Friday 25 December 2015

PENGANGGUR

Assalamua'laikum dan salam sejahtera semua..



ha, disebabkan aku dah habis dah dip aku, sekarang ni aku dok tanam anggur kat rumah..masih dok cari kerja..tak tau nak kerja ka nak sambung..em..kalau ikut family suruh sambung, ikut hati nak kerja..adoi....sambung???MUET??x ambik lagi..hohoho..tengok la nanti bulan 2 nila pikiaq lain na..malas pulak rasa..

dah tak dak cerita ka nak tulis ni sampai merapu sangat dh ni..ya..sangat tak dak kerja..tau dak bosan jugk dok perap dalam rumah..tak dok bilik, dok dapur..tak tgk fon tgk makanan..nampak sangt tak membantu perkembangn minda langsung...badan ja dok kembang..disebabkan badan dok kembang kita dah kena berenti projek di dapur..diet???tidak...haha..

sambil tu dok berangan jugakla nak buat kuih jual..tapi malu la pulak..siap plan dengan kak aku lagi...so pikiaq punya pikiaq last-last dok saja jugak...kenduri merata lani..insyallah ada plan lain jugk cuti ni..doakan ya..duit pt aku dah tertangguh pon dah masuk ..huhuhuhu..so, dia suruh p melancong la tu..hahaha..tolak hutang semua..boleh lagi p jalan..

untuk kengkawan yang dah kerja, aida shamem aisyah has dibah atin wani watif simpan duit nak p jalan ganu taun depan..asmah x pa..laki dia ada...hahaha..owh sebelum lupa..ingat tak kawan aku nama asmah yang aku cerita pasai ayah dia meninggal dalam entry aku yg tajuk kehilngan tu, dia dah selmat nikah + kawen 6/12/15 haritu dengan pasangan dia ashaari..tahniah..barakallah tuk lepa dua..majlis buat simple ja..pagi nikah, pastu teruih kenduri..cantik dia haritu..lain benor upernya..papun nice la..cantik sngat..lps ni iffah pulop..pastu???ha..tunggu na..nak wat gena jodoh ringan..moga bahagia ke anak cucu, till jannah la orang kata.. :)

kekadang walaupun tak boleh macam dulu, kita tetap cuba kan..masing-masing ada tanggungjawab n jalan masing-masing..okla tu..aku cuma doa jalan hampa dimudahkan, doa dimakbulkan dan istiamah dalam kebaikan...tetiba pulak la hang ni..

#KAWA UDNIR


Thursday 17 December 2015

Haid

assalamua'laikum dan salam kasih untuk anda, anda, anda dan anda..



insyallah kali ni saya nak berkongsi tentang HAID... >,<

rasa perlu untuk berkongsi sebab
~ kita kan perempuan, muslimah lagi..so pepaham ler (jangan cakap akak tak payung) eh?
~ yang paling penting sebab dia akn relate dengan kita punya solat dann ibadat yang lain...
~ kitala yang banyak dok neraka.. [huawargh, sobsobsob :'( ]
   selain ingkar cakap suami, x jaga solat, puasa, menumpat dan op cos tak jaga kebersihan, ni salah satu faktor yang menarik kita ke neraka!
~ kita ingat kita dah faham darah kita tp rupanya idok
   kome tau ke tu darah haid, nifas, istihadah, wiladah..[tau la sesikit kan]
~ tak tau atau masih keliru macam mna nak beza waktu haid dan waktu suci [kan free dapat dosa]
~ last ni memang agak menyentap, muslimin pon dah khatam kitab haid, kita??? :(
it's ok.masih x terlambat..well lepa memang kena ambk tau pun, ilmu kan..tak terhad pon sapa nak belajaq.

cara kiraan haid waktu belajaq sains form 3 dulu macam ni kan..


ok, 28 hari macam yang kita selalu kira la kan..setiap kali cukup 28 hari kita dah mula berhati-hati kan..baik..tapi kadang-kadang haid kita tak menentukan..kadang awai bulan, kadang hujung bulan, kadang lewat sebulan, lewat kadang-kadang hingga 2 bulan..mesti pening, risau dan macam-macam lagi la perasaan..ada kes jumlah hari tak menentu 5 hari, 6 hari or 8 hari..ada kes yang jarang-jarang darah keluar berterusan hampir 15 hari putus-putus atau sebulan tanpa henti..mari check darah kita!!moh ler.. seeloknya kita tanda or buat jadual haid supaya nanti kita boleh ler tau, time tu darah yang keluaq tu haid atau darah penyakit..

