Monday 30 December 2013

LaNGkah-lANGKah PEmbiNAAn KHiLAfaH

ASsAlamua'laikum wbt..salam cinta dan kasih..

Insyaallah kali ni saya nak berkongsi ilmu yang baru di peroleh daripada usrah yang saya join..insyallah..sama-sama kita tetapkan matlamat dan halatuju kita dalam menegakkan Daulah Islamiyah di bumi Allah ini sebagai matlamat terbesar kita....moga-moga ini boleh menjadi saham kita di akhirat kelak..Insyallah..

Dalam kita nak menegakkan syiar Islam itu memerlukan beberapa cara ataupun langkah..so langkah-langkah tu macam yang dibawah ni...

1. Pembentukan peribadi muslim yang sempurna
  • 10 muasafat tarbiyah 
    • Aqidah yang sihat
    • Ibadah yang sempurna
    • Tubuh badan yang sihat
    • Akhlak yang mantap
    • Berpengetahuan luas
    • Mampu berdikari
    • Mujahadah melawan nafsu
    • Menjaga waktu
    • Tersusun urusannya
    • Bermanfaat untuk orang lain
2. Membina keluarga muslim yang sempurna
    Dalam menjadikan keluarga muslim adalah bermula dengan ibu bapa, sanak-saudara kita, adik beradik, sepupu sepapat, sedara bau-bau macang dan saudara kiri dan kanan kita..bukan hanya suami, isteri dan anak-anak kita..itu lebih kepada baitul muslim..keluarga yang muslim akan menjadika usaha untuk menegakkan daulah Islamiyah itu mudah..sama-sama kita sebarkan dalam kalangan keluarga kita kefahaman Islam..setiap individu ISLAM wajibuntuk menyebarkan kepada ahlinya tentang ISLAM..Ingat!!!

3. Membina masyarakat muslim yang sempurna
    Masyarakat yang faham Islam akan membawa kepada negara ISLAM..jadi disini jika kita adalah masyarakat ISLAM yang saling menyebarkan syiar Islam maka akan terbentuklah satu golongan yang berpegang teguh kepada ajaran Islam...yang mahukan baiah solehah, keadaan yang orang kata ada agama, ada panduan..hal ini penting dalam mencapai matlamat Daulah Islamiyah tu..

4. Membebaskan negara daripada penjajahan kufar
    Dalam hal membebaskan negara daripada penjajahan kufar ini amat penting kepada individu-individu yang mana berjawatan..wajib kepada dia..apatahlagi jika dia faham ISLAM..SAMBIL dibantu oleh masyarakat..ingat dalam menegakkan Islam, kita bukan seorang tetapi dalam organisasi atau jemaah..perlu ada yang memimpin perlu ada yang mendokong...andai tidak dilaksanakan maka berdosalah semua orang..

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

5. Mentadbir negara dengan ajaran Islam yang sempurna
    Pentadbiran negara berlandaskan Al-Quran dan sunnah merupakan hal yang wajib kita lakukan..
   "Tidak Allah jadikan Jin dan manusia itu, melainkan untuk beribadat kepada-Nya.." so dalam hal pentadbiran juga perlulah kembali kepada arahan dan panduan yang telah Allah berikan..jadi disini kita boleh lihat betapa pentingnya dalam memilih pemimpin sama ada dalam konteks negara, kampus mahupun keluarga (baitul muslim).

6. Membina jaringan dengan negara Islam yang sempurna
    Dalam nak menegakkan Daulah Islamiyah tu perlu ada kesepakatan ataupun connection antara negara-negara Islam bagi menjayakan misi kita ni..sebab islam tu bukan untuk negara tu ja..Islam For All..so we need to cooperate with others Islamic country..fight, jihad untuk lihat Islam tertegak di seluruh pelosok dunia..insyallah..amiin..

7. Menguasai dunia dengan Islam
    Bila dah berkerjasama antara negara-negara Islam so mudah bagi kita untuk merampas dunia dari tangan-tangan jahat Yahudi dan sekutu-sekutunya..We will dominate the world!!! one fine day..insyallah..subhanallah..can't wait for that moment..but scary too...if I got a lot of sin but still not ask for Allah forgiven..wargh!!!sobsobsob..dunia hampir kiamat!!!

so the moral here is, we need to be a good, brave and dalam hati ada iman not dalam hati ada taman..but my frenz said that ada taman becos it's taman syurga..poyos...jadi KITA sebagai umat islam ada la saham nanti kat sana sebab melibatkan diri dalam organisasi atau jemaah Islam ;) :P

p/s: if  I got wrong please tell me.. :)

Sunday 29 December 2013

10 Wasiat Imam Hassan Al Banna



assalamua'alaikum dan salam ukhwah.. :)

1. Apabila mendengar azan, bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah, dan janganlah membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak membawa apa-apa kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan merasa tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia, malah menyakitkan hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap malainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah adalah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan perlaksanaannya.

Tuesday 10 December 2013

Kebiadapan ‘lelaki’ mancabar ‘muslimat’



Assalamua’laikum dan salam ukhwah sejagat..

Mengapa tajuk itu yang dipilih kali ini buka kerana ingin  seratus peratus menyalahkan sang pria terhadap perbuatan mereka yang mencabar dan menjatuhkan maruah wanita..mungkin ada yang berpendapat itu tidak asil..ya itu memang tidak dapat dinafikan…kedua pihak berpotensi untuk menjadi faktor kepada permasalahan umat kini..tapi bukan isu itu yang ingin aku katakan di sini..apa yang ingin diketengahkan ialah KEBIADAPAN LELAKI MENCABAR MARUAH MUSLIMAT…sesetengah daripada mereka tidak sensitif kepada wanita yang bertudung labuh aka menutup aurat bukan bertudung ya..kebiadapan mereka itu amat dibenci dan hal itu sememangnya secara tidak langsung akan mencalarkan imej seorang muslimah itu sendiri..kami bukan meminta sanjungan tapi penghormatan dalam memelihara maruah kami sebagai MUSLIMAH…

Ketidaksensitifnya kaum adam ini terhadap maruah dan imej wanita Islam itu akan menampakkan yang tiada perbezaan antara wanita Islam dan bukan Islam..bukankah dalam Al-Quran sudah tercatat untuk meminta kami, kaum wanita ini untuk menutup aurat dalam surah An-Nur ayat 31 dan surah Al-Ahzab ayat 59.. so kami dah cuba but…how about man?? Ok ni peringatan untuk kaum lelaki pulak…surah An-Nur ayat 30..

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah amat mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.

Ok ni contoh situasi…bilamana seorang lelaki menyukai seorang wanita terutamanya bertudung labuh.. please la respect wanita tu..jangan ganggu dia dengan mesej-mesej lara, bercakap yang tidak penting, bergurau lebih-lebih dengan dia…hatta memandang pun menyebabkan kami rasa tercabar..bukankah kita diminta untuk menjaga pandangan, ingat ikhtilat(pergaulan bebas antara lelaki/perempuan) itu haram…jadi andai benar kamu berniat untuk menjadi yang halal untuk dia jaga dahulu maruah dia..jangan menjadi seperti batu ladam yang memberatkan maruahnya…mungkin pada pandangan sesetengah pihak yang lain perkara itu biasa..tapi sebenarnya melalui perbuatan itu akan memungkinkan orang ramai untuk tidak hormat kepada muslimat itu..

Em situasi kedua bila mana muslimat terpaksa menggunakan pengangkutan awam or keluar rumah yang memerlukan kami untuk bercampur dengan masyarakat hal sebegini bukan mustahil untuk terjadi kepada muslimat..dunia kini seolah-olah tidak menghargai wanita..sebaliknya mengeksploitasikan wanita sebagai ‘barang dagangan’ secara sir(rahsia).. kadang-kadang perasaan gusar, takut dan seram dengan pandangan tajam sang lelaki yang tidak dapat ditafsir oleh akal kami…memberi salam dengan niat lain, say hi! Dan yang lebih berani ada yang memperlekehkan kami dengan perbuatan…bukan nak menyalahkan tetapi andai terpaut hati jangan sampai benda sebegitu disalahertikan..pernah terjadi pada sahabat saya sendiri, seorang lelaki yang terpaut pada dia nak berkawan, ok fine itu mungkin nampak normal lagi..tapi apa yang nak di utarakan di sini ialah cara lelaki itu men’approach’ tu dengan menulis no tel dan kata2 perkenalan di atas kertas yang disertakan dengan gambar dan diletakkan di atas paha muslimat itu..kebetulan seat atas bas sebelah-sebelah..suka hati dia ja..ketidakpekaan itu yang saya katakan menjatuhkan maruah wanita..muslimat itu dipandang aneh oleh penumpang yang lain…????pendapat anda???

fikir-fikirkan lah wahai lelaki…bantu kami menjaga maruah, kami bantu mengurangkan dosa..dengan berpakaian menutup aurat..deal..ingat bukan perhatian yang diminta tapi pernghormatan… itu lah yang dapat saya katakan apabila melihat keadaan muslimat kini yang seolah-olah ‘dicabar’ dan melihat tanda amaran kami(tudung labuh) kami tidak mendatangkan kesan pada mereka….kami berpakaian sebegitu buka saja-saja tapi perintah Allah supaya kami tidak diganggu dan mengganggu.. J wallahualam..

Sunday 8 December 2013

sAhaBat ITu~ ,~



Persahabatan itu umpama gula…
Ada ketika ia begitu dihargai…
Adakala ia disalah erti…
Senantiasa di dalam dilema…
Mencari erti yang hakiki..

Persahabatan itu umpama air…
Suatu keperluan yang utama…
Tanpa ia manusia bisa mati…
Kadang-kadang ia menjadi musuh…
Tanpa kita sedari…

Persahabatan itu ibarat satu perjudian…
Mempertaruhkan kepercayaan…
Tanpa kesangsian…
Dengan pengharapan sebuah ikatan…
Berterusan tanpa perhentian…

Persahabatan itu ibarat hiburan…
Begitu disukai ramai manusia…
Ia dikejar diminta diberi…
Tapi kasihan…
Kekadang ia kurang dihargai…

Persahabatan itu boleh kita umpamakan atau ibaratkan seperti apa pun.. Ikut kemahuan dan pemikiran kita.. Macam mana kita nak men’describe’ arti persahabatan itu adalah melalui apa yang kita rasa.. Yang penting bagaimana kita nak menjalinkan persahabatan itu mengikut acuan dan contoh daripada persahabatan Rasulullah dan para sahabat yang sememangnya kita tahu merupakan sebuah ikatan persaudaraan yang kuat berpaksikan Allah… Aku suka melihat bagaimana persahabatan antara Rasulullah dan Sayidina Abu Bakar… Terlalu jauh berbanding kita yang untuk berlapang dada juga mungkin sukar..

Sahabat, saat ini, tika ini…. aku merindui kalian.. tertayang dilayar minda wajah-wajah nakal dan manja kalian… ku selak album di laptop ku..satu persatu ditayang menggamit kenangan kita disana.. aku merindui saat kita bersama, bergelak tawa, bersuka ria, melakukan gerak kerja bersama, hatta bermasam muka juga bersama.. mana mungkin aku melupakan kenangan indah itu.. aku ingin kita kembali ke zaman dulu.. saat masih hingusan dalam gerak kerja dakwah.. tanpa perlu memikirkan amanah yang berat ini… aku mengharapakan agar kalian kuat dan terus berada dalam perjuangan karna bukan kita yang diperlukan tapi kita yang memerlukan..
Insyallah satu hari aku mahu impian aku untuk ada sebuah persahabatan seperti itu menjadi nyata… Dengan kekuatan dan kasih sayang yang terjalin antara kita..

Salam rindu dan sayang untuk kalian..