Tuesday 11 March 2014

sEGulung iJazaH, SEHelai SuraT NIkah

assalamua'laikum dan salam mahabbah..



kesunyiaan malam aku isi dengan bermunajat cinta kepada sang kekasih, sang Pencipta sekalian makhluk..keresahan dan kerunsingan aku adukan pada DIA..aku adukan masalah ini karna aku percaya dan yakin DIA yang selalu mendengar dan  tidak pernah menolak untuk mendengar rintihan dan rayuan hamba-Nya..aku mulakan 'date' itu dengan solat tahajjud sehinggalah solat witir...

sudah berhari-hari aku lakukan istikharah dalam aku membuat pemilihan..karna aku percaya dengan memohon pertolongan DIA hati ini lebih tenteram dan yakin..tapi aku selalu diingatkan oleh sahabat, bahwa istikharah bukanlah satu-satunya cara yang memberikan jawapan kepada soalan itu..karna kadang-kadang istikharah yang kita lakukan itu terhijab oleh dosa-dosa kita.kadang-kadang mimpi itu mainan syaitan..yang membuatkan kita percaya itu jawapan dari DIA..sedangkan jawapan daripada istikharah itu tidak semestinya melalui mimpi, kadang-kadang ia akan membuatkan kita merasa lebih dekat dengan pilihan A, sebagai contoh, orang sekeliling kita yang sentiasa berbicara tentang dia atau selalu bertemu atau pon bagaimana..

baiklah, esok aku akan beritahu umi dan abi..yakin ya irah!!!insyallah setelah hampir 5 bulan aku memohon petunjuk dan akhirnya aku yakin dengan keputusan aku..percayalah bukan mudah bagi aku untuk membuat keputusan..tapi demi masa depan aku dan dia...insyallah inilah jawapan terbaik aku untuk dia, umi dan abi..insyallah..