Ni yang kawan aku bagi kat aku la, kalau aku nak tulis sendiri agak tak yakin sebab ingat-ingat lupa..hehe..maklumla muzakarah pon x dan habih bab aku dah keluaq.. agak panjang apa yang aku nak share ni..memerlukan kesabaran tahap menunggu kawan yang dah berjanji tapi dah sejam belum sampai..

Perkongsian oleh Ustaz Khairul..

wanita yang haid digugurkan kewajipan solat dan puasa Ramadhan. Solatnya tak perlu diqadha tetapi perlu mengqadha puasanya. Adapun kiraan haid amat mudah iaitu maksimum 15 hari, minimum keluar haid sekurang-kurangnya sehari semalam secara berterusan.Kalau keluar tak sampaui sehari  semalam ianya dikira sebagai istihahdhah bukan haid Tempoh minimum suci pula ialah 15 hari sebelum kitaran haid yang seterusnya. Apabila keluar darah istihadhah, mewajibkan peremouan itu untuk solat dan berpuasa Ramadhan.. Jika darah keluar lebih 15 hari, hari ke 16 dan seterusnya adalah istihadhah.

Nak mudah paham kita buat analogi:

1)keluar darah haid 8 hari = haid kesemua hari
 * mandi selepas darah berhenti. adalah lebih baik sekiranya di check setiap kali masuk waktu solat
2)keluar darah 17 hari = haid 15 hari 2 hari istihadhah
*lepas cukup 15 hari 15 malam wajib mandi dan solat walaupun darah masih keluar sebab dikira istihadhah.
3)keluar darah pagi tadi sekejap, petang sekejap, lepas tu tak keluar dah sampai 29 hari = istihadhah
*darah tu dikira istihadhah sebab keluar tak sampai sehari semalam
4)keluar darah 8 hari, berhenti 5 hari, keluar semula 4 hari = 8+5+4 =17
2 hari terakhir dikira istihadhah dan 5 hari yang tak keluar darah tu dikira tempoh haid jugak
*bagi yang dah mandi tersolat dan terpuasa pada 5 hari tu dimaafkan kerana zahirnya darah keluar ikut adat kebiasaan masa 8 hari pertama tu

5)keluar darah 3 hari, berhenti 2 hari, keluar semula 4 hari bermula hari ke 6 =
semua dikira haid
*namum bagi wanita yang adat kebiasaan keluar haid lebih lama dari 3 hari(biasanya 7-8 hari), tetiba kali ni keluar 3 hari je maka dia tak wajib mandi lagi dan solat / puasa selepas 3 hari pertama tu sehingga berlalunya tempoh tiada keluar darah selama 24 jam.maksudnya hari ke 4 tu tak wajib mandi lagi la..bila dah tak dak, hari kelima tu baru mandi jika tak dak dah darah nak keluar..jika teriba darah keluar pulak pada hari ke6 , maka dimaafkan perbuatan solat/puasa tu tadi..jika tak keluar dah darah selepas 3 hari tersebut maka wajib qadha sooat yang ditinggalkan waktu hari ke 4 tu.

