuatu yang aku rasa hilang la..tapi aku x tau apa dia..pasai pemakaian tu la pling aku geram..jarang la ketat la...elok dah pakai jubah tapi jarang pulok..ni nk sambung beletiaq ni..ni satu lgi..dok salam2 pulok laki dengan pompuan bukan mahram..adoi..kak abang tok wan, tokcik oi....tolong sedar siapa anda sebelum salam dengan orang lain..ada paham!!!banyak lagi kalu nak ikut..tapi dh letih tulis sorang2..he3..k
wallahualam..

Tuesday 30 July 2013

KehiLANgan ITu meMATangKaN!!!



Assalamua'laikumwarahmatullahiwabarakatuh...and selamat sejahtera..

apa yang ingin aku katakan disini dan mengapa aku memilih tajuk ini adalah disebabkan sahabat aku yang baru kehilangan ayah tercinta..takziah untuk dia dan keluarga..aku bukan nak cerita pasai sakit or sebab ayah dia meninggal..tapi aku nak berkongsi sesuatu dari kisah ni..kadang-kadang kita tak penah sedar yang kita sayang, kasih, rindu dan orang tu sebenarmya mempengaruhi hidup kita selama ni..tak penah terlintas pon kat kepala yang satu hari nanti kita akan kehilangan dia..pada aku sahabat aku kira beruntung sebab dibagi peluang untuk berbakti, merasa kasih sayang ayah dia walaupun sampai umur tara ni ja..dia mugkin x menyesal macam mana aku menyesal bila aku kehilangn orang yang aku sayang dlm masa aku msh perlukan mereka dalam tempoh masa yang dekat dan tak dijangka..sahabat aku rapat dengan ayah dia, jd memang dia agak terasa dengan kehilangan tu..aku faham apa yang dia rasa sebabb kami sama..mungkin cara kami berbeza...persekitaran kami berbeza...aku percaya dia KUAT cuma aku dapat tengok dalam diri dia yang semakin jauh..mungkin dia perlukan masa untuk bersendirian..tapi kekadang aku merasakan perasaan lain..ah..biarkan itu..maafkan aku sahabat..aku bukan sahabat yang terbaik. sahabat yang memahami sahabat tetapi apa yang aku lihat ada satu perubahan pada diri dia yang aku kurang suka...sahabat aku mohon engkau kuat untuk hadapi cobaan ini..moga masih kuat..aku tidak mampu untuk ungkapkan kata2 ini..tapi satu pengharapan seorang saudara untuk saudaranya...ingt tujuan dan matlamat kita..pembawakan kita...

kekadang aku melihat dalam diri engkau ada aku disitu..perasaan yang sama bilamana aku kehilangan dua orang yang aku sayang....bezanya kita engkau ada sahabt2 untuk menjadi tulang belakang..bilamana aku dahulu aku hanya ada keluarga...kehilangan itu perit..tapi kehilangan itu sebenarnya batu loncatan pada kita untuk muhasabah diri dalam mendekatkan diri kita dengan Allah, dalam nk bagi kesedaran kepada kita apa sebenarnya matlamat kita kat dunia ni...BENAR!!!aku dah merasa benda tu dan disebabkan kehilangan tu aku menjadi aku yang sekarang yang jauh lebih paham Islam, tanggungjawab, dan peribadi dan akhlak aku turut matang...dahulu masa mak ada aku bergantung dengan mak..tapi setelah beliau tiada aku memikul tanggungjawab tu...aku ditarbiyah dari kecik untuk menjadi seorang yang matang..dan benda tu aku dapat lihat bila aku bersama kawan2 sekolah atau kawan2 sekarang bilamana kami bersama..pemikiran dan perlaksanaan kami agak berbeza..tidak lepas dari kepala ni pikir kan pasai family, sahabat, amanah dan yang paling aku pikirkan nasib kedua ibu bapa aku kat sana..dalam aku hidup selama ni aku didik diri aku untuk jadi orang yang suka pikir hal2 kadang2 pada pandangan orang lain bukan tggjawab aku untuk pikir dan benda tu remeh..pada aku tidak.

