Wednesday 15 April 2015

maK


Image result for kartun ibu


Assalamua'laikum dan salam sejahtera.selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta para sahabat.

Insyallah this new entry, nak buat karangan budak sekolah jap.saya nak cerita pasai mak saya..why?????suka hati cheq la..mak cheq..blog cheq..awat tak buleh ka cheq nak cerita..ok2,maaf..mak aku ni sorang yang super duper hebat..saipa???ha tunggu..

Nama penuh mak aku Ramlah bt. Nanyan, mak beliau(sebab ckg aku kata untuk org yang hebat atau ternama ganti nama dia adalah beliau, harap maklum) merangkap tok aku nama Aminah. beliau dilahirkan di kg aku (dirahsiakan) pada tarikh 13 Jun 1955. Beliau merupakan anak sulung dari satu orang (tunggal lorh). Mak beliau merupakan seorang yang sangat garang.hahaha..ayah beliau dan kurang garang sikit dari mak beliau. Beliau telah dikahwinkan dengan seorang jejaka tampan, yang berasala dari kampung yang sedikit jauh dari kampung beliau..dasar perkahwinan tak sempat untuk ditemurahamah atas sebab tertentu (tolong jangan tnya awat)..

Bermulalah hidup beliau sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak yang bnyak kerenah terutama yang bongsu. Pada 15 mac 1974telah lahir seorang putera bagi pasangan suami isteri ni yaktu pada umoq beliau 19 tahun dan suami beliau beromoq 20 tahun..Tahun berganti tahun dan mereka dikurniakan anak seramai 8 orang sehingga tahun 1990, dan tidak disanggka-sangka beliau disahkan mengandung pada tahun 1993 dan selamat melahirkan bayi kembaq yang comey-comey dengan berat 1.6kg atas faktor tak cukup bulan pada tarikh keramat 4 march 1994 pada umoq 39 tahun. Ha kemeriah sangat dirasai oleh keluarga Pak Nyan(wan aku la)...Rumah papan dua tinggkat itu menjadi tumpuan dengan kelahiran bayi kembaq yang haluih besaq botol kicap(ni tok teh aq habaq)..ramai orang kampung tolong jaga kami, (kami hat kembaq nih,kak aku yang dok merengek lagi time tu dan kak abg aku yang berderet tu).

Disebabkan kami tak cukup bulan mak aku tak dapat pegang aku n adik aku dengan tapak tangan, kena lapik dengan kain..Aku dapat bayang betapa susahnya nak handle kami time tu sebab semua kechik-kecik kecuali abang sulung aku la (20 dah time tu).Tapi mak aku relax ja...Hebat kan dia..tu tak termasuk perangai sorang-sorang anak lagi..Beliau sangat hebat!!! HA..Tu baru sikit..Disebabkan anak-anak yang ramai, memaksa beliau untuk bekerja, sebab abah aku cuma keja meniaga buah ja masa tu, pastu abah keja pulak bawak lori besaq tu..best abah bawak kami p mandi aiq terjun kat bukit wang naik lori..kau ada???lepaih tu abah tak bawak lori dah..dia bawak teksi pulak..sampai la last..Mak aku semua qeja beliau buat...pagi-pagi elok lepas siap-siap kami nak p sekolah, beliau kayuh dah gerek(basikal) pi motong getah(baca menoreh), balik masak tengah hari, pas lohoq (zohor) beliau p buat bendang pulak sampai ke petang..balik masak pulak makan malam kat anak-anak..pastu beliau melepak depan tv dengan laki dan anak-anak..(aku dengan adik slalu berebut nak tidoq bawah ketiak beliau waktu tengok tv)hahaha..dan beliau jugak terkenal sebagai tokey cendoi baq hiang..sapa tak kenai cendoi kak nab(panggilah mesra orang kg) dia akan kacau cendoi malam-malam guna dapuq kayu (bukan tak dak dapuq gas tapi dapuq kayu lebih mudah kot, aku pon taatau)..kami la tukang tengok..pagi-pagi aku dengan adik la tukang hantaq p kedai dan tukang kutip duit petang-petang..beliau jugak cari rebung kat hutan, buat rebung masam untuk dijual, kekadang sampai bertong-tong..tapi ada jugak yang orang beli yang baru..selalunya kalau orang mai beli kat rumah duit tu mesti bagi kat aku dengan adik..hahaha..adik aku pandai ar cari rebung..kalau kami p, aku tukang tengok ja sebab kalau aku patahkan mesti ada ja komplen adik aku tu..so aku tukang tarik gundi ja..

Ada satu hari tu mak aku p bendang pagi, lepaih tu ada orang mai rumah habaq mak aku jatuh tali aiq tu, kak aku dah meroyan teriak pa semua, paastu kak aku pon p ambk mak aku guna moto, rupanya teruk jugak la luka beliau, sebab batang kayu tertusuk kat betis beliau. terkoyak kaki beliau..aku pon tak sanggup nak tengok..dan lama jugak dia tak boleh jalan..abang aku buat kerusi roda kat dia guna besi..bagi dia mudah gerak..dan abang aku pon renovate dapur, angkat letak bawah pa semua sebab mak aku nak masak..dalam keadaan dia macam tu dia masih nak masah, basuh baju, kemaih rumah n semua benda la yang dia buat selama ni..dan aku paling suka asam pedas dia!!tapi kami masih x sedaq diri nak bantu..hehehe..beliau sangat kuat dan hebat!!selagi dia ada upaya dia akan buat, langsung tak mau susahkan anak-anak..ada satu hari beliau merajuk dengan kami sebab tak mau p kedai beli ikan..semua cangguung ja bila beliau kayuh gerek p kedai..rasa bersalah..tapi beliau tak penah marah lama..jarang la aku nak dengaq  beliau marah..sangat susah..masa aku dengan adik nak ambik keputusan UPSR beliau masak ayam masak merah sambut kami walaupun result tak la sampai 5a pon..siap hias-hias macam pengantin lagi lauk tu..hahaha..masa tu rasa bersalah jugakla, sebab tak dapat 5a, kawan baik aku Pit dengan Yut dpat 4a, aku 3 ja.(tak pasai kena belanja lepa aiq kotak).mak depa pulak mai rumah lagi la aku segan..tapi mak aku steady ja..bangga ja ada ank macam kami (aku pon tak pasti yang ni)haha..

Tiap malam mesti beliau tak akan tidoq selagi anak bujang beliau tak balik rumah..abang aku yang last tu waktu muda remaja, memang la..suka keluaq malam..aku selalu teman beliau sampai abang aku balik, tolong buka pintu..mak aku ni suka beletiq, dan kalau beliau beletiaq tak la menyakitkan hati pon..mak aku ni sopan, rajin, baik hati, sangat penyabaq, suka tolong orang, peramah, pandai masak..kawan-kawan aku selalu kata untungla hang mak hang tak marah-marah..mak lepa cengei (garang)..beliau ni pada aku memang tak ada ganti..hatta mak mentua aku nanti pon belum tentu boleh sayang kami macam dia syang..mak aku ni sorang anak yang mendengaq kata walaupun tok aku garang gila dan dia bagi kat wan aku cucu 10 orang! yang dok jaga dia sampai la..mak aku ni sorang isteri yang sangat sabaq, penyayang, hormat suami, faham suami, tak penah nak tinggi suara kat suami, abah aku suruh buat aiq, dia buat, suruh masak dia masak..kiranya tak rugi abah kawen dengan mak..dan mak jugakla yang defend kami bila abah nak marah kami..abah aku ni pendiam..kalau dia marah diakan kata "p tengok budak-budak tu"(dalam  bahasa siam la) dan kami secara auto akan dia..kami suka bertengkaq..tu abah nak marah tu..abah suka tengok berita pukul 11 malam....mak pon mai la habaq, dia sikit, nanti abah marah..

Dan akhirnya Allah lebih sayangkan beliau, dan beliau dijemput berjumpa Sang Pencipta pada tanggal 24 Mei 2007 jam 7.30 malam pada umoq 51 tahun atas asbab demam dan penat..Abah sangat terasa dengan kehilangan mak, dan dia pon dijemput pada tanggal 30 Julai 2008, jam 6 pagi depan aku, kat Hospital Jitra. Sekian la cerita dua insan yang aku sayang dan aku sangat rindu kat depa..

Image result for kartun ibu tua bersama anak

"Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa kedua arwah ibubapaku, Tempatknlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman, luaskanlah kubur mereka, berikanlah mereka cahaya, jadikan kubur mereka, taman dari taman-taman syurga-Mu"Amiin, amiin ya Rabbal Alamaiin..

#sekadar coretan melepaskan rindu yang menggunung
#Al- Fatihah


sekian.wassalam