6)keluar darah berterusan tak henti-henti sehingga 2 bulan, 3 bulan, 8 bulan, 2 tahun etc =
Ada 2 situasi bagi menentukan :

 a) adakah dia wanita yang baru mula period?jika ya, maka kena lihat pada warna darahnya pula.
 ai) jika darahnya sama sepanjang keluar berbulan-bulan tu maka ada 2 kaedah :
      1)ikut adat tempat - jika wanita dikawasan dia tinggalbiasanya period 8 hari maknyanya 8 hari                haid dan lagi 22 hari suci, setiap bulan (kes jarang-jarang ni)
      2)15 hari suci 15 hari haid - wajib solat 15 hari,(walaupun darah keluar) dan tidak harus solat lagi          15 hari, setiap bulan

 b)jika bukan  pertama kali keluar darah, lihat pada tempoh adat kebiasaan dia period sebelum              ni.kalau sebelum ni biasa 7 hari haid maksudnya 23 hari lagi suci.kalau tak yakin dengan ciri darah    yang hampir sama dengan haid guna kaedah 15 hari maksimum haid

MULA SOLAT

contoh

jika darah anda berhenti 5 minit sebelum masuk waktu asar, tapi kita check darah keluar ka dak pada masuk waktu asar, kita kena qadha solat zohor tadi sebab waktu tu kita dah suci

lepas subuh check ada lagi darah, waktu zohor tak check tapi check pukul 5 ptg, kena qadha zohor dan wajib asar
kalau check waktu malam sebelum tidoq ada darah lagi tapi bila bangun subuh x dak dah darah kena qadha isyak semalam.

sama jugak macam waktu yang lain..senang kiqa kalau kita chek waktu tu darah tak dak dah, kita kena la qadha waktu sebelum dia tu..takut-takut darah berenti dalam waktu sebelum kita tengok tak dak darah tu..peningkan..aku pon kekadang pening..hehe

#hahaha..akhirnya..dekat 4 bulan dok pending ja aku punya entry hat ni..punya la jenuh..alhamdulillah
#mana yang salah or x betoi tegur-tegur na..
#maapkan saya

tambahan : boleh la beli or dapatkan buku haid, istihadhah & nifas terbitan inteam publishing tuk lebih jelas dan mudah faham..sebab dalam tu dia ada terang ;ebih detail dan siap ada contoh lagi..so memang sangat sesuai untuk kita la ni la..kalau setakat tengok kat internet memang susah nk faham..tak mahal pon dlam 26 hinggit camtu ja..dan tak tebal sangat dalam 2++ pages..okay..selamat mncari...aku pon dapat free ja buku tu..orang bagi..

BIHUN SINGAPORE

assalamua'laikum dan selamat malam

kali ni bukan kuih dah..makanan lain pulak..


bahan

1 paket bihun
ayam/daging/ikan bilis
lobak merah
bunga kobis
lada hitam biji (anggaran 20 biji kot, xtau nak habaq..hehe)boh ja jangan banyak pulak berdengung nanti
serbuk lada
garam
3bawang putih +3bawang merah
sos tiram
4 biji cabai kecik (ni ikut suka nak pedas ka dak, kalau tak mau tak payah bubuh)
minyak

cara

1.boh bawang, lada biji, garam dan cabai dalam blender dan blendkan.
2.sambil tu rendam bihun tadi dlam air panas bagi cepat lembut, sat saja tau satgi lembut sangat pulak. 
3.panas belanga dan boh minyak agak-agak, tumih bahan yang blender tadi dan boh jugak sos tiram..biaq dia sat
4.bohla pulak daging ka ayam ka lepas tengok bahan tumis tadi tu dah macam masak sikit
5.biaq sat boh pulak sayuq hat keraih macam karot tu, pastu boh ja siap-siap bunga kobis tu..
6.kalau macam kering sangat tambah aiq sikit dan boh bihun 
7.kacau sampai rata, sambil tu tuang la lada serbuk tu tadi sikit-sikit..rasa tengok..kalau dah cukup rasa boleh la angkat..kalau bihun rasa macam keraih hampa percik aiq sikit kacau sat sampai dia lembut.