kehilangan ini benar2 mendidik aku..kehilangan ini jadikan aku nak belajar Islam, mula praktikkan Islam dalam diri.penghijrahan aku Alhamdulillah diterima family..Allah mudah kan urusan aku bila nk kepada Islam..bila aku nk kepada Islam, Allah tempatkan aku kat satu sekolah yang asing pada aku tapi bawa seribu satu rahmat dalam hidup aku...disitu aku belajar pegang amanah yang berat..nk bawa Islam tapi pahaman aku tentang Islam cetek bahkan aku boleh katakan kosong!!KEHILANGAN..satu perasaan yang mencorakkan aku seperti sekarang.andai aku tak merasa kehilangan itu aku mungkin bukan aku yang sekarang..Syukur kepada Allah..jadi pada aku kehilangan itu nikmat yang besar...kehilangan itu adalah guru dalam nk tarbiyah diri untuk jadi muslim yang berkesedaran, yang matang...aku tidak mengatakan aku matang, aku betul..manusia tidak lepas dari melakukn kesalahan tapi kehilangan akan memberikan kesan yang besar kepada diri kita..Insyaallah...kehilangan bukan nak jadikan kita mandom(mundur), sedih, x semangat...tapi nak ajar kita cara hidup tanpa penggantungan pada orang...

buka suka pada kehilangan tapi nak ajak orang supaya mempositifkan kehilangan tu..sapa kata tak sedih bila tengok kawan2 peluk cium, sayang, call, serita pasai mak ayah lepa...sapa kata hati yang keras ni x tersentuh bila kawan2 cerita, bergambaq or apa jala pasai parent lepa...kalu dapat result tunjuk mak, kalu nk makan mintak mak masak...sedih, gembira, suka, marah, benci semua boeh cerita kat mak..aku??????bezanya kita buat semua tu dengan mak dengan kita buat semua tu dengan kakak..memang berbeza..habaq mai..kakak kita tu 100% ka tumpu kat kita..dak kan..bila mak rasa lain..aku menyesal dulu kurang rapat dengan mak n abah terutama...bru belasan tau masa tu...orang pulak dok cakap kesian2 kat kita..lagi tension..tapi nk kata apa...pemahaman masyarakat pasai kehilangan yang buat orang rasa kesian...maaf kan aku andai kata2 aku ni ada terasa aka x kena kot mana ka..maafkan saya~


Sunday 30 June 2013

awat aku kena berdakwah~,~

Siti : assalamua'laikum sahabat..
Aminah :Waa'laikumusalam enti..pahabaq?
Siti : Alhamdulillah ana sihat..enti??? buat apa kat sini sorang2?
Aminah : Ana alhamdulillah sihat..saja ambik angin..ana terpikiaq satu benda..yang selalu dok berpusing kat minda ana..satu tanggungjawab yang ana rasa ana x mampu utntuk ana pikul...
Siti : apadia??cerita la kat ana, mana tau ana boleh tolong..walaupun ana x boleh tolong settle kn masalah enti pling dak ana boleh kurng kn tekanan enti..jadi tempat untuk mengadu..
Aminah : syukran enti..ana rasa tak layak unrtuk pikul tanggugjawab sebagai seorang daie..maksud ana diri ana sendiri pon x betoi..kadang2 ana pon ada buat kesalahan yg ana tegur orng..kadang2 ana pon x buat apa yang ana sarankan orang untuk buat..ana malu pada sahabat, malu pada diri ana, malu pada Allah...
dalam surah as-saff ayat 2 dan 3 ada kata
'"wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan"
Siti : ana faham maksud enti...bukan enti sorang saja yang rasa mcm tu..sahabat2 lain pon..dalam perjuangan ni kita bukakan terkecuali dari melakukan dosa..kita bukan Nabi yang maksum..kita hanya manusia yang setiasa akan emalkukan dosa...tapi bezanya kita yang berada dalam perjuangan dengan sahabt luar sana adalah macam mana kita nak jadikan dosa kita itu mendekatkkan diri kita dengan Allah..macam kita nk mentransformasiakn dosa kepada pengabdian diri kepada Allah..itu lebih baik daripada kita merasakan kita banyak amal dan tidak berdosa..
Aminah : ana cuma merasakan ana akan menjadi fitnah dalam gerak kerja dakwah..mungkin pelajar atau orang diluar nampk islam itu tidak sebaik mana disebabkan ana dan orang seperti ana..bertudung labuh memakai pakain menutup aurat...tetapi hakikatnya seperti orang lain..ana khuatir..tapi ana tidak sanggup untuk meniggalkan kerja ana sebagai daie, pemimpin dan individu yang mahu menginfakkan diri di jalan Allah..menjalankan amar makruf nahi mungkar....
Siti : pernah dak enti terpikiaq bilamana kita mengerakkan kerja dakwah dalam misi membumikan islam dalam masyarakat sekeliling kita itu sebenarnya merubah kita untuk sama2, seiring berubah dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih baik..Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu yang mengerakkan(merubah) dirnya..dalam kita menjalankn kerja ini kita perlu tebalkan muka dan pekakakn telinga dari umpatan orang..dunia akhir zaman..ada satu kata2 untuk enti..berbuat baiklah dan ajaklah kepada kebaikan..jadilah kita ini rantai2 perjuangan Rasulullah saw...inyaallah ganjaran di sana kelak menanti..:)
Aminah : syukran,,insyallah ana ingat pesana enti..uhibbukifillah abadan abada..:)<3
Siti : Afwan enti..ana pon..jom balik..dh petang dah..;)

