Sunday 16 November 2014

TRanSGENdeR

Assalamua'laikum dan salam sejahtera...


Insyallah, tetiba aku dapat wassep dari sahabat yang berbunyi:

Kepada kaum muslimat. Seperti yang kita tahu bahawa pondan sudah dapat lesen untuk berpakain seperti wanita.Maknanya, kaum muslimat bila masuk tandas dah tak boleh sesuka hati buka tudung atau aurat sebab abang pondan juga ada disitu.Atau lebih sadis, LELAKI-LELAKI GILA SEKS DAN MATA KERANJANG boleh juga MENYAMAR jadi pondan, kemudian bebas masuk tandas awam perempuan. tOLONG SEBARKAN KEPADA OPAH, MAK,KAKAK, ADIK, MAKCIK, DAN SEMUA MUSLIMAT lAIN TENTANG HAL INI. SELAMATKAN WANITA ISLAM.

............................................................................................................................................
*petikan yang aku ambik dari malaysia kini..(yang lain baca sendiri la)
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.
.................................................................................................................
*rujukan dari harakah daily
MAHKAMAH Rayuan pada 7/11/2014 mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah tidak berperlembagaan. Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 66 memperuntukkan “mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Antara alasan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan adalah Seksyen 66 dirangka untuk mencegah kesan negatif kepada masyarakat, yang antaranya membendung kegiatan homoseksual dan lesbian yang menyebabkan penyebaran HIV.
.......................................................................................................................
kenapa tetiba aku bangkitkan hal ini adalah kerana tetiba aku merasakan satu ketakutan dimana bumi malaysia kini sudah tidak aman, keselamatan wanita terancam dan kebebasan wanita Islam makin mengecil..persoalan aku adalah, adakah mereka juga menggunakan surau awam bahagian muslimat???huh..okay..agak kurang waras ya selepas aku membaca..sebelum ini mugkin aku cuma merasakan okay dunia akhir zaman, tetapi tidak emikirkan kesan terhadap keselamatan dan kebebasan muslimat..

terima kasih sangat kepada sahabat tu sebab memberi peringatan..sangat hargai...benda dah jadi, so apa tindakan kita untuk protect diri dan muslimat yang lain?cadangan??
1)kita tidak boleh sesuka hati ketandas seorang diri..ajak teman
2)jangan sesekali membuka aurat/tudung didalam tandas..cari tempat yang lebih private..
3)selagi tak emergency takyah p toilet
4)mintak pihak pengurusan tu tampal notis "gurls only","transgender no entry"
5)mintak buat toilet baru untuk diaorang..hahaha
6)demonstrasi????hahahah..gilo kau..

okayla..just peringatan sesama kita...saling pesan memesan sebab kita sayang semua wanita kat luaq sana..jenayah akan makin parah..lelaki makin 'berkuasa' dan merbahaya..(jenayah tu..faham-fahamsendiri la..malu nak tulis)x sanggup..takut rasa..
dan paling penting jaga aurat n perilaku kita..letakkan perlindungan tertinggi kepada Dia..

#janganmengoda
#jagadiri
#jagan dibenci orang yang berbuat dosa tapi bencilah dosa yang dibuat
#sama-sama kita doakan moga lepa sedaq dan kembali bertaubat.

wallhualam


joDOh itU RAhsIA aLLaH

assalamua'laikum dan salam cinta buat kamu..moga makin bertambah iman..



insyallah..tajuk kali ni mungkin agak kurang sesuai ditulis oleh aku yang muda belia ni...akan tetapi aku nak jugak tulis kisah benar ni..dimana benda ni amatlah rugi..faham ke maksud ayat tu??

okay penah dengar tak cerita seorang cikgu yang suruh anak murid dia ke padang tuk ambil sesuatu yang terbaik..oaky disebabkan aku pon tak berapa ingat cerita tu jadi aku akn buat versi aku sendiri..okay ^,<

Seorang ayah telah membawa anaknya ke kedai kasut..lalu si anak pon teruja dan dia telah melewati hampir keseluruhan kedai di pekan itu..di kedai yang pertama dia telah tertarik dengan sepasang kasut sukan yang sangat bagus..tetapi disebabkan tidak sabar menunggu untuk membayar(maklumla ramai orang) dia telah keluar tanpa membeli kasut tersebut..di kedai yang seterusnya dia juga mendapati sepasang kasut yang amat cantik dan berkualiti..tetapi disebabkan harga yang murah (bajet ayah tadi 300) dia merasakan tidak berbaloi bagi membazir baki bajet ayahnya itu..dia pon tak jadi membeli..akhirnya setelah penat berjalan, dia menajak ayahnya untuk pulang kerumah, kerana tidak ada satu pon kasut yang dia beli, sedangkan dia sudah penat berjalan..dia menyesal kerana tidak membeli kasut yang pertama tadi..ayahnya memujuk dengan mengatakan, "tidak emngapa anakku, besok kita akan kembali lagi ke sini untuk membelinya ya, jangan kamu bersedih".(penah tak korang rasa macam tu lepas balik dari pekan dengan mak ayah dulo-dolu, masa korang sekolah rendah tu..mesti penah kan)

keesokkanya, pergilah si ayah dengan anaknya itu ke kedai kasut kelmarin, dia sudah tekad untuk mengambil terus kasut itu, kerana khuatir akan terjadi seperti semalam..sebaik tiba dia berlegar-legar di ruangan kedai, namun hampa..kasut itu tidak kelihatan lagi....dia bertanya kepada pembantu kedai.."boleh saya dapatkan kasut blablabla...".. maaf dik, kasut tu sudah dibeli..kasut tu dah last dah sebenarnya semlam..


macam tu jugakla dalam kita mencari jodoh(eh)..betoi..kadang-kadang sikap kita tu membuatkan jodoh kita lari..okay aku bagi cerita..sat na..

Al kisah bermula apabila si lelaki ni berkenan pada seorang perempuan ni..then dia bagitau nak masuk minag bagai..okay..si perempuan a pon kata..okay, tunggu dulu..biar dia fikir masak-masak dulu..si lelaki selalu mendesak si a menyebabkan si a tertekan..dan akhirnya si a telah mengambil keputusan untuk menolak terus si lelaki itu tanpa memberi sedikit pon peluang disebabkan sikap si lelaki yang suka mendesak..si a ni merupakan seorang yang sangat cantik, solehah, dan berkemahiran dalam kerja rumah.advance lagi si a mempunyai ilmu yang tinggi dan sangat menjaga maruah sebagai muslimah..cukup pakej la kiranya..

beralih arahlah si lelaki ini kepada wanita lain yakni si b..si b merupakan seorang yang cantik, manja,mempunyai ilmu yang banyak jugak, berkemahiran dalam kerja rumah, namun dia kurang menjaga ikhtilat(kurang bukan tak jaga langsung)si b pon berkawan selama beberapa ketika, dan akhirnya setelah tmat pengajian si lelaki mengajak si b bertunang dan si b neyatakan dia tidak bersedia atas sebab keluarga lebih memerlukan dia dan dia baru sangat tamat pengajian..dan si lelaki dengan gopohnya terus membuat kesimpulan bahawa si b telah ada orang lain..lelaki..huh..jadi putuslah hubungan mereka..

si lelaki telah memilih wanita lain yang dia sendiri tidak berapa kenali sebagai ganti untuk menjadi calon isterinya..sedangkan wanita itu yakni si c ini merupak seorang yang biasa-biasa, ilmu juga kurang berbanding si a dan si b.kemahiran rumah tangga insyallah juga ada tetapi mempunyai sedikit kekurangan berbanding si a dan si b..seorang wanita yang menjaga maruah dan pergaulan..jadi adakah si c menerima lelaki tersebut??

alangkah ruginya lelaki itu kerna terlepas dalam memilih si a sebagai isteri..semakin dia menolak wanita-wanita itu semakin kurang nilai kualiti dalam diri calon-calon tersebut..ya jodoh itu rahsia Allah..tetapi apa yang cuba saya katakan di sini adalah, jangan kamu terlalu memilih dalam berpasangan..dan terimalah pasangan kamu itu seadanya..dan bersabarlah dalam jalan untuk berbaitul muslim ini.ya mungkin kau dah berkawan dengan dia lama, then kau istikharah kau nampak orang lain terus kau nak buang dia??itu tidak adil!

kesimpulan dekat sini, kadang-kadang kita lepaskan yang dah terbaik utntuk kita tu sebab sikap kita sendiri yang tak sabaq, yang cepat sangat buat kesimpualan..lansung tak boleh nak mendengar penjelasan..kalau betul cinta, mana mungkin cepat berubah..kalau betul cinta, mana mungkin cepat beralah..aku tak pandai bab ni..tapi tula kisah benar yang terjadi yang membuatkan aku rasa nak tulis benda ni..

#########################################################
sebuah kisah teladan untuk kita bersama

Ketika Zulaikha mengejar cinta Nabi Yusuf a.s, malah bertambah jauh Nabi Yusuf a.s. darinya.Ketika Zulaikha mengejar cinta Allah, Allah datangkan Nabi Yusuf a.s dihadapanya dan diperintahkan Nabi Yusuf a.s untuk menikahinya. Oleh itu janganlah kita mengejar cinta manusia kelak akan makin jauh dari Allah.Kejarlah cinta Allah kelak kamua akn mendapatkan cinta manusia. Insyallah :)

#jangan kau hadap dengan cinta manusia sampai kau lupa cinta Allah.

wallahualam..

Thursday 13 November 2014

SOLehaH

assalamua'laikum dan salam rindu...selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A,W serta keluarga..



INSYALLAH..kita mulakan bacaan ini dengan memuji Allah dan kalimah tauhid, La ilaha illallah..sebanarnya apa itu solehah?? pendapat kamu semua??kekadang umum menyatakan solehah itu apabila dia bertudung labuh, berjubah, berniqab, berstokin, bersarung lengan/stokin tangan(stogan) bagai..okay...faham..em kalau ni tutup aurat tapi dia tak pakai tudung labuh, tak berniqab??dia belum solehah??okay ni formula fahaman mata kasaq bukan mata hati..muslimah mungkin pada pakaian tapi solehah pada akhlak dan peribadi..solehah tu makamnya tinggi..sukar digapai..

tudung labuh+jubah+stokin+stogan+niqab = superdupersolehah
tudung labuh+jubah+stokin+stogan = supersolehah
tudung labuh+baju kurung+stokin+stogan = solehah
tudung bidang 45(pin tengah+baju kurung+stokin+stogan = solehah
tudung bidang 45(pin tengah)+baju kurung = belum solehah aka sopan je
tudung bidang 45(selempang)+ baju kurung = ayu giler
tudung bidang 45(selempang)+ t-shirt = biasa
free hair + jubah/baju kurung/kebaya = manisnye..cantik!
*banyak lagi tapi maaf tak larat nak describe..

dalam banyak-banyak formula kat atas tu kenapa yang tudung 45 n free hair tu tak ada perkataan solehah??ha tu la masalahnya..apa yang orang faham solehah tu bukan pada perkataan ni "MENUTUP AURAT" tapi pada ni "TUDUNG MAU LABUH"..YES, tudung mau labuh.tapi kalu dah hang pakai bidang 45 pon tapi boleh dilabuhkan it's okay la sis..no worries..okay..just cover up your aurah..no need to wear tudung labuh, niqab, jubah to be solehah..tu hanya solehah pada pakaian..ada ngerti kamu..

okay, ummul mukminan ada pesan kat kita, untuk menjadi muslimah solehah itu adalah apabila :
a)tidak memandang dan dipandang
b)tidak menggoda dan digoda
c)tidak mencintai dan dicintai (ajnabi)

hatta hang berniqab sekalipon, tapi hang masih keluaq rumah tanpa urusan, mempamerkan diri di khalayak selalu tanpa urusan, masih bersms dengan ajnabi, masih menarik perhatian lelaki dengan sikap manja..ilmu tak tara mana..apakah hang layak mendapat gelaran bakal bidadari syurga??

untuk yang masih belum menutup aurat dengan sempurna jangan kata,, ha betoi latu..kami ni bukan jahat pon..ingat kami tak solehah..pakain tu luaran ja..hahaha,.relax..untuk awak yang masih belum tutup sempurna tu usahakan la untuk tutup aurat dengan sempurna neh.tudung 45 pon tak pe awak..saya dulu pon pakai tudung 45 jugak..cuma pinkan je kat tengah, labuh, tak tipu..cuma kena cari yang tak jarang...kalu jarang pakai inner..tapi selalunya bawal yang batu tepi tu la labuh pon..kalau adijuma, ka kangaroo ka agak singkat...pelan-pelan berubah..kami tak penah pandang serong dengan awak semua sebab kami pon macam kamu jugak dulu..bahkan kami sayang sebab awak pon ladies jugak..sebab tu kami bagitau ni..sayang tau dak..

solehah itu sebenarnya bila dia mempunyai ilmu yang banyak dan bermanfaat,menutup aurat dengan sempurna, menjaga pergaulan, menjaga bicara, menjaga akhlak, mempunyai perasaan malu yang sangat tinggi dalam bermaksiat kepada Allah azza wajallah...hatta seremeh hal pon, dia menjaga..bukan pada pakain yang boleh dicabut bila-bila masa..tapi akhlak dan peribadilah yang menjadikan seorang wanita itu solehah atau pon tak dan ke'izzah'an dia itu membuatkan orang malu alah untuk melakukan mungkar didepan dia..izzah itu mampu mendorang orang lain untuk berbuat baik dan menghalang orang untuk melakukan maksiat kepada Allah..

wallahualam..

P/S: ingat solehah itu bukan pada pakaian..

#akubukansolehah

"SOLEHAH ITU MAKAMNYA TINGGI"

rEzeKi itU RAhsia AllaH

Assalamua'laikum dan Salam mahabbah....selawat dan  salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga..


Insyallah nak berkongsi pengalaman yang pada aku owsem ...tingtong. .B-)

Masa kejadian pada jam 4.30 ptg dimana sekumplan anak  dara yang baru balik dari program di merbok..akibat daripada ketidaktahuan jalan mereka telah tersesat dan tidak menemui jalan pulang..(tiada kaitan dengan bunian ok)..akhirnya setelah agak lama mencari akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berhenti disebuah gerai makan di kg.. ......... bujang (aku tak tau nama penuh kg tu)..disebabkan gerai tu menarik  sgtsgt..x cntik pon biasa je..cuma faktor kawasan yang strategik yakni  ni tepi bendang. Sangat  nyaman....ditambah tahap kelaparan yg melampau  maka berhentilah mereka itu ..

Baru intro dah penat ker??Hakhakhak

Maka bermulalah episod rezki rahsia Allah..disebabkan kelaparan yang mengasak ulu hati kami saat itu, kami pon order dgn pantasnya. .makanan situ murah baq hang. .dahla sedap wa cakap sama lu .....nak dijadikan cerita ada  seorang pakcik tidak diketahui identiti yang turut berada dilokasi kejadian..beliau sangat tidak menonjol atas sebab mkanan dan makcik kedai yang lebih cantik dan menarik perhatian kami (lapo kau)..

Dan disebabkan kami telah order sebelum pakcik tu pergi. .kami langsung tidak  sempat untuk mengusha beliau. .bahkan hanya sempat menjeling manja (over, maap)..belum dapat discan wajah suci insan kerdil itu dia telah membawa diri pergi jauh dari kami ..kecewa barangkali. .hahahaha. .dah bohsan dan rasa nak marah atas penggunaan bahasa yang tinggi? ?? HahahaHahaha..

X main2 dah..nak.nak dijadikan  cerita pak cik tula yang belanja kitaorang ...ok kami x expect yang pakcik  tu nak belanja...
Sebab ramai kot. .8 org...dekat 40 lebih. .pakaian dia  biasabiasa..baju turun bendang...tapi aku respect la kat  pakcik tu. .x ckp apa pon. .diam then blah macam tu ja ..mak cik tu yang kata 'abang tu dah bayaq kat semua '..wah ...(semua terkejut..terharu..nak nagis)..kitaorang masih tertanya-tanya..kenapa dia belanja ..dan siapakah dia...

Okay..pengakhiran  kisah kami kehujanan kebasahan dan kami berenti solat di RnR Gurun dalam basah lencun dan dengan keadaan kami  sebegitu (basah), pakaian yang ala 'ustazah' bawak topi keledar dengan blazer dah macam jemaah gengster. .kuikuikui ..solatlah kami kali kedua (zohor kelmarin pon basah jgk dekat RnR  tu jugak )best sangat. .akhirnya  alhamdulillah selamat sampai jam 8.45 malam dengan  hujan lebat  sepanjang  jalan dan kelajuan lambohghini kitaorang tu 60km/j.. :-)



# rezki kami haritu sangat murah..dah la tetiba ada orang belanja..dapat pulok main hujan seharian kan..tengok sapa pon tak menjangka..hang ingat jodoh ja rahsia Allah..
# rezki makcik tu pulok, dia pon tak sangka kami akan berenti makan dekat kedai dia..bertambah la senarai costumer dia kan..
#rezki pakcik tu pulak..aik? ada ka rezki pakcik tu..keluaq duit lagi ada la kan..adaaaaaa...dia lah yang paling murah rezki tau..penah dengaq orang kata, bila memberi sebenaqnya kita bukan makin kurang tapi makin banyak..ha macam tulaa ... siap bonus lagi..kami ni setakat tu jela kenyang..makcik tu pon setakat tu la duit yang dia dapat tu..bukan beranak pon..tapi..pakcik tu dia dapat lebih...sampai ke negeri akhirat (baca: pahala)..

p/s : sebenaqnya nak habaq kami dapat main hujan kat highway ja..kahkahkah

wallahualam :)