Sunday 10 November 2013

peLArIAN




assalamua'laikum dan salam rindu...

bukan mudah nak jadi manusia,
bukan mudah nak jadi pemimpin,
bukan mudah nak jadi pemegang amanah,
bukan mudah nak jadi sahabat,
bukan mudah nak jadi apa yang orang nak,
bukan mudah nak jadi sempurna di mata orang,
yang pasti,
mudah untuk kita jadi diri kita sendiri.

hidup di dunia ini umpama pelarian..hidup terkontang-kanting diatas bumi sendiri..sentiasa cuba untuk lari dari masalah...takut untuk berdepan dengan masalah..apa yang bole saya lemparkan dari perumpamaan pelarian ini adalah melalui sisi kehidupan kita sendiri...boleh kita lihat dimana, kita sentiasa berusaha untuk hidup selesa dan tenang tanpa perlu memikirkan masalah, hal-hal yang membuatkan kita rasa gusar, khuatir resah dan gelisah setiap saat dan detik... pelarian itu aku...

ya, akulah pelarian itu....bukakan mudah bagi aku untuk menghadapi cabaran, dugaan dan bebanan tangggungjawab yang datang secara tiba-tiba tanpa aku sedari, tanpa aku pinta...mustahil bagi aku untuk lari..tapi itulah yang cuba aku lakukan kini....lari mencari destinasi yang memang tidak akan pernah aku temui..bagi mencari sesuatu iaitu ketenangan dan kekuatan..aku lari untuk mengutip kembali kekuatan yang telah diragut sikit demi sedikit tanpa sesiapa perasan kecuali aku...mana mungkin bagi aku untuk meluahkan rasa hati kepada sahabat...mana mungkin aku lakukan perkara itu..sedangkan aku tahu mereka sudi mendengar....tapi kuatkah aku untuk meluahkan kesedihan dan kelemahan....biarlah aku tanggung sendiri..buka aku menyepi..cuma aku menyendiri tak mau meyusahkan...

aku cuba lari dari satu destinasi ke destinasi yang lain..sehingga aku letih sendiri..bingung memikirkan masa depan..apa yang harus aku lakukan..terima atau menolak...aku buntu..aku merasa tidak layak, tidak pantas untuk itu...terima kasih akhi kerana menadarkan aku betapa aku tidk layak untuk semua itu..terima kasih kerna membuatkan hatiku terjentik dengan amukan dan kata-kata kau...bkan itu yang 100% bermain di minda...tapi tekanan demi tekanan yang aku terima membuatkan aku letih, lemas dalam lautan amanah...aku baru sedar, aku tidak pandai 'berenang' aku tidak boleh 'mengapungkan diri'..jadi aku dapat merasakan aku tidak pantas untuk menyelam, menkmati 'dasar lautan'..bukan aku manusia itu..

tidak semua orang paham apa yang orang lain rasakan...hati dan perasaan aku saat ini, kacau...ibarat gula bercampur garam..aku sendiri keliru...apa yang harus aku lakukan..apa????semakin lama aku lihat, semakin lemah aku rasakan..aku tiada tempat untuk berpaut..untuk aku berpaut pada dahan, aku bimbang dahan patah kerna beratnya 'aku'...sedar atau tidak masa semakin hampir bagi aku membuat keputusan..apa yang bole aku lakukan hanyalah berdoa dan istikharah..aku lemah...makin hari bateri aku makin nazak..siapkah aku untuk menghadapi hari itu???wallahualam..moga hari esk ada pelangi yang menyinari  hariku..insayllah..aamiin.. :)