Thursday 17 December 2015

Haid

assalamua'laikum dan salam kasih untuk anda, anda, anda dan anda..



insyallah kali ni saya nak berkongsi tentang HAID... >,<

rasa perlu untuk berkongsi sebab
~ kita kan perempuan, muslimah lagi..so pepaham ler (jangan cakap akak tak payung) eh?
~ yang paling penting sebab dia akn relate dengan kita punya solat dann ibadat yang lain...
~ kitala yang banyak dok neraka.. [huawargh, sobsobsob :'( ]
   selain ingkar cakap suami, x jaga solat, puasa, menumpat dan op cos tak jaga kebersihan, ni salah satu faktor yang menarik kita ke neraka!
~ kita ingat kita dah faham darah kita tp rupanya idok
   kome tau ke tu darah haid, nifas, istihadah, wiladah..[tau la sesikit kan]
~ tak tau atau masih keliru macam mna nak beza waktu haid dan waktu suci [kan free dapat dosa]
~ last ni memang agak menyentap, muslimin pon dah khatam kitab haid, kita??? :(
it's ok.masih x terlambat..well lepa memang kena ambk tau pun, ilmu kan..tak terhad pon sapa nak belajaq.

cara kiraan haid waktu belajaq sains form 3 dulu macam ni kan..


ok, 28 hari macam yang kita selalu kira la kan..setiap kali cukup 28 hari kita dah mula berhati-hati kan..baik..tapi kadang-kadang haid kita tak menentukan..kadang awai bulan, kadang hujung bulan, kadang lewat sebulan, lewat kadang-kadang hingga 2 bulan..mesti pening, risau dan macam-macam lagi la perasaan..ada kes jumlah hari tak menentu 5 hari, 6 hari or 8 hari..ada kes yang jarang-jarang darah keluar berterusan hampir 15 hari putus-putus atau sebulan tanpa henti..mari check darah kita!!moh ler.. seeloknya kita tanda or buat jadual haid supaya nanti kita boleh ler tau, time tu darah yang keluaq tu haid atau darah penyakit..

Ni yang kawan aku bagi kat aku la, kalau aku nak tulis sendiri agak tak yakin sebab ingat-ingat lupa..hehe..maklumla muzakarah pon x dan habih bab aku dah keluaq.. agak panjang apa yang aku nak share ni..memerlukan kesabaran tahap menunggu kawan yang dah berjanji tapi dah sejam belum sampai..

Perkongsian oleh Ustaz Khairul..

wanita yang haid digugurkan kewajipan solat dan puasa Ramadhan. Solatnya tak perlu diqadha tetapi perlu mengqadha puasanya. Adapun kiraan haid amat mudah iaitu maksimum 15 hari, minimum keluar haid sekurang-kurangnya sehari semalam secara berterusan.Kalau keluar tak sampaui sehari  semalam ianya dikira sebagai istihahdhah bukan haid Tempoh minimum suci pula ialah 15 hari sebelum kitaran haid yang seterusnya. Apabila keluar darah istihadhah, mewajibkan peremouan itu untuk solat dan berpuasa Ramadhan.. Jika darah keluar lebih 15 hari, hari ke 16 dan seterusnya adalah istihadhah.

Nak mudah paham kita buat analogi:

1)keluar darah haid 8 hari = haid kesemua hari
 * mandi selepas darah berhenti. adalah lebih baik sekiranya di check setiap kali masuk waktu solat
2)keluar darah 17 hari = haid 15 hari 2 hari istihadhah
*lepas cukup 15 hari 15 malam wajib mandi dan solat walaupun darah masih keluar sebab dikira istihadhah.
3)keluar darah pagi tadi sekejap, petang sekejap, lepas tu tak keluar dah sampai 29 hari = istihadhah
*darah tu dikira istihadhah sebab keluar tak sampai sehari semalam
4)keluar darah 8 hari, berhenti 5 hari, keluar semula 4 hari = 8+5+4 =17
2 hari terakhir dikira istihadhah dan 5 hari yang tak keluar darah tu dikira tempoh haid jugak
*bagi yang dah mandi tersolat dan terpuasa pada 5 hari tu dimaafkan kerana zahirnya darah keluar ikut adat kebiasaan masa 8 hari pertama tu

5)keluar darah 3 hari, berhenti 2 hari, keluar semula 4 hari bermula hari ke 6 =
semua dikira haid
*namum bagi wanita yang adat kebiasaan keluar haid lebih lama dari 3 hari(biasanya 7-8 hari), tetiba kali ni keluar 3 hari je maka dia tak wajib mandi lagi dan solat / puasa selepas 3 hari pertama tu sehingga berlalunya tempoh tiada keluar darah selama 24 jam.maksudnya hari ke 4 tu tak wajib mandi lagi la..bila dah tak dak, hari kelima tu baru mandi jika tak dak dah darah nak keluar..jika teriba darah keluar pulak pada hari ke6 , maka dimaafkan perbuatan solat/puasa tu tadi..jika tak keluar dah darah selepas 3 hari tersebut maka wajib qadha sooat yang ditinggalkan waktu hari ke 4 tu.

6)keluar darah berterusan tak henti-henti sehingga 2 bulan, 3 bulan, 8 bulan, 2 tahun etc =
Ada 2 situasi bagi menentukan :

 a) adakah dia wanita yang baru mula period?jika ya, maka kena lihat pada warna darahnya pula.
 ai) jika darahnya sama sepanjang keluar berbulan-bulan tu maka ada 2 kaedah :
      1)ikut adat tempat - jika wanita dikawasan dia tinggalbiasanya period 8 hari maknyanya 8 hari                haid dan lagi 22 hari suci, setiap bulan (kes jarang-jarang ni)
      2)15 hari suci 15 hari haid - wajib solat 15 hari,(walaupun darah keluar) dan tidak harus solat lagi          15 hari, setiap bulan

 b)jika bukan  pertama kali keluar darah, lihat pada tempoh adat kebiasaan dia period sebelum              ni.kalau sebelum ni biasa 7 hari haid maksudnya 23 hari lagi suci.kalau tak yakin dengan ciri darah    yang hampir sama dengan haid guna kaedah 15 hari maksimum haid

MULA SOLAT

contoh

jika darah anda berhenti 5 minit sebelum masuk waktu asar, tapi kita check darah keluar ka dak pada masuk waktu asar, kita kena qadha solat zohor tadi sebab waktu tu kita dah suci

lepas subuh check ada lagi darah, waktu zohor tak check tapi check pukul 5 ptg, kena qadha zohor dan wajib asar
kalau check waktu malam sebelum tidoq ada darah lagi tapi bila bangun subuh x dak dah darah kena qadha isyak semalam.

sama jugak macam waktu yang lain..senang kiqa kalau kita chek waktu tu darah tak dak dah, kita kena la qadha waktu sebelum dia tu..takut-takut darah berenti dalam waktu sebelum kita tengok tak dak darah tu..peningkan..aku pon kekadang pening..hehe

#hahaha..akhirnya..dekat 4 bulan dok pending ja aku punya entry hat ni..punya la jenuh..alhamdulillah
#mana yang salah or x betoi tegur-tegur na..
#maapkan saya

tambahan : boleh la beli or dapatkan buku haid, istihadhah & nifas terbitan inteam publishing tuk lebih jelas dan mudah faham..sebab dalam tu dia ada terang ;ebih detail dan siap ada contoh lagi..so memang sangat sesuai untuk kita la ni la..kalau setakat tengok kat internet memang susah nk faham..tak mahal pon dlam 26 hinggit camtu ja..dan tak tebal sangat dalam 2++ pages..okay..selamat mncari...aku pon dapat free ja buku tu..orang bagi..

No comments:

Post a Comment