"Assalamua'laikum umi, abi...umi dengan abi sihat???'sapa aku tatkala melangkah masuk ke rumah.terlihat mereka sedang enak berbual-bual didapur..
"waa'laikumusalam, alhamdulillah kami sihat..anak umi dan abi sihat???jawab abi sambil menghulurkan tangan untuk disalam.
sudah menjadi kebiasaan aku untuk menyalam dan memeluk mereka setiap kalau berjumpa....sikap aku yang agak manja membuatkan aku sentiasa menjadi mangsa abang sulungku..kami hanya dua beradik..so akulah ratu di rumah..tapi dia tidak pernah cemburu..sentiasa dijaga rapi oleh abang kesayanganku itu..hidup seolah-olah ada bodygurd...
"alhamdulillah abi, anak abi makin sihat..nampak ni tembam tau..tapi selera makan irah agak kurang"jawab aku..
"kenapa adik????kamu sakit ka???kenapa tak call umi atau abi???nanti melarat sapa susah?sapa nak menjaga kamu disana??jauh dari kami...risau umi"leter umi kebimbangan..
"umi jgan risau..selera kurang sebab adik rinduuuuuuu sangat-sangat masakan umi...hehehe..jangan marah ya umi..adik tau umi memang sayang adik kan.."suka aku mendengar umi berleter.
"kamu ni kan memang suka kan buat umi risau..em ni kamu balik ni mesti ada hal kan..jarang benor umi dapat tengok kamu kalau hujung  minggu..ada saja program dia..kursuslah, perkhemahan lah, usrah la, itulah, ini lah.."adu umi..
"adik balik ni memang ada hal yang nak bagitau umi ni..adik dah buat keputusan..macam ni, umi adik terima lamaran kawan umi tu..tapi dengan syarat.."kata aku...abi hanya diam mendengar..
"apa syaratnya dik???risau umi tau  dengan kamu ni..akainya susah nak jangka.."bebel umi..
"yang pertama, adik nak kitaorang bertunang just 5 bulan..so kami boleh taaruf dalam tempoh tu..cukup kot tempoh tu umi...kedua adik x nak jumpa dia walaupun sekali pon dalam tempoh 5 bulan tu..dia just boleh jumpa sekali sebelum tunang, tuk dia comfirm yang dia nak kat adik..ketiga, kami akan kahwin lepas adik habis belajar..jadi adik ada lagi satu sem lagi tuk habiskan degree, so bulan depan la tarikh paling awal tuk kami tunang..tapi kalu dia nak lewatkan tunang pon adik tak kisah.."jelas aku..
"owh ok, nanti umi sampaikan pada bonda..ada lagi syaratnya puteri intan payung??"perli umi..
"buat masa la tak da lagi la..nanti adik rasa nak tambah adik bgtau umi ya..."saja mengusik umi..
"abi, tengok anak bertuah kamu tu, sempat lagi kenakan kita..ish ish.."adu umi pada abi..
"abi setuju dengan syarat kamu tu irah...lagipun x elok bertunang lama-lama..banyak dugaannya..macam tu la anak abi..moga kamu jadi isteri yang solehah ya nanti dan ibu mithali kepada anak-anak kamu.."pesan abi.sikap kebapaan yang ada dalam dirinya amat aku senangi..
"baik abi, adik akan ingat pesan abi..tapi lambat lagi la abi..pihak sana pon tak tau lagi..abi dh pesan macam-macam..dah tak sayang irah ka???ajuk aku..
"bukan tak sayang kamu, cuma pesan alang-alang abi teringat.."ada nada sebak disitu..
"ook abi...ni abi tolong umi masak ke menggangu umi ni???dari tadi adik tengok tak berjalan pon pisau ditangan abi tu..he3.."usik aku..
"ish mandai ja kamu ni, abi ni gentleman ok, sentiasa tolong umi kat dapur, dari mula kahwin lagi tau.."tingkah abi..
"okok, adik tau, saja ja usik abi..adik suka tengok abi dengan umi..best ja..adik pon nak jugak la..k umi, abi adik naik dulu ya..nak buat kerja sikit...muahmuahmuah." bahasa aku mohon diri..
"jadi kahwin la cepat ya..hehehe..k dik..jangan kamu tidur sudahla kat atas tu.."jerit abi sambil melihat aku menaiki tangga..
umi dan abi merupakan sepasang suami isteri yang romantik dan sentiasa bantu-membantu...abi walaupun selalu sibuk dengan kerja, ceramah dan persatuan masih tetap punya waktu untuk membantu umi kerja rumah..aku pon berangan untuk punya pasangan seperti abi..aku sayang umi dan abi ketat-ketat..huhu..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
sebulan kemudian....

"weh aku ketaq ni, hang tau dak aku nak buat mcam mana???"tanya aku pada Fatin.sahabat baik aku, orang kodiang..huhu
"hang ni relex sudah..bukan akad lagi kan..baru tunang..lagipun bakal tunang hang pon ok ja aku tengok.kot la dia tu muka ganas ka tak pala nak takut ni, macam pelakon ja"balas Ain
"agak-agak la nk banding pon..pelakon la sangat kan..muka tak kisah, yang penting dia tu tegas dalam beragama, bole jadi imam keluarga aku sudah.."tingkah aku..
"ok la..apa-apa la hang ni...tegas, aku x suka, aku nak hat romantik..ni hari-hari dia buat tamrin kat aku..nuh umi hang panggil dah..siap-siap tau.."\
"ok, tu hang, aku lain..x kira la tamrin pon..dah siap dah ni..ok x??"tanya aku..
"ok dah..comey aih kawan aku ni..weh bakal mak mentua hang nak masuk dah..dok sopan sikit.jangan dok wat perangai hang dengan kami tu..sopan sikit..ha macam tu"leter dia sambil perbetul tudung aku...

"assalamua'laikum, irah.."bonda bagi salam..
"waa'laikumusalam bonda"jawab aku sopan..
"insyallah, bagi tangan bonda nak sarung cincin."minta bonda lembut..

selesai menyarungkan cincin, bonda mencium pipi ku sebagai tanda gembira..sah sudah aku menjadi tunangan orang..majlis pertunangan aku hanya kecil sahaja..hanya saudara mara yang dijemput..tiada pelamin, tiada jurukamera, tiada pembaziran..saja aku minta sebegitu kerna tidak mahu dihebohkan..aku perlu berjimat untuk majlis perkahwinan kami nanti walaupun dia sudah bekerja...ingat apa..kalu tak jadi nanti macam mana..pasti menjadi bualan orang.nauzubillahminzalik..mintak simpang..kerna aku sudah mula suka pada dia..kalau tak jadi meroyan aku..hehehe..dulu lain, dulu aku hanya menurut kata umi dan abi.. ;)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
flash back to the first dating..

"assalamua'laikum..kau taaruf sikit" mintak si dia
"waa'laikumusalam..insyallah..mungkin lebih elok kalau kau dulu..kau kan bakal imam"balas aku
"ok, aku akan mula dulu..nama aku Muhammad Umar b Aziz..umor aku 25 tahun, kerja kat syarikat blablabla...kau??"jelas dia.
"aku Ain Zunairah bt Bakri, umor aku 23 tahun..tengah study lagi kat blabla, cos blablabla.."ulas aku..
"kenapa kau terima lamaran bonda??"soal dia
"kenapa kau setuju dengan idea umi??soal aku
"ish kau ni, aku tanya jawab la dulu..susah sangat nak menjawab"omel dia
"kenapa kau mesti tanya..aku tak akan jawab soalan tu selagi aku tak jadi isteri kau"tu hak aku okey.. ;)
"baik aku pon tak kan jawab soalan tu..kita kan bagitau lepas akad"janji dia..

abang yang menjadi peneman hanya menggeleng melihat keletah kami berdua..dari awal dia sudah beritahu tidak mahu campur sesi taaruf kami..cuma jadi penunggu dia kata..
dari maklumat basic sehinggalah kepada peribadi dan keluarga, akhirnya selesai juga kami bertaaruf..2 jam weh sembang..ternyata dia bukanlah seorang yang pasif..aku selesa berbual dengan dia..mungkin faktor panggilan yang tidak formal..akhirnya kami berpisah sehinggalah pada hari ini..4/3/14...

kami disatukan hanya dengan sekali akad..ternyata dia seorang yang tenang dan tidak mudah gelabah..tidak seperti aku yang gusar saat menanti lafaz akad selesai..aku dinikahkan oleh abi sendiri..itu yang aku minta pada abi..aku tidak mahu diwakilkan..lagipun aku satu-satunya anak perempuan dia..manja pulak tu..hehehe
dia memohon supaya aku menjadi makmum bagi solat sunat selepas akad..aku hanya menurut..saat itu airmata berguguran tanpa henti..bahagia dan bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan kepadaku selama ini..

ok sekarang saat menyarung cincin..walaupun tadi aku sudah bersalam saat usai solat, tapi kali ini aku merasakan getaran yang teramat..malu bila berpuluh pasang mata menjadi saksi kepada pembatalan air sembahyang kami...sikap dia yang tenang langsung tidak berjaya menenangkan aku yang malu..

"assalamua'laikum..sayang.."ucap dia lembut, antara dengar tak dengar..
"wa,,, wa'alaikumusalam abang.."balas aku

dia menyarungkan cincin ke jari manis ku dan berbalas pula bagi pihak aku untuk menyarungkan cincin ke jari manis dia..aku tunduk mencium tanyanya yang sejuk..muka steady, tangan dah macam ketul ais..hehehe..takut ye.sambil itu aku membaca doa didalam hati..

" Ya Allah jadika suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat"

.dia membacakan doa yang diajar Nabi sambil tangan kanannya diletakkan di atas kepalaku..

“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: 
‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ “(Riwayat Abu Daud). 


selesai sudah majlis kami..seharian melayan tetamu, dari usai akad jam 10.30 pagi sehinggalah jam 12 malam..tanpa henti sahabat-sahabat dan saudara mara datang berkunjung..mengadakan 2 majlis serentak memang memenatkan..akad dan kenduri terus..tapi ianya menjimatkan!!!

"okey, sekarang masa kita.."tetiba dia bersuara
"okey, apa yang abang nak tau???"soal aku
"berbalik kepada soalan kita yang tertangguh dulu, why u accept bonda punya proposal nak satukan kita??"soal dia
"em baiklah, awal-awal mungkin sebab umi dan abi punya pilihan..lepas tu saya istikharah, meningkat jadi 80 percent..lps tu dah jumpa n di interview jadi 90 percent.."ulas aku panjang
dia diam je..
"awak???"tanya aku
"bila yang 100 percent tu??"tanya dia tanpa menjawab soalan aku..
"awak....saya tanya kan...nasib baik dah jadi suami, kalau tak memang nak kena la jawabnya..100 percent of cos la time dah akad..takkan nak ragu-ragu lagi..hehe"suami aku la...adus..
"okok..saya bila bonda bagitau tu mungkin rasa macam ala..malasnya..lepas seminggu tetiba ja rasa nak tanya..pastu bonda bgtau la pasal awak..then dia bagi gambar awak.."jelas dia.
"pastu??"
"pastu saya pon, owh, ok...tak la cantik mana pon, biasa ja..cuma tetiba rasa macam ada something yg attract tuk tau pasal awak..mula la sesi soal jawab dengan bonda..dia tanya kenapa nak ka??saya jawab bole la taaruf dulu..kot-kot bekenan..tu yang bole jadi kita jumpa sekali sebelum tunang tu..yang peliknya, bole pulak letak syarat sekali ja jumpa..kejam jugak la.."omel dia..
"tu ja....lelaki....memang la nak jumpa banyak kali kan??"kataku
"tak pala..bukan buat apa.just sembang ja..lagipun ada abang kan???lagipun sebab yang menyebabkan saya pilih awak, adalah..jengjengjeng...agama awak..bonda selalu ceritaa pasai awak...dan saya pon try la skodeng..betoi ka apa yang bonda cerita..owh ok.betoi...blablbla...ditambah dengan istikharah lagi meyakinkan saya tuk terima awak jadi ibu anak-anak saya..tu sebenarnya yang saya cari..bukan kecantikan ataupun kemewahan..ada paham???sayanggggg.."panjang lebar dia cerita
"ok, dah paham..done!!.dah-dah..sambung nnanti plak..dah lewat.."balas aku terharu, nak nagis dah ni..baik tidur kang dia prasan plak..daaa..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
sebulan kemudian..

"abang!!!!cepatla...karang lambat sampai pulak..."panggil aku..
"ok yang, dah turun dah ni, apa yang kalut sangat..bukan nak lari pon kan majlis tu.."
"mana boleh, nanti jammed la..saya excited ni..konvo kot..dahla time dah jadi bini abang lagi la excited.."bebel aku
"ala, konvo excited, time nikah tak excited plak.."usik dia
"menipu, time tu lagi la tau..dahla abang nampak hensem sangat time tu, lagilah bertambah excited..ok tak baju dengan tudung saya ni???"tanya aku
"cantik dah isteri abang ni..tahniah ya sayang...ternyata tak sia-sia usaha awak selama ni..tah tahniah sekali lagi.."ucap dia
"makasih bang"

akhirnya, aku menggengam SEGULUNG IJAZAH saat aku sudah terlebih dahulu mendapatkan SEHELAI SURAT NIKAH..

~SEKIAN~

Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tidak berkaitan sama ada yang masih hidup atau sudah meniggal dunia..Jadi tidak ada masalah bagi kita unutk membuat keputusan sama ada semasa atau sesudah belajar untuk kita mendirikan BAITUL MUSLIM bagi melahirkan generasi yang menjadikan agama sebagai 
AD-DEEN.
Dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan..Kebahagiaan anda pilihan anda :)






















No comments:

Post a Comment