#kalau boh ikan bilis hampa goreng dulu ikan bilis tubaru kriukkriuk..ikan bilis ni boh lepas dah ratakan bihun tadi..okay.
#nak hbaq kalau hampa terlangkau step pon tak pa..yang penting last-last masuk semua benda..tapi jangan hampa buat lecey bawang tumih last-last..terok-terok..melawak na..
#sayuq pon ikut suka nak boh apa

KETAYAP

assalamua'laikum awak semua..

tak payah cerita banyak jom tengok.


bahan

kulit

2cawan tepung gandum
1cawan santan pekat
1 cawan air
1 biji telur
garam
pewarna hijau

inti

sebelah kelapa muda(ambik putih saja)
1/4 cawan gula merah
1/4 cawangula putih
daun pandan
garam
#klau tak dak nyok muda ambk nyok yang x berapa muda pon tak pa)
#gula merah tak dak guna gula gerek ok
#warna ikut suka, biru pon boleh..eh.

cara

1.masak atau bancuh gula merah tu dengan air dan garam (tapis na lepas bancuh)
2.masukkan kelapa, gula putih, daun pandan dan bancuhan gula merah tadi dalam belanga.
kacau dengan api yang biasa ja..jangan kuat atau slow sangat..nanti lambat atau hangit pulak.
3.masak sampai kering sikit , agak-agak x berair sangat tutup api.
4.boh tepung, santan, air , telur, garam dan pewarna dalam blender dan blend saja..
5.panaskan belanga dan sapukan minyak supaya kulit tu tak melekat..
6.boh dalam satu senduk bancuhan  tu dalam belangan dan pusing belanga bagi dia jadi bulat dan nipis.
7.tutup dengan apa-apa supaya cepat masak..dan jangan dok p kalih pulak..masak sebelah ja
8.angkat dan letak inti sikit kat hujung bulat tu, lipat tepi dia dan gulung ja.

okay dah siap

DONUT

Assalamualaikum..
kali ni nak share cara buat donut pulak..


bahan

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 paket yis mauripan
2@3 sudu susu pekat
4@5 sudu gula (ikut suka ja nak manis tara mana)
1 biji telur
2 sudu marjerin (cairkan)

cara

1.campurkan gula dan susu dalam air suam, kacau sampai hancur
2.tambah yis dalam bancuhan tadi dan biaq dalam 10minit
3.masukkan telur dalam marjerin yang dah cair tu tapi jangan waktu panaih satgi masak pulak telur tu.
4.masukkan no 3 kedalam no 2.
5.boh yang no 4 dalam tepung dan uli sampai la tak lekat bekas.
6.kalau doh ni lembik sangat tambah tepung sikit sikit..tapi doh donut memang tak kenyal macam kita buat roti arab atau karipap..dia lembut sikit..
7.perap dalam 45 minit ke 1 jam..dan pastu boleh la tekap bentuk donutka, nak buat bulat-bulat pon boleh kalau malas nk tekap..nak tekap tu nanti boh tepung dulu nanti lekat papan..
8.dah tekap boleh la goreng dalam minyak bagi tenggelam kuih tu..
9.angkat dan golek la dengan gula haluih.

#kalau banyak tepung dia nanti keraih la donut hampa
#bancuhan doh  donut ni jugak boleh buat kuih burger malaysia tu dan cakoi..atau orang kedah kata pattengko..
#bagi burger malaysia hampa buat la sambal ikan bilis dan boh timun..
#cakoi makan dengan kuah kacang yang cair..em payah nak jumpa klau kuah tu lani..selalunya lepa bagi kuah cabai..
#boh coklat pon boleh atas dia.macam dunkin donut tu.

Wednesday 16 December 2015

KEM PONDOK

Assalamua'laikum..ha..ni last sebelum aku pejam mata..ngantuk weh..

nak promot sikit..kot la ada tersinggah tertengok..bole la bgtau sedaramara, kakak adik mak..okay..



sapa yang berminat boleh la daftar..moh ler kita g ngaji..
okay..papai..

