Wednesday 20 May 2015

Keputihan???

Assalamua'laikum dan salam perantauan ..


Insyallah kali ni nak bagi sedikit info tentang keputihaan atau ruthubah..yang mana benda ni memang dialami oleh kebanyakkan wanita kat luaq sana..keputihan ni adalah lendiran atau cairan yang keluaq dari faraj dan dia ada yang normal dan abnormal..cairan yang normal ni tidak berbau, tidak menyebabkan gatal dan jernih serta tidak banyak..jap aku bagi jadual..supaya hampa lebih mudah faham..copy paste je..

Sifat
Keputihan Fisiologis
Keputihan Patologis
Bentuk
Lendir yang cair dan tidak melekat
Lendir yang kental dan melekat
Warna
Berwarna putih atau krim
Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
Bau
Tiada bau
Berbau busuk
Jumlah yang dikeluarkan
Sedikit
Banyak
Kekerapan
Semasa subur dan sebelum haid
Apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj
Petanda lain
Tidak gatal
Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang
Rawatan
Tidak perlu
Perlu rawatan yang segera

Aku tak la cerita pasai keputihan ni dari sudut sains ka kesihatan ka..tapi aku cuma nak bagitau dan share tentang solat bagi orang yang mengalami keputihan ni..ni base on aku punya pengalaman dan ilmu yang aku dapat sikit-sikit kat tempat belajaq....bagi keputihan yang normal atau sikit-sikit tu..mudah cerita tak keluaq selalu dan bila basuh dia hilang, boleh truih ambil wudhuk dan solat..tidak ada masalah bagi nak berjemaah..

bagi yang mengalami keputihan yang teruk atau abnormal ni, hampa kena buat 4 kaifiat atau cara ni dulu, kamadian baru boleh solat...

  1. Cuci atau bersihkan faraj
  2. Ambil kapas dan sumbat bagi menutup
  3. Pakai pantyliner dan yang sepatutnya
  4. Then, baru boleh wudhuk
Tapi awas!, wudhuk anda hanya sah laku bagi satu kali solat fardhu sahaja..Dan jika berjemaah anda perlu lebih prihatin dan menjaga dalam melakukan 4 kaifiat bagi memastikan kebersihan diri dan pakaian solat supaya tidak tertanggung najis semasa solat..(em nak terang tak pandai..tapi cth dia macam bayi yang ada najis dalam pampers duduk atas ibu/ayah yang tengah solat)..kalau kurang jelas harap maaf....

Dimaafkan sekiranya, keputihan keluar semasa solat dan anda sudah melakukan 4 kaifiat tersebut kerana hal itu diluaq kemampuan kita..Dan semasa di sana, bagi pelajaq yang mengalami masalah keputihan mereka diberi keringanan untuk tidak berjemaah awal..tetapi wajib berjemaah..eh macam mana tu??Tak berjemaah dengan muslimin dan muslimat yang tidak bermasalah, tapi lepa kena la cari kawan untuk berjemaah jugak..Dan perjalanan haid dan keputihan setiap individu diambil oleh ajk pondok bagi memastikan ianya haid atau istihadah, dan sama ada ianya keputihan yang normal atau tak..

Jadi, jangan kita pandang ringan akan masalah ni terutamanya waktu nak solat sebab dia relate sangat..aku sendiri pon konfius jugak kekadang..ya pasai kebersihan kita..perempuan ni memang la banyak benda nak jaga..kalau p program atau ada apa-apa function mesti kalau boleh nak waktu 'cuti'..mudah sikit..takut nanti kalau kelam kabut, buat cincai-cincai ja bab ni tak sah pulak solat..kalau boleh dan memang seharusnyalah pada aku kita pakai selalu pantyliner sebab nanti nak solat mudah..terutama keluaq shoping ka, buat aktiviti ka..nak mudah kan..tu la cara yang paling mudah pada aku..

Bagi yang mengalami keputihan kita tak digalakkan untuk makan makanan/minuman yang manis. ais pon kalau boleh kurangkan dan kobis jugak tak berapa elok..Dekat sana jugak aku rasa macam pusat untuk mentarbiyah wanita menjadi seorang muslimah yang berilmu dan merupakan pusat persiapan yang menyiapkan wanita untuk Islam yakni madrasah untuk anak-anak..Pentingnya ilmu untuk kaun perempuan ni amat aku rasai kat sana..2 kali menjejekkan kaki kat sana memberikan aku pengalaman yang berbeza..yang ni mungkin akan dicerita pa entry akan datang..insyallah..STAY TUNED ok...hoho..

p/s: sekiranya adalah kesalahan dalam aku berkongsi ilmu ni sila tegur..aku pon baru merangkak nk cari ilmu..malu dengan muslimin yang dah khatam kitab haid tu semua ..bab perempuan pon tak lepas ada hati nak belajaq yang lain..huhu 

No comments:

Post a Comment