jadi kesimpulan dekat sini..dalam kita mengerakkan anggota badan kita untuk berdakwah tu banyak cabaran dan dugaan yang akan terpaksa kita lalui..kekadan kita rasa x cukup masa, x dak kwan dh x bole buat benda2 lagha(tgk cerita korea, layan lagu jiewang) suma dh kena kurangkan..tu awai2..lama2 bila kita dh pham kita akan ikhlas dan mengamalkannya..itulah yang dinamakan jihad dan pengorbanan dalam dakwah..kita juga kena taat kepada Allah, taat kepada Rasul danpemimpin..dalam surah an-nisa' ayat 59..
"wahai orang beriman! taatilah Allah, dan taatilah Rasul (Muhammad) dan ulil amri(pemimpin) diantara kamu.
kita juga perlu tetap dan tegas dalam kita menjalankan amar makruf nahi mungkar..ok??.jadi bila kita dah buat tu suma ofcos la persaudaraan (ukhwah) antara kita akan terjalin dan akan menimbulkan rasa percaya kepada sahabat...Hilal Asyraf kata (sinergi)
~serendah-rendah ukhwah ialah berlapang dada dan bersangka baik terhadap sahabat~
~setinggi-tinggi ukhwah ialah melebihkan sahabat~

Saturday 22 June 2013

Segenggam Tabah

Kehilangan, kepergian dan peninggalannya membuatkan diri ini sedih..bukan sahaja aku tapi sahabat seperjuangnan ku yang lain..keterkejutan yang baru aku terima beberapa minit yang lalu masih berlegar di ruang minda...mimpikah ini..aku tidak sanggup melepaskan dia pergi..walaupun diri ini tidaklah seakrab dia dan roomate aku..tetapi keputusan dia untuk meniggalkan kami amat aku rasai....aku jadi keliru akan diri ini..kenapa aku harus menangis..bagaimana aku boleh menangis sedangkan akulah ratu keras hati..sukar untuk aku menagis..tapi disebabkan sebuah ukhwah dan persahabatan yang terjalin akhirnya membuatkan manik kristal ku yang keras ini jatuh tanpa diminta...kefahaman dalam erti kata perjuangan di jalan Allah inilah yang membuatkan hati kerasku merintih kesedihan..kami (aku, sahabiah dan sahabat) ibarat satu tubuh badan yang dimiliki oleh roh yang membawa Islam...kehilangan dia umpama 'kami' yang cedera..sakit tapi Insyaallah akan sembuh walaupun memakan masa...

aku percaya ada hikmah atas keputusan yang dia buat..ada sebab yang buatkan dia ambik keputusan tu..kami trima dan hormat..walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa perit nak trima benda nie..ukhawah yang kami bina selama hampir setahun lebih buat kami r.asa mcam adik beradik kandung..walaupun selalu gaduh dan x sekepala tapi kami tetap sayang menyangi..x percaya???asal kena denda mesti suma kena walaupun salah sorang ja..tu la ukhwah..aku harap kat sini ukhwah yang terjalin abadan abada(selama-lamanya)..kekdanag kita rasa yang tu terbaik untuk kita tapi Allah x bagi..rupanya Allah ada perancangan lain yang lagi baik untuk kita..jadi percayalah sebaik-baik perancangan itu perancangan Allah...

