Sunday 16 November 2014

joDOh itU RAhsIA aLLaH

assalamua'laikum dan salam cinta buat kamu..moga makin bertambah iman..



insyallah..tajuk kali ni mungkin agak kurang sesuai ditulis oleh aku yang muda belia ni...akan tetapi aku nak jugak tulis kisah benar ni..dimana benda ni amatlah rugi..faham ke maksud ayat tu??

okay penah dengar tak cerita seorang cikgu yang suruh anak murid dia ke padang tuk ambil sesuatu yang terbaik..oaky disebabkan aku pon tak berapa ingat cerita tu jadi aku akn buat versi aku sendiri..okay ^,<

Seorang ayah telah membawa anaknya ke kedai kasut..lalu si anak pon teruja dan dia telah melewati hampir keseluruhan kedai di pekan itu..di kedai yang pertama dia telah tertarik dengan sepasang kasut sukan yang sangat bagus..tetapi disebabkan tidak sabar menunggu untuk membayar(maklumla ramai orang) dia telah keluar tanpa membeli kasut tersebut..di kedai yang seterusnya dia juga mendapati sepasang kasut yang amat cantik dan berkualiti..tetapi disebabkan harga yang murah (bajet ayah tadi 300) dia merasakan tidak berbaloi bagi membazir baki bajet ayahnya itu..dia pon tak jadi membeli..akhirnya setelah penat berjalan, dia menajak ayahnya untuk pulang kerumah, kerana tidak ada satu pon kasut yang dia beli, sedangkan dia sudah penat berjalan..dia menyesal kerana tidak membeli kasut yang pertama tadi..ayahnya memujuk dengan mengatakan, "tidak emngapa anakku, besok kita akan kembali lagi ke sini untuk membelinya ya, jangan kamu bersedih".(penah tak korang rasa macam tu lepas balik dari pekan dengan mak ayah dulo-dolu, masa korang sekolah rendah tu..mesti penah kan)

keesokkanya, pergilah si ayah dengan anaknya itu ke kedai kasut kelmarin, dia sudah tekad untuk mengambil terus kasut itu, kerana khuatir akan terjadi seperti semalam..sebaik tiba dia berlegar-legar di ruangan kedai, namun hampa..kasut itu tidak kelihatan lagi....dia bertanya kepada pembantu kedai.."boleh saya dapatkan kasut blablabla...".. maaf dik, kasut tu sudah dibeli..kasut tu dah last dah sebenarnya semlam..


macam tu jugakla dalam kita mencari jodