Sunday 19 January 2014

SAlahkAH akU????

assalamua'laikum dan salam mahabbah..



keheningan pagi membuatkan aku terasa damai, terbuai oleh indahnya ciptaan Yang Maha Esa..keindahan gunung, kehijauan hutan dan kesibukan masyarakat dengan  pelbagai tujuan..kesejukan yang menjerat diriku saat ini umpama selimut yang mengajak aku untuk terus bermimpi...jauh dari alam sedar yang mengingatkan aku tentang ia..

keadaan masih separa sedar membuatkan aku hampir terjatuh..
"wargh!!!" kedebuk...
"aduh, sakitnya...ish mcama mana bole jatuh ni.."gumam aku sendiri..
nasib baik tak dak sapa yang nampak...aku meneruskan langkah terus ke tandas..cuaca yang sejuk ditambah pula baru bangun dari tidur yang lena selama bas bergerak..tudung yang senget-benget...kekadang saja aku membukakan mataku..selebihnya aku akan memejamkan mataku..aku memang tidak betah untuk lama-lama berjaga kalau menaiki bas atau pon kereta..pusing aku rasakan kepalaku...

percutian yang sengaja aku rancang ini, bukan kerna apa..saja untuk melapangkan minda dan merehatkan fikiran..memberi peluang kepada diri untuk merasa erti kebebasan, menisbahkan balik diri...ditahap apakah aku ini...percutian yang sengaja aku rancang tanpa mengajak sesiapa pon...hatta sahabat aku sendiri...kali ini aku cuba mencari tempat yang membolehkan aku untuk merehatkan minda..seperti sekarang..aku berada di Bukit Freaser..satu tempat yang pada aku boleh memberikan satu impak yang positif kepada aku sepanjang proses aku untuk muhasabah kembali perjalanan hidup aku...apa ertinya aku hidup di dunia ini?

selepas check in aku meloloskan diri ke kamar dan aku merehatkan diri setelah berjam-jam aku menegakkan diri di atas bas...petang ni perancangan aku cuma lepak di luar koridor sambil menikmati keindahan alam...memang dalam perancangan aku untuk merehatkan diri bukan untuk berjalan-jalan atau membeli-belah..waktu itu dan suasana itu membuatkan ku untuk mudah berfikir...

.............................................................................................................................................................

seminggu yang lalu..

"kenapa harus begitu???apa salah  akak???adik yang akak sayang..mungkin akak tidak banyak masa bersama kalian tapi janganlah kalian menjadikan kalian sebegini...bukan akak menghalang perasaan itu tapi masanya tidak sesuai..

"akak tak faham kami..sedangkan akak-akak pon buat benda yang sama..akak-akak pon x menjaga ikhtilat..kami sukar untuk menerima benda macam ni..sedangkan sebelum kami menyertai organisasi, kami bebas..tapi setelah join ni semua, kami dikongkong.kami x nampak contoh untuk kami ikut..dimana slogan kita sebagai daie ini kak.kononnya, Qudwah Qabla Dakwah..tapi amal x seiring kaTA!..teladan la sangat."

TERSENTAP aku mendengar kata-kata itu..pedihnya hanya Tuhan yang tahu..Allah!!Apakah salahku..dimana???aku telah mengkhianati amanah yang telah Engkau berikan...Ampunkan hamba-Mu ini Ya Allah..benar...kami cuma insan biasa..sentiasa melakukan kesalahan..tapi kali ini, benar kata-kata itu umpama pedang yang boleh membunuh jiwa..

"tapi dik, bukan semua kan???" aku cuba mengendurkan jiwa yang tengah tegang..
dia mengangguk setuju..
"adik, cuba adik pikirkan jika kita ini umpama buah pasti adakan ulas yang tidak elok..tapi adakah buah itu langsung tidak boleh dimakan???terus dibuang tanpa ada pengadilan.."
diam..

"adik, ingat kita dalam organisasi ini, banyak mehnah dan dugaan yang akan datang, bertimpa-timpa..dugaan dari keluarga, kawan-kawan, dan dugaan dari segi perhubungan dan komunikasi, dalam kalangan ahli organisasi sendiri..dari segi perhubungan mungkin kita tidak lihat ia sebagai ujian yang besar karna bermatlamatkan satu matlamat yang sama...tapi harus diingatkan, matlamat tidak menghalalkan cara..."
"saya faham kak, tapi sukar bagi saya untuk mengekang perasaan ini bila ia mula tumbuh.."
"sebab tu kita perlukan sahabat untuk sentiasa mengingatkan kita...perlu ada ukhawah yang kuat antara kita dan sahabat yang lain..jangan pernah cuba untuk lari dari mereka..jangan pernah cuba untuk menyembunyikan sesuatu dari mereka....mereka ada untuk kita...andai ada masalah, berkongsi dengan mereka...tapi awas!!jangan terlalu memikirkan soal jodoh..kerna hal ini boleh mematikan hati kita..terlalu memikirkan hal itu akan memberikan kesan kepada gerak kerja kita..hal-hal organisasi akan terbengkalai, menjadikan ia satu maslah kepada orang lain.."

"faham kak..tapi bukan mudah dan ianya perlukan masa..saya cuba dan akan terus mencuba..kerna saya lebih sayangkan organisasi dari dia yang belum tentu milik saya..:)"makasih ya!!
"alhamdulillah andai kamu sudah boleh berfikiran begitu..jadi amanah akak untuk kamu, tolong tengok-tengokkan sahabat yang lain..akak tegur kamu dulu karna kamu boleh untuk bantu sahabat yang lain.akak percaya kamu!! <3

number one for me~ (ringtone) he3
lamunan aku terhenti saat fon aku galak berbunyi..mengingatkan aku kepada arwah..
"hello, assalamua'laikum. ya kenapa??"
"waa'laikumusalam, awak ada kat mana ni???dah sampai ka???sampai hati pegi x ajak kita...nak merajuk la macam ni...."
"awak2"aik dah tutup fon..
nampaknya satu kerja bertambah...pujuk si dia.. :0
"hello, assalamua'laikum...bole bercakap dengan cik Ira???"
"waa'laikumusalam, ya saya..ni siapa ya??"
"amboi aku pon x kenal..tu la sapa suruh kita call x berangkat..kan dah terpaksa guna fon hotel..merajuk macam budak-budak..wek!!"
"yala, awak p x bagitau kita..dh la p tempat best..sampai hati..x kira nak merajuk jugak!!!"
"maaf la..bukan sengaja, tetiba ja rasa nak p bercuti..nanti kalu saya nak p lagi saya ajak ye..intan payung, pengarang jantungku...jangan la merajuk lagi"
"boleh dengan syarat, nak ole-ole..mahai punya...chek x mau hat murah..kalu x u're rejected.."
"ok2..janji..nnt chek wak balik sabun free kat hotel ye..hahahahahah"
"ish, x nak la..x kira, nak-nak jugak..kalu x, x nak p ambk kat station bas nanti.balik sendiri"
"ok...saya janji..dont't worry...i got something special for u..wait n see..k got to go..see u later!!"
"ok2..ingat ya janji..assalamua'laikum kasih!"
"ngada..waa'alaikumusalam sayang!!"

begitulah kami, ukhawahfillah yang terjalin membuatkan kami jarang berenggang..sentiasa bersama, berkongsi cerita, suka dan duka..hatta makan juga sama...pantang mendengar masalah pasti bergosip sentiasa.. ;)

tapi, maafkan aku sahabat, bukan aku cuba menembunyikan hal sebenar, tapi masanya belum tiba..biarkan aku tenang dan kembali ceria..untuk kita sama-sama memikirkan masalah...memikirkan organisasi, memikirkan amanah dan memikirkan ummah..rasa bersalah menghantui jiwa..kejadian minggu lalu membuka minda dan benak hatiku, tentang pentingnya peribadi seseorang pemimpin dalam menggerakkan sesebuah organisasi..masalah itu membukakan mata hatiku untuk melihat lebih banyak kekurangan diri dalam membawa bersama beban amanah..saat melihat mereka semua dibuai mimpi, terbuai dengan tipu daya dunia..lalai dengan amanah yang diberi..lupa ketaatan, lupa keutamaan bersama..bagaimana???salah siapa???adakah 'kita' yang bersalah??sistem tarbiyyah kah yang salah???atau apa??pikir-pikirkan..




Tuesday 14 January 2014

CinTA gila-GIla

assalamua'laikum dan salam atas angin...he3



pasti pelik kan dengan tajuk ni...CINTA?????GILA?? ah sudah..apakah???sebenarnnya ni nk bgtau pasai KAMI!!!..ya tentang kami..macam mana kami punya persahabatan..terlalu 3 RASA..MASAM, MANIS, MASIN,...huhu..btoi ka???entah...pelik kan hidup ni...tapi tu la kami..sentiasa pelik..ada ja dugaan n cobaan yang mai tuk uji kami punya persahabatan...pasai pa jadi laguni..ha...pikiaq-pikiaq dan selamat beramal..

setiap hubungan pasti akan dilanda ombak, samada ianya ombak manja atau pon ombak ganas seperti tsunami tahun 2004 dulu..yang meranapkan permukaan bumi, meleyapkan semua perhiasan ciptaan manusia..nauzubillah minzalik..x sanggup aku melihat kami jadi macam tu..biarlah ia umpama ombak-ombak manja yang bermain ditepian pantai...bagaimana nak settlekan masalah "bencana" ni??em...tah le...semua diam, x berani, x tahu, x reti, x paham, x nak ambik tau, x nampak, x rasa, x sampai hati nak menegur...tu semua asam garam dalam kami..pelik kan..sembang kemaih kata xpa, BFF..tapi bil dah jadi laguni pakat jadi jem..

ok, la ni nk gtau pasai kami...kami lagi..yala..dh ni cerita kami..untuk org kata mengawal ombak tadi kami buat satu sistem..so sistem ni akan cuba menyelamatkan hati-hati kami dari musnah dipukul ombak..dalam pada itu sistem pengesan juga dah dipasang..ada 7 sistem pengesan yang diberi nama..jengjengjeng....

a) INNAK
b) UMI
c) IBU
d) MAMA
e) OMMA
f) MUMMY
g) MAK

sebahagian ja..

bersama 'nama' masing-masing


SO, serius rasa mcm kanak-kanak plak buat mcm ni..cuma mungkin gelaran la yang mcm mature sikit..huhu..
diharap moga dengan usaha kami yang kecik ni boleh la menyelesaikan maslah 'bencana' yang melanda bumi kami ni...jangan dipandang hal yang kecik hanya kerana kita berfikiran besar tapi pandanglah hal yang kecik kerana kita berbesar hati..
~ada kena mengena ka???
~merapu (#,#)

Wednesday 1 January 2014

IBU!!!

ASSalamua'laikum dan salam rindu...


syahdu rasa saat fikiran melayang merindui belaian kasih sayang seorang ibu..bergenang air ditubir mata..panas kurasakan...pedih rasa dhati...sakit dijiwa tiada siapa merasa..tiada siapa tahu..apa yang terselit di lubuk hati yang keras ini terselit satu perasaan halus..perasaan ingin dicintai dan mencintai..ya ingin diCINTAI dan menCINTAI seorang insan yang bergelar IBU...perasaan dibelai dan keberkatan doa yang sentiasa aku dambakan tidak mungkin akan dapat aku gapai..disaat aku memerlukan belaian dan doamu, aku buntu...mana mungkin itu terjadi...

ibu,
saat aku kesepian kaulah peneman,
saat aku kesedihan kaulah penghibur,
saat aku jatuh kaulah pemberi semangat,
saat aku perlukan teman, kau sedia disisi,
saat aku gembira kau terasa bahagia,
saat aku tenat kau sentiasa mendoakan.

ibu,
saat aku sakit kau menjaga,
saat aku lapar kau masakkan,
saat aku malas kau sedarkan,
saat aku merajuk kau memujuk,
saat aku disakiti kau membela,
saat aku bahagia kau bersama.

ibu,
damailah engkau disana,
tenang bersama ayah,
indahnya syurga,
bahagianya terasa,
nantikan anakmu tiba.

ibu,
suatu saat nanti,
kita akan bersua,
tidak lama masanya,
sebentar sahaja lagi,
ketemu jua rindu bertandang.

ibu,
kata-kata ini aku lontarkan,
demi rindu tiada penghujung,
hanya doa mampu ku hulurkan,
moga jannah kita berkungjung,
insyallah...amiin..