"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat"
"Seorang sahabat menaruh kasih setiap waktu dan menjadi saudara tika kesusahan"
"Sahabat dalam berjuta, engkaulah pilihan kami, kami temui kepayahan dalam mencari sahabat sepertimu, seorang yang sejati"
"Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi nokhtahnya. Kerna seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangannya"


Thursday 20 June 2013

Cinta Allah + Kemanisan Iman



Dalam mendapatkan cinta Allah itu mudah tetapi sukar untuk kita memperolehnya..kenapa aku kata sukar nak peroleh??sebab cuba check balik kat diri kita ni.amalan kita selama hidup ni bagaimana???   hubungan kita dengan Allah, hubungan kita sesama manusia..akhlak n peribadi kita macam mana??layakkah kita nk dapat cinta Allah??walaupun kita dah beramal dan beribadat..tp hati kita??ikhlaskah???kita buat ni semua lillahi taala ka???ka sebab lain..muhasabah diri balik..adakah kita merasa manisnya ibadat??resah x hati bila x buat ibadat sunat???rasa seronok dak kalu beribadat..atau kita rasa aduh..susahnya…Allah akan kasih kepada kita bila kita kasih kepada-Nya…ingat nak tau dimna kita di sisi Allah, kita lihat di mana kita letak Allah dalam diri kita.

Apabila Allah kasihkan seseorang hamba-Nya, maka Allah akan menyeru Jibrail (untuk memberitahu kepadanya) “Sesungguhnya Allah kasihkan si fulan, maka kasihilah dia! Maka Jibrail terus mengasihinya.Kemudian Jibrail menyeru kepada penduduk langit .”sesungguhnya Allah mengasihi si fulan, maka kasihilah dia!. Maka sekalian penduduk langit terus mengasihinya. Kemudian Allah mengurniakan   kepadanya penerimaan yang baik di muka bumi ini (dihormati dan disanjung oleh penduduk bumi ini). (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)                                                                                                                                                                                   

Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai) kepada rupa paras dan hartamu (yang melimpah), tetapi Dia melihat (menilai)kepada hatikamu dan amalan kamu.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebab yang membolehkan kita mendapatkan cinta Allah:-
          ©         Jaga ibadah wajib
“Tidaklah hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada sesuatu yang Aku wajibkan ke atasnya”
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Ibnu Hibban)
          ©         Membaca Al-Quran dan merenung maknanya
Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat beberapa kaum (yang mengamalkannya) sementara yang lainnya Allah akan hinakan mereka dengan sebab meninggalkan pengajarannya
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
          ©         Berzikir
Adalah Baginda Nabi SAW sentiasamengisi masanya dengan zikrullah(mengingat Allah) setiap keadaan.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada tiga perkara apabila ada ketiga-tiga perkara tu pada diri kita maka kita akan merasa kemanisan iman.Apa benda yang boleh membuatkan kita merasai kemanisan iman tu..
ü  Allah dan Rasul lebih kita cintai selain dari keduanya
ü  Mencintai seseorang hanya kerana Allah
ü  Tidak suka kembali kepada kekufuran sebagaimana dia tidak suka dimasukkan ke dalam api neraka


Tuesday 28 May 2013

TuDUnG




Tudung..benda first yang terlintas dalam minda mesti sehelai kain yang kita guna untuk tutup rambut..sebenarnya tudung nie ada bnyak jenis tudung..nie apa yang aku dapat waktu usrah dengan Kak Ana..n x lupa jugak sahabat2 yang aku sayang kerana Allah..perkongsian nie membuka blik kotak minda aku yang bru terbuka sikit ni padai perumpamaan tudung..

Tudung pada wajah yakni mekap..em apa yang dikatakan tudung pada wajah..kita nie x bole mekap tebal2 sangat..cukup sekadar bedak nyonya ja..lips ais skit..jgan sampai tabarruj(berlebih-lebihan dalam berhias..kening jangan cukur harammmm..

