Wednesday 13 January 2016

KUIH KOCI

Assalamua'laikum dan selamat petang..



insyaallah..kali ni aku nak tempek resepi tuk buat kuih koci pulak..disebabkan aku ni penggemar kuih orang tua-tua jadi aku pon belajaq buat..dan resepi ni alhamdulillah mudah..so aku takut lupa..aku letak kat sini..

BAHAN:

2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan tepung pulut hitam (klau tak dak ambik beras pulut hitam blend)
1 cawan air/santan ( kalau nak lemak guna santan kalau nk diet guna air kosong)

Inti kelapa :

sebelah nyior parut (putih saja)
gula merah (agak-agak)
gula putih
2 sudu tepung gandum (tuk pekat dan mudahkan nak buat bulat nanti)
sedikit garam

Kuah santan :

2 cawan sntan pekat
garam
tepung gandum

Cara-cara :

Inti :
1. masuk kelapa parut + gula putih + bancuhan air gula melaka dengan garam +bancuhan tepung gandum dalam kuali..masak sehinnga pekat dan kering sikit.
2.tepung gandum & gula melaka kena bancuh dulu takut ada bendasing dalam gula melaka tu dan tepung sebab nak bagi sekata..dah macam nk bancuh konkrit pulak rasa..letak tepi biaq sejuk sikit..p buat kuah santan pulak.

Kuah santan:
1.masak santan tadi dengan garam sampai betoi-betoi pekat..kalau boleh guna santan banyak sikit..nanti baru lemak..pastu ketepikan buat pulak doh tepungnya.

Doh tepung :
1. campur tepung beras + tepung pulut + air. uli sampai jadi doh..macam buat buah melaka tu..
2. dah siap, ambik daun pisang layur atas api dan potong la dalam saiz 15x10cm ka ..ikut suka la.asai mudah hampa nk balut..sambil tu didih air dalam periuk untuk rebus kuih nanti.

Cara nak kawen kan inti dengan tepung dan santan.kuikuikui..:

1. Bulatkan inti kelapa tadi tu siap-siap.kalau tak bulatkan nanti susah nak bulat dengan tepung..
2. ambik sikit tepung, leperkan atas tapak tangan dan letak inti tadi dan bulatkan...buat sampai habis tepung..
3. sambil bulat tu, sambil la hampa lempaq (letak) dia dalam air didih tu..tunggu sampai timbul (macam cara buat buah melaka)
4.angkat dan celup dalam kuah santan pekat tadi..
5. sapu daun pisang dengan minyak supaya kuih tak melekat kat daun bila dah kukus nanti.
5. ambik kuih koci yang dah celup tu dan letak atas daun pisang dan letak kuah santan pekat tadi dlam 2 sudu untuk melemakkan lagi kuih koci hampa..
6.pastu bunggkusla, kalau aku aku bungkus macam nasi lemak tu..cara betoi aku tak tau..ikut dan ja asai nampak lebih kurang.
7. buat sampai habis dan kukus la dalam 15-20 minit..sebab kuih tu dah masak cuma nak bagi dia sebati dengan santa n ada aroma daun pisang..

#maafla ni cara moden sikit..kalau orang tua-tua buat diorang tak buat didhkan dulu dalam air panas tu..disebabkan kita ni pon masih baru beljaq..cara tu la yang paling sesuai dan mudah..
#kalau ikut resepi ni boleh la dapatkan dalam 20biji..
#kuah santan tu kena betoi-betoi pekat dan rasa garam..kalau tak pekat nanti lepas kukus dia tak elok rupa santan tu..
#alhamdulillah kali pertama buat rsa susah, kali kedua, lebih teratur dan mudah gila..
#so jgan mengalah kalau first time tak jadi..

Friday 25 December 2015

PENGANGGUR

Assalamua'laikum dan salam sejahtera semua..



ha, disebabkan aku dah habis dah dip aku, sekarang ni aku dok tanam anggur kat rumah..masih dok cari kerja..tak tau nak kerja ka nak sambung..em..kalau ikut family suruh sambung, ikut hati nak kerja..adoi....sambung???MUET??x ambik lagi..hohoho..tengok la nanti bulan 2 nila pikiaq lain na..malas pulak rasa..

dah tak dak cerita ka nak tulis ni sampai merapu sangat dh ni..ya..sangat tak dak kerja..tau dak bosan jugk dok perap dalam rumah..tak dok bilik, dok dapur..tak tgk fon tgk makanan..nampak sangt tak membantu perkembangn minda langsung...badan ja dok kembang..disebabkan badan dok kembang kita dah kena berenti projek di dapur..diet???tidak...haha..

sambil tu dok berangan jugakla nak buat kuih jual..tapi malu la pulak..siap plan dengan kak aku lagi...so pikiaq punya pikiaq last-last dok saja jugak...kenduri merata lani..insyallah ada plan lain jugk cuti ni..doakan ya..duit pt aku dah tertangguh pon dah masuk ..huhuhuhu..so, dia suruh p melancong la tu..hahaha..tolak hutang semua..boleh lagi p jalan..

untuk kengkawan yang dah kerja, aida shamem aisyah has dibah atin wani watif simpan duit nak p jalan ganu taun depan..asmah x pa..laki dia ada...hahaha..owh sebelum lupa..ingat tak kawan aku nama asmah yang aku cerita pasai ayah dia meninggal dalam entry aku yg tajuk kehilngan tu, dia dah selmat nikah + kawen 6/12/15 haritu dengan pasangan dia ashaari..tahniah..barakallah tuk lepa dua..majlis buat simple ja..pagi nikah, pastu teruih kenduri..cantik dia haritu..lain benor upernya..papun nice la..cantik sngat..lps ni iffah pulop..pastu???ha..tunggu na..nak wat gena jodoh ringan..moga bahagia ke anak cucu, till jannah la orang kata.. :)

kekadang walaupun tak boleh macam dulu, kita tetap cuba kan..masing-masing ada tanggungjawab n jalan masing-masing..okla tu..aku cuma doa jalan hampa dimudahkan, doa dimakbulkan dan istiamah dalam kebaikan...tetiba pulak la hang ni..

#KAWA UDNIR


Thursday 17 December 2015

Haid

assalamua'laikum dan salam kasih untuk anda, anda, anda dan anda..



insyallah kali ni saya nak berkongsi tentang HAID... >,<

rasa perlu untuk berkongsi sebab
~ kita kan perempuan, muslimah lagi..so pepaham ler (jangan cakap akak tak payung) eh?
~ yang paling penting sebab dia akn relate dengan kita punya solat dann ibadat yang lain...
~ kitala yang banyak dok neraka.. [huawargh, sobsobsob :'( ]
   selain ingkar cakap suami, x jaga solat, puasa, menumpat dan op cos tak jaga kebersihan, ni salah satu faktor yang menarik kita ke neraka!
~ kita ingat kita dah faham darah kita tp rupanya idok
   kome tau ke tu darah haid, nifas, istihadah, wiladah..[tau la sesikit kan]
~ tak tau atau masih keliru macam mna nak beza waktu haid dan waktu suci [kan free dapat dosa]
~ last ni memang agak menyentap, muslimin pon dah khatam kitab haid, kita??? :(
it's ok.masih x terlambat..well lepa memang kena ambk tau pun, ilmu kan..tak terhad pon sapa nak belajaq.

cara kiraan haid waktu belajaq sains form 3 dulu macam ni kan..


ok, 28 hari macam yang kita selalu kira la kan..setiap kali cukup 28 hari kita dah mula berhati-hati kan..baik..tapi kadang-kadang haid kita tak menentukan..kadang awai bulan, kadang hujung bulan, kadang lewat sebulan, lewat kadang-kadang hingga 2 bulan..mesti pening, risau dan macam-macam lagi la perasaan..ada kes jumlah hari tak menentu 5 hari, 6 hari or 8 hari..ada kes yang jarang-jarang darah keluar berterusan hampir 15 hari putus-putus atau sebulan tanpa henti..mari check darah kita!!moh ler.. seeloknya kita tanda or buat jadual haid supaya nanti kita boleh ler tau, time tu darah yang keluaq tu haid atau darah penyakit..