KEK PISANG




assalamua'laikum dan selamat pagi..



dah macam misi membalas dendam pulak aku malam ni..update tanpa henti.hahahaha..kay now kek pisang pulak..

kek pisang bakaq

bahan-bahan

4 biji telur
8 biji pisang emas (sukati ja, nohal)
1 cawan gulakastor atau gula haluih
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan butter (cairkan, kalau tak dak minyak jangung pon boleh)
2 sudu baking powder (resepi asai guna 1 ja, 1 lagi soda tapi aku x suka bau soda)
1 sudu teh asen valilla atau asen pisang
garam sikit
#kalau guna marjerin hampa jangan boh garam banyak sebab dia dah masin)

cara

1. hang blenda pisang dengan garam..ada orang cuka lecek sebab nk bagi rasa kasaq-kasaq sikit pisang,ikut suka..
2. hang blend jugak teluq dengan asen , kalau nak mudah la, kalau dak hang guna mixer pon tak pa..sampai kembang tau..
3.hang panaskan butter tadi..masukkan dalam adunan telur tadi
4.campukan adunan pisang dengan adunan telur, kacau bagi sebati
5.boh tepung yang dah ayak dengan baking tadi dalam no 4. kacausampai sebati.
6. sapu loyang dengan marjerin dulu, boleh jugak kalau nk lapik kertas, nanti mudah nk wak keluaq..(tapi sapu jugak taumarjerin)..
7. masukkan adunan dalam loyang..kalau boleh ambk loyang yang segi empat tak sama.yang macam standart kita beli kek pisang tu..baru dia rangup tepi..
8. masukkan dalam oven yang dah dipanaskan selama 15 minit dengan suhu 170'c.
9. bakar dalam 45 minit atau sampai masak la..(cuba cucuk dengan lidi tak pon garfu)

tara..dah siap...fuh..

ha tadi cara bakaq..ni kukus pulak..kot la, tak dak oven..jangan teriak no..mai cheq habaq..yang ni aku dapat dari fb..hat tadi kak aku bagi..dah memang terbaik..yang kukus tak try lagi...aku ingat sama ja kalau kukuih ka bakaq ka..tapi kak aku kata tak sama..so ikutjala...

kek pisang kukus.

bahan-bahan

1 cawan gula
1 cawan miyak
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda (boleh kot ganti dengan baking powder)
3 biji telur
4 biji pisang berangan atau 11 biji pisang emas

cara
 1.boh semua bahan dalam blender dan blender ..
2.kacau bagi sebati dan rata
3.boleh la bubuh dalam loyang ka paper cup ka..ikut suka
4.bolehla kukus dalam 10-15 minit...sebelum angkat cucuk dulu dengan garfu or lidi..nk tgk masak ka dak lagi.okay..

selamat try na...aku suka ambk simpan sebab senang..hahaha

ROTI ARAB



Assalamualaikum w.b.t

ha, macam ni la rupa dia
 
ha, awat mai resepi pulak ni...dah tukaq bidang ka..dak aih..aku simpan dalam blog resepi ni semua sebab nanti nk cari senang..kot handfon ka laptop ka mudah.dan yang penting boleh share dengan orang..handfon aku tu dah banyak kalisangat aku kena buang benda..sebab aku suka simpan dalm fon..maklumla handfon aku tu bukan ipong..dah tutup cerita..motif satu ja..

Bahan:

Tepung gandum
Yis mauripan
Minyak masak
Garam (agak-agak)
Gula (agak-agak)
Air

Cara :

1. Boh ja semua benda tu dan hang uli sampai tak lekat kat bekas.
2. Perap dalam 45 minit sampai 1 jam
3. Buat bulat-bulat, pastikan hang letak sikit tepung nanti melekat kat tangan
4. Hang ambik pencanai kalau takdak guna la gelas ka tuk leperkan dia atas papan kalau takdak hang guna talam..letak sikit tepung nanti lekak kat papan, terkoyak..kalau nk goreng nanti dia pecah..
5. Jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat..agak-agak la..nanti dia akan kembong..

