Sunday 22 February 2015

jOM aMAL

Image result for amalan


assalamua"laikum..dan salam rindu untuk Sang Pencipta.


ni kita nak kongsi sikit la amalan yang pak-pak ustaz , ustazah, tok guru pesan..kau buat ker yang kau nak ajak orang buat ni??????hah!!(tolong buat ekspresi  muka)uhukuhuk!!tersedak cekodok pisang aku ...awak, kita tak sempat lagi nak nulih jangan tanya, awak dah tanya..em nasib baik cekodok, mau tulang ikan josh(baca :jerung ) macam mana..syahid kita...

ok..

1) Zikir La Ilaha illallah 1000x (amalan selepas subuh kat pondok pasir tumboh)
    #sebaik-baik zikir
2) Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w (sebanyak yang mungkin)
3) Zikir Bismillahillazi (41x sebelum tidor dan 41x selepas subuh)
4) Surah Al-Waqiah selepas subuh (jauhi dari kemiskinan dan kesusahan)
5) Surah Ar-Rahman selepas asar (moga murah rezki)
6) Surah Al-Mulk dan As-Sajdah sebelum tidor (penyelamat seksa kubur dana amalan Nabi. s.a.w)
7) Al-Mathurat pagi dan petang
8) Al-Kahfi setiap Jumaat
9) Solat Dhuha (murah rezki)
10) Solat Taubat dan Solat witri sebelum tidur.
11) Selawat Fatimah (Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar)

sebenaqnya, banyak la amalan lain boleh kita buat..banyak dah ustaz-ustaz dok pesan tapi dok penah nak lekat sangat..kan..huhu..tak pa..nama pun manusia..buat sikit-sikit dulu..Allah menyukai sesuatu amalan yang sedikit tapi istiqamah...buat no satu dulu ka..sikit-sikit lama-lama jadi bukit..jangan kau hambik semua last-last pancit..kita pon dok cuba buat satu dua ja dulu..list tu cuma list yang panjang..huh..bila mau jadi super sieya ni..mungkin susah sebab dalam diri masih ada karat jahiliyah yang setebal lumpoq kat rumah mangsa banjir..uhukhuhk!!

okayla.walaupun just amalan yang basic ja, tapi bagi orang yang macam saya ni, fuh! berpeluk jugak la.so, just nak kongsi sebab nak pahala free...haha..okay papai..jom kita sama-sama mujahadah ye awak.. :)

#saya tau awak dah tau dah..
#saya kena kuat! wacahh!
#kalau salah tolong habaq

Saturday 21 February 2015

keropok lekor aku hangit!!




assalamua"laikum dan salam cinta untuk awok semua..selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan para sahabat..

Image result for keropok lekor
Gambar Hiasan Je Awok

insyallah, entry kali ni kita nak sembang pasai keropok lekor aku yang sedikit hangit gara-gara berfacebook..haha..okay..harap korang dah dapat point dia..belum lagi???okay okay..actually what i mean is we got a big trouble nowaday..aku dah rasa macam tengah buat writing form 5 plak asanya..ya..masalah yang sangat..em agakla besaq pada diri aku..keropok lekor hangit pon masalah ka???adoyai...hehe..nope..bukan sebab tu la sayang oi..

udah-udah ler kiasnya kiah oi..sebenarnya point dia, kita semakin lalai..bukan kita..aku semakin lalai..ya..u got a lot of social media,waaaca! insta,fb, we chat, telegram, wasap n so on..sedar atau tak semakin belambak benda macam ni, orang macam aku ni ha! yang mudah terpengaruh budaya hidup dalam gadjet, tak rajin, sangat suka relax-relax(ada eh), tak kuat iman akan mudah sangatttttttt lalai..ya..so bukan mintak hampa buang, delete, deactive, tutup abih, lempaq handphone canggih tu dalam longgkang..nope..just nak pesan kalau hampa bole manage dan urus tu semua dengan jayanya just go on, teruskan berdakwah, berkongsi suka duka n apa jela yang hampa nak kat situ..dan bagi yang macam aku ni ha..wasapking dengan facebooking pon dah tak tertengok..

lagipun pada insan yang lemah macam aku ni, yang sangat lemah imannya, sangat tak digalakkan untuk ada akaun kesemua jenis media sosial ni..cukup satu , dua..sebab dia boleh membuatkan kita:

1) lalai
2) tidak menjaga pandangan
3) tidak menjaga batas pergaulan
4) terumpat or tershare fitnah
5) tersangkut dengan cik ustazah/abg ustaz(eh)
6) DAN YANG PALING TEROK, TERTINGGAL SOLAT (nauzubillah :{ )

bila kita dan terjebak dengan semua benda dia atas ni maka susah bagi kita untuk menuntut ilmu, hafalan dan otak kita akan sedikit tercemar kerana dua tanpa wayar ini tidak boleh dikawal oleh kita sendiri.(so pandai-pandaila jaga diri)

tapi....jangan dok nampak negatif ja..tu negatif bagi diri ambo yang hina ni..bukan awak semua yang hebat tu...posotifnya, meh kita intai jap:

1) cepat dapat maklumat
2) ilmu mudah je kongsi
3) peluang dakwah, luas sangat (tak dak sempadan, x caya try p cari dinding, ado ekau jumpo)
4) bole tau kisah hidup kawan-kawan
5) bolehh dapat jodoh (kawan kak aq, contohh)

jadi awak kat luaq sana tu, apapon yang manusia cipta ni mesti ada buruk dan baik dia...kita la yang kena pandai urus..aku tulis ni bukan bererti aku tak suka semua ni..cuma saling ingat-mengingati saja..jangan sampai kita teruih tenggelam tak timboi-timboi sudah..ado faham??

#sentiasaupgradeiman
#sentiasacubauntukmenjadilebihbaik
#kawallahnafsumudamu
#jangankaujudgeorangtanpakaukenaldia





Thursday 19 February 2015

TauBAT




Assalamua'laikum w.b.t dan salam sejahtera..selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga Baginda dan sahabat.

Image result for taubat
InsyaAllah, saya nak mencoretkan sedikit kisah mengenai seorang alim yang mana dulu beliau seorang yang fasik dan penderhaka. Nama beliau 'Utbah al-Ghulam.Dia seorang yang keji dan suka minum arak.. Tapi hidup dia berubah setelah menghadiri majlis Al Hasan Al Basri dimana waktu tu, Al Hasan Al Basri tengah tafsir ayat "Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingati Allah" (Surah AL-Hadiid:16.) Ertinya, belumkah datang saat ketakutan bagi hati mereka?

Dan saat itu berdiri seorang anak muda dan bertanya, "wahai orang mukmin yang paling bertakwa, apakah Allah s.w.t akan menerima taubat orang fasik penderhaka seperti saya apabila saya bertaubat?

Jawab Syeikh, "Ya, Allah s.w.t akan menerima taubat dari kefasikan dan kederhakaanmu".

Wajah 'Utbah al-Ghulam menjadi pucat dan tubuhnya menggigil saat dia mendengar jawapan itu.
'Utbah al-Ghulam menjerit dan pengsan. Bila dia kembali sedar, Al Hasan Al Basri menbacakan bait syair tentang balasan bagi penderhakan yakni neraka Sa'ir.

Dia menjerit dan kembali pengsan. Apabila sedar dia bertanya, "apakah Tuhan Maha Pengasih akan menerima taubat orang seperti saya?

Syeikh menjawab, "apakah ada yang menerima taubat hamba yang berperangai kasar selain Tuhan Yang Maha Pelindung?"

Dia mengangkat kepala dan berdoa. Tuhanku, jika Engkau terima taubatku, dan ampuni dosa-dosaku, muliakan aku dengan kefahaman dan hafalan sehingga aku dapat menghafal setiap ilmu dan Al-Quran yang aku dengar...Tuhanku, muliakan aku dengan suara yang indah sehingga setiap orang yang mendengar bacaanku akan bertambah lembut kalbunya walaupun kalbu itu telah mengeras....Tuhanku, muliakan aku dengan rezki yang halal dan berikan aku rezki dari arah yang tidak disangka-sangka.

Allah mengabulkan doanya, sehingga bertambah kefahaman dan hafalanya..setiap yang mendengar bacaannya pasti bertaubat dan setiap hari akan ada roti dan semangkuk kuah dirumahnya tanpa diketahui siapa yang meletakkannya..Hal ini berlarutan sehingga dia meninggal.. So, nilah keadaan orang yang kembali kepada Allah..

nak tau dak yang taubat kita diterima or tak,,jom tengok..

1) terpelihara dari maksiat
2) ia melihat kegembiraan hilang dari kalbunya dan ia melihat Tuhan menjadi saksinya
3) dekat dengan orang-orang yang berbuat baik dan jauh dari orang fasik
4) lihat sedikitnya dunia ini umpama melimpah dan melihat banyaknya aamalan akhirat itu sedikit
5) kalbunya disibukkan denga hal yang difardhukan Allah kepadanya
6) selalu menjaga lidahnya
7) melazimi kesedihan dan penyesalan atas dosa-dosa lalu

so dekat sini jangan penah berenti dari bertaubat dan jangan selalu bertaubat zahir ja, sebab taubat zahir tu umpama sampah yang dibalut sutera, ramai kagum dengan ia tapi bila dibuka orang berpaling dari ia...sama-sama muhasabah...

#bila orang memandang hina kepada kita, itu masalah dari kita, dan bila kita memandang hina pada manusia lain, itu jugak masalah pada diri kita.
# kita yang faham sikit-sikit ni, tugasnya bukan menghukum tapi mengajak
# kita patut menagisi diri kita lebih dari kita menagisi perginya Tok Guru {banyak dosa oii :( }

rujukan : Mukasyafah al- Qulub (Menyingkap Hati Menghmpiri Ilahi)