Ni yang kawan aku bagi kat aku la, kalau aku nak tulis sendiri agak tak yakin sebab ingat-ingat lupa..hehe..maklumla muzakarah pon x dan habih bab aku dah keluaq.. agak panjang apa yang aku nak share ni..memerlukan kesabaran tahap menunggu kawan yang dah berjanji tapi dah sejam belum sampai..

Perkongsian oleh Ustaz Khairul..

wanita yang haid digugurkan kewajipan solat dan puasa Ramadhan. Solatnya tak perlu diqadha tetapi perlu mengqadha puasanya. Adapun kiraan haid amat mudah iaitu maksimum 15 hari, minimum keluar haid sekurang-kurangnya sehari semalam secara berterusan.Kalau keluar tak sampaui sehari  semalam ianya dikira sebagai istihahdhah bukan haid Tempoh minimum suci pula ialah 15 hari sebelum kitaran haid yang seterusnya. Apabila keluar darah istihadhah, mewajibkan peremouan itu untuk solat dan berpuasa Ramadhan.. Jika darah keluar lebih 15 hari, hari ke 16 dan seterusnya adalah istihadhah.

Nak mudah paham kita buat analogi:

1)keluar darah haid 8 hari = haid kesemua hari
 * mandi selepas darah berhenti. adalah lebih baik sekiranya di check setiap kali masuk waktu solat
2)keluar darah 17 hari = haid 15 hari 2 hari istihadhah
*lepas cukup 15 hari 15 malam wajib mandi dan solat walaupun darah masih keluar sebab dikira istihadhah.
3)keluar darah pagi tadi sekejap, petang sekejap, lepas tu tak keluar dah sampai 29 hari = istihadhah
*darah tu dikira istihadhah sebab keluar tak sampai sehari semalam
4)keluar darah 8 hari, berhenti 5 hari, keluar semula 4 hari = 8+5+4 =17
2 hari terakhir dikira istihadhah dan 5 hari yang tak keluar darah tu dikira tempoh haid jugak
*bagi yang dah mandi tersolat dan terpuasa pada 5 hari tu dimaafkan kerana zahirnya darah keluar ikut adat kebiasaan masa 8 hari pertama tu

5)keluar darah 3 hari, berhenti 2 hari, keluar semula 4 hari bermula hari ke 6 =
semua dikira haid
*namum bagi wanita yang adat kebiasaan keluar haid lebih lama dari 3 hari(biasanya 7-8 hari), tetiba kali ni keluar 3 hari je maka dia tak wajib mandi lagi dan solat / puasa selepas 3 hari pertama tu sehingga berlalunya tempoh tiada keluar darah selama 24 jam.maksudnya hari ke 4 tu tak wajib mandi lagi la..bila dah tak dak, hari kelima tu baru mandi jika tak dak dah darah nak keluar..jika teriba darah keluar pulak pada hari ke6 , maka dimaafkan perbuatan solat/puasa tu tadi..jika tak keluar dah darah selepas 3 hari tersebut maka wajib qadha sooat yang ditinggalkan waktu hari ke 4 tu.

6)keluar darah berterusan tak henti-henti sehingga 2 bulan, 3 bulan, 8 bulan, 2 tahun etc =
Ada 2 situasi bagi menentukan :

 a) adakah dia wanita yang baru mula period?jika ya, maka kena lihat pada warna darahnya pula.
 ai) jika darahnya sama sepanjang keluar berbulan-bulan tu maka ada 2 kaedah :
      1)ikut adat tempat - jika wanita dikawasan dia tinggalbiasanya period 8 hari maknyanya 8 hari                haid dan lagi 22 hari suci, setiap bulan (kes jarang-jarang ni)
      2)15 hari suci 15 hari haid - wajib solat 15 hari,(walaupun darah keluar) dan tidak harus solat lagi          15 hari, setiap bulan

 b)jika bukan  pertama kali keluar darah, lihat pada tempoh adat kebiasaan dia period sebelum              ni.kalau sebelum ni biasa 7 hari haid maksudnya 23 hari lagi suci.kalau tak yakin dengan ciri darah    yang hampir sama dengan haid guna kaedah 15 hari maksimum haid

MULA SOLAT

contoh

jika darah anda berhenti 5 minit sebelum masuk waktu asar, tapi kita check darah keluar ka dak pada masuk waktu asar, kita kena qadha solat zohor tadi sebab waktu tu kita dah suci

lepas subuh check ada lagi darah, waktu zohor tak check tapi check pukul 5 ptg, kena qadha zohor dan wajib asar
kalau check waktu malam sebelum tidoq ada darah lagi tapi bila bangun subuh x dak dah darah kena qadha isyak semalam.

sama jugak macam waktu yang lain..senang kiqa kalau kita chek waktu tu darah tak dak dah, kita kena la qadha waktu sebelum dia tu..takut-takut darah berenti dalam waktu sebelum kita tengok tak dak darah tu..peningkan..aku pon kekadang pening..hehe

#hahaha..akhirnya..dekat 4 bulan dok pending ja aku punya entry hat ni..punya la jenuh..alhamdulillah
#mana yang salah or x betoi tegur-tegur na..
#maapkan saya

tambahan : boleh la beli or dapatkan buku haid, istihadhah & nifas terbitan inteam publishing tuk lebih jelas dan mudah faham..sebab dalam tu dia ada terang ;ebih detail dan siap ada contoh lagi..so memang sangat sesuai untuk kita la ni la..kalau setakat tengok kat internet memang susah nk faham..tak mahal pon dlam 26 hinggit camtu ja..dan tak tebal sangat dalam 2++ pages..okay..selamat mncari...aku pon dapat free ja buku tu..orang bagi..

BIHUN SINGAPORE

assalamua'laikum dan selamat malam

kali ni bukan kuih dah..makanan lain pulak..


bahan

1 paket bihun
ayam/daging/ikan bilis
lobak merah
bunga kobis
lada hitam biji (anggaran 20 biji kot, xtau nak habaq..hehe)boh ja jangan banyak pulak berdengung nanti
serbuk lada
garam
3bawang putih +3bawang merah
sos tiram
4 biji cabai kecik (ni ikut suka nak pedas ka dak, kalau tak mau tak payah bubuh)
minyak

cara

1.boh bawang, lada biji, garam dan cabai dalam blender dan blendkan.
2.sambil tu rendam bihun tadi dlam air panas bagi cepat lembut, sat saja tau satgi lembut sangat pulak. 
3.panas belanga dan boh minyak agak-agak, tumih bahan yang blender tadi dan boh jugak sos tiram..biaq dia sat
4.bohla pulak daging ka ayam ka lepas tengok bahan tumis tadi tu dah macam masak sikit
5.biaq sat boh pulak sayuq hat keraih macam karot tu, pastu boh ja siap-siap bunga kobis tu..
6.kalau macam kering sangat tambah aiq sikit dan boh bihun 
7.kacau sampai rata, sambil tu tuang la lada serbuk tu tadi sikit-sikit..rasa tengok..kalau dah cukup rasa boleh la angkat..kalau bihun rasa macam keraih hampa percik aiq sikit kacau sat sampai dia lembut.

#kalau boh ikan bilis hampa goreng dulu ikan bilis tubaru kriukkriuk..ikan bilis ni boh lepas dah ratakan bihun tadi..okay.
#nak hbaq kalau hampa terlangkau step pon tak pa..yang penting last-last masuk semua benda..tapi jangan hampa buat lecey bawang tumih last-last..terok-terok..melawak na..
#sayuq pon ikut suka nak boh apa

KETAYAP

assalamua'laikum awak semua..

tak payah cerita banyak jom tengok.


bahan

kulit

2cawan tepung gandum
1cawan santan pekat
1 cawan air
1 biji telur
garam
pewarna hijau

inti

sebelah kelapa muda(ambik putih saja)
1/4 cawan gula merah
1/4 cawangula putih
daun pandan
garam
#klau tak dak nyok muda ambk nyok yang x berapa muda pon tak pa)
#gula merah tak dak guna gula gerek ok
#warna ikut suka, biru pon boleh..eh.

cara

1.masak atau bancuh gula merah tu dengan air dan garam (tapis na lepas bancuh)
2.masukkan kelapa, gula putih, daun pandan dan bancuhan gula merah tadi dalam belanga.
kacau dengan api yang biasa ja..jangan kuat atau slow sangat..nanti lambat atau hangit pulak.
3.masak sampai kering sikit , agak-agak x berair sangat tutup api.
4.boh tepung, santan, air , telur, garam dan pewarna dalam blender dan blend saja..
5.panaskan belanga dan sapukan minyak supaya kulit tu tak melekat..
6.boh dalam satu senduk bancuhan  tu dalam belangan dan pusing belanga bagi dia jadi bulat dan nipis.
7.tutup dengan apa-apa supaya cepat masak..dan jangan dok p kalih pulak..masak sebelah ja
8.angkat dan letak inti sikit kat hujung bulat tu, lipat tepi dia dan gulung ja.

okay dah siap

DONUT

Assalamualaikum..
kali ni nak share cara buat donut pulak..


bahan

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 paket yis mauripan
2@3 sudu susu pekat
4@5 sudu gula (ikut suka ja nak manis tara mana)
1 biji telur
2 sudu marjerin (cairkan)

cara

1.campurkan gula dan susu dalam air suam, kacau sampai hancur
2.tambah yis dalam bancuhan tadi dan biaq dalam 10minit
3.masukkan telur dalam marjerin yang dah cair tu tapi jangan waktu panaih satgi masak pulak telur tu.
4.masukkan no 3 kedalam no 2.
5.boh yang no 4 dalam tepung dan uli sampai la tak lekat bekas.
6.kalau doh ni lembik sangat tambah tepung sikit sikit..tapi doh donut memang tak kenyal macam kita buat roti arab atau karipap..dia lembut sikit..
7.perap dalam 45 minit ke 1 jam..dan pastu boleh la tekap bentuk donutka, nak buat bulat-bulat pon boleh kalau malas nk tekap..nak tekap tu nanti boh tepung dulu nanti lekat papan..
8.dah tekap boleh la goreng dalam minyak bagi tenggelam kuih tu..
9.angkat dan golek la dengan gula haluih.

#kalau banyak tepung dia nanti keraih la donut hampa
#bancuhan doh  donut ni jugak boleh buat kuih burger malaysia tu dan cakoi..atau orang kedah kata pattengko..
#bagi burger malaysia hampa buat la sambal ikan bilis dan boh timun..
#cakoi makan dengan kuah kacang yang cair..em payah nak jumpa klau kuah tu lani..selalunya lepa bagi kuah cabai..
#boh coklat pon boleh atas dia.macam dunkin donut tu.

Wednesday 16 December 2015

KEM PONDOK

Assalamua'laikum..ha..ni last sebelum aku pejam mata..ngantuk weh..

nak promot sikit..kot la ada tersinggah tertengok..bole la bgtau sedaramara, kakak adik mak..okay..



sapa yang berminat boleh la daftar..moh ler kita g ngaji..
okay..papai..