Tudung pada mata..apadia plak dah nie..em tu maksudnya kita ni kena jaga pandangan..jangan tengok benda maksiat…tundukkan pandangan bukan bermaksud jalan tunduk smpai terlanggar tiang..tapi jgn kita melihat sesuatu yang boleh menaikkan syawat dan juga bukan hak kita(usha lelaki)..bak kata iklan apa tah..kerna dirimu begitu berharga..kuikuikui..

Tudung pada suara..jaga tutur kata dan percakapan kita..jangan melunakkan suara sampai boleh menaikkan syawat lelaki ajnabi yang dengar..jangan kita dok nyanyi plak depan lepa tu..dosa tu..hatta nk baca Quran pun jangan kuat kalu ada lelaki ajnabi..

Tudung pada hati..sentiasa ingat Allah(zikrullah)..jaga hati kita ni..jgn sampai ternoda dengan perkara yang melalaikan..contohnya sentiasa memikirkan boyapren ka gelipren ka..or ingt benda2 maksiat yang kita tertengok sebelum ni…atau kita mungkin jnis yang suka berangan kan..jangan berangan smpai ia boleh melalaikan dan pikirkan benda2 maksiat..

Tudung pada akhlak kita(apa yang terzahir)…senyuman, wangian dan cara kita berjalan..kalu kita berjalan jangan terlalu lenggok sampai terbeliak lelaki tengok..amboi..kalau senyum tu berpada2 dan beragak2 lah..jgn sebarangan senyum walaupun senyum tu sedekah..takut ada yang tangkap cintan dengan senyuman menarik kamu itu…letakkan sesuatu pada tempatnya..he3..and yang terakhi mungkin..wangian..bukan x boleh nak pakai perfume tapi beragak2..jgan sampai ada lelaki ajnabi tercium haruman tu..kalu tercium kamu dah dikira berzina..hati2 ye..

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah  menampakkan perhiasannya(aurat),  kecuali yang (biasa) terlihat.Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya dan janganlah nampak perhiasannya (aurat), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki, atau perempuan mereka atau para perempuan(sesama Islam), atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau pelayan lelaki(tua) yang tidak mempunyai keinginan(terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung”
(Surah An-Nur ayat 31)

Wallahualam..:)

Sebuah persahabatan




Dalam sesebuah hubungan akan terputik satu perasaan aneh yakni kasih sayang dan cinta..tak lari perasaan negative yang kekadang mengganggu keharmonian hubungan persahabatan kita,,persahabatan yang tidak dilanda badai dan diuji tidak akan merasai eratnya ukhwah sesama sahabat..itu yang aku rasa bila ada dengan sahabat2 aku..waktu kita gelak tawa mungkin bahagia tapi waktu kita bergaduh atau diuji akan hadir satu perasaan asing yang mana merindui dan menambahkan cinta kita kepada mereka..sedar atau tidak sahabat kita banyak yang tidak sama perangai dengan kita..tapi kita boleh bersama hanya kerana kita ada satu matlamat yang sama yakni jihad fisabillah…mahu mendapat rahmat dan berjuang dijalan Allah.. 

Hak muslim ke atas muslim:
ü  Memandangnya dengan penuh penghargaan
ü  Menyimpan perasaan mesra  dalam hati kepadanya
ü  Mulakan simpati dengan harta sendiri
ü  Mengharamkan perbuatan mengumpat ke atasnya
ü  Menziarah ketika dia sakit
ü  Mengiringi jenazahnya
ü  Sebut yang baik tentang dirinya dan jangan berkata buruk tentangnya

Ciri-ciri sahabat:
          ©         Jika berbakti kepadanya dia akan melindungi
          ©         Jika perlukan bantuan dia akan menolong
          ©         Jika hulurkan sesuatu kebaikan dia akan menerima
          ©         Jika rapatkan persahabatan dia akan membalas
          ©         Jika merancang sesuatu dia akan membantu
          ©         Jika dia memilih sesuatu yang tidak baik dari kamu dia akan menutupnya
          ©         Jika dia mendapat kebajikan dia akan menghargai dan mengingati
          ©         Bila melihat wajahnya akan mengingatkan kamu kepada Allah
          ©         Percakapannya menambahkan ilmu
          ©         Melihat perbuatannya mengingatkat tentang kematian

Aku mengaku kekadang diri ini tidak mampu untuk menjadi sahabat yang baik tetapi aku cuba..maafkan aku sahabat..