#aku tak letak sukatan sebab kalau aku buat aku main agak ja..setakat nk makan dalam 5 orang hang buat la half dalam 500 gram...yis boh satu paket teruih x pa..kalau aku buat sekilo pon aku boh sepeket jgk..tak dak hal pon..aiq hang main agak-agak..jangan keraih sangat tepung nanti dah goreng dia liat sikit..biaq macam kulit baby..haha..aku tak ingat resepi asal..maap..macam x membantu kan..xpala..

ni hampa nk makan dengan sardin ka dengan kari ayam..

gulai ayam

ayam sebelah (sebenaqnya sukahati)
serbuk kari ayam (ikut la sepeket ok la)
santan (ambik ja kotak kecik tu 250ml kot)
garam
bawang merah + bawang putih + halia (boleh ja tak letak halia..aku ikut dan n ikut mood)
kayu manis (sikit ja, tak boh takpa ikut suka)
daun kari (kalau x dak x boh tak pa)
#see kalau ikut cara aku semua nak mudah..kalau orang tua-tua tau mapuih aku...yang penting ada ayam, serbuk kari, santan, dan garam dan settle sebab dulu dok rumah sewa jenuh la nak ada semua dan rajin la sangat aku nak ikut step..asai ada rasa jalan..

cara:
1. bancuh rempah kari dengan aiq tambah garam sikit..ada orang dia boh kerisik..ikut suka..aku ppon buka reti sangat
2. hang potong bawang semua n halia hang racik bagi haluih..letak sekali dengan daun kari..
3. panas minyak boh benda tu bawang, halia kayu manis tu semua sampai kuning
4. boh pulak rempah yang dah bancuh tadi, biaq sampai naik minyak ..(jangan hang yang naik miyak sudah la)
5. pastu boh ayam, dok sat hang tgk aiq ayam amcam  kering sikit kot, hang boh ja santan..
6.hang tunggu ja dia mendidih dan kalau hang nk pekat biaq dia kering sikit la..baru terangkat..jangan lupa rasa dlu sebelum angkat..satgi tawaq hampa marah aku..hehe

#ha, aku lupa, kalau hampa jenih makan kari ayam boh ubi kentang, ubi tu boh lepas rempah naik minyak...sebab dia tu keraih..nk kena bagi lembut dlu..
#kalau nak masak gaya koboi macam aku time malas..hampa skip no 1,2 3 tu..teruih boh minyk bagi panaih pastu tomih teruih rempah.. hehe..yang penting rasaaaa.

ni kalau nak makan dengan sardin

kuah sardin

sardin
rempah kari 2 sudu makan (kalau nak)
garam (yang ni pilihan sebab sardin dah masin, tak boh pon tak pa)
kentang (kalau nak)
bawang putih + merah

cara:
1. tumis bawang dan masukkan rempah kari
2.masukkan kentang dan boh aiq sikit sebab nk bagi kentang masak ..
2. dah lembut, masukkan sardin, teruih tuang ja,,hancuqkan dalam belangan..tapi seelokknya buang la tulang dia..tak suka tulang..
3. hancurkan dan tungguh sat dan angkat..ha..rasa dulu, baru boh garam..

#selalunya aku x boh dah bawang... sebab nk masak sardin hancurkan..macam baziq tenaga ja..opopopop..jangan kata kau malas..aku ni belum rajin ja..

p/s maaf na kalau macam tak membantu, sebab aku jenih masak ikut dan..boleh makan aku makan x boleh kita cuba lagi..ookay...k papai..



haRGaiIAH MasA bUJAnGmU

assalamua'laikum dan selamat malam semua..



lama kan aku x bukak blog ni...jgan kata update bukak pon dak..punya la sibukkkkk....sibuk???malas sebenaqnya tu..kan..em okay..alhamdulillah la..aku aqhiaqnya habis jugak belajaqkat poli tu..huh...ok, x yah cerita pasai aku tu semua.. lani aku nak update pasai masa..lagi???yup..x mau baca ka..x pa tutup la.. :)

dak aih..bukan pasai pa..aku cuma nak pesan untuk hampa dengan diri aku nila..hargaila masa hampa waktu hampa bujang ni....pasaipa???banyak pasai.. waktu nila hang nak :

1. enjoy, x yah dok pikiaq banyak, serabut tu semua..hoho..maksud aku tu x dak tanggungjawab besaq la melainkan tanggugjawab kat mak ngan pak hang tu yang besaq buat masa la ni..as a muslim opcos la as a slaves of Allah s.w.t..
2. hang tak kalut nk bahagi masa untuk ramai orang...tak kira laki hang, keluarga mentua, keluarga hang..diri hang..time tu hang jangan nak bebai pulak kalau hang kena korban masa tuk dirri sendiri..matang sikit..dah kawen kan..
3. time ni la hang nk melancong, tak kesahla backpacker ka bag troli ka beg skolah ka..hang nk bejalan tambah ilmu hang, tambah pengalaman hidup hang..tengok dunia..walaupun hang cuma p perlis..(aq oqang kedah)..nanati payah oi..mau ada nak..hang nk bagi mak hang jaga..amboih..
4. time ni la hang nak tidoq puaih-puaih..haha..aq suka..hang tak caya??tak pa...hang tunggu..aku tau la..ish..sabaq..bukan pengalaman aku..kak n abang aku la..anak teriak pepegi buta sampai lepaih subuh..ha, hang buat pa..tekup bagi diam..memenag dak la..kena pandai manage..giliaq-giliaq..tak kiqa hat besaq, abang n kak dia teriak..dengaq sekampung..nk pujuk lagi..kalau aku memang dop panda..hehe
5. time ni la hang nak betoi-betoi pedo kat kebajikan mak pak hang..tak kalut kot oqang lain..nak balas budi ka apa ka time ni..nak dok tidoq wak ketiak pon time ni..nanti bini/laki hang jeles..(yaka??)kalau aku ni lain la..mak n abah aku p dulu..
6. time ni la hang kena mantapkan skill rumah tangga..belajq sikit-sikit hal dapuq, perbaik paip ayaq, kait buah nyok goreng ikan ka, cara jaga budak ka..buat air..uih penting tu..laki hang x pa..syang punya pasai..mak mentua???mampuih..takut cheq..aku melawak noh.. oqang kata biaq hangit la ikan goreng jangan hangit kat depan mentua nanti..malu cheq oi..hehe
7. time ni la nak bnyak sikit amal ibadat..nanti takut tak dan..tapi hat ni tak berani nak kata la..ada oqang waktu dia berkat..banyak masa lapang..hat laki nk p mesjid pon takut tak dan..hat gugurl ni nak buat sunat sikit pun payah, tak boleh, jaga anak-jaga anok..x larat letih, dok ngemaih masak pa semua..hohoho
8. time ni jugakla tuk kita termasuk aku la, perbaiki akhlak.bagi dok memolek..oqang kata ilmu banyok adap dop ado pon dop leh wat gapo....nanti nak hidup dengan oqang baru..lain cara..
9. ha..time ni jugakla hang kena buat persedian mental dan fizikal..senang cerita biaq molek biaq cantik..hohohohoho
10..last dah kot aku rasa..time ni la hang nk berkawan..maksud aku berkenalan..bukan bercinta..tak kawan dengan dia pon hang p la mintak tolong sesapa..cari la jodoh yang baik agama..yang boleh ajaq kita ni ke jalan yang lurus..siratalmustaqim..nanti dah kawen mu jange dok wat hal, nok kenal, kawan lelebih ngan saing mu lain jatino..okay..

ha..tara ni jalah apa yang aku nak cakap..apa yang aku tulis tu pon buka la betoi semua..setakat pandgan aku jah..kalu mu raso ado hok tak keno mu royak..dan kekadang tu aku ni suka jugak merapu..nak jugak jadi beebudak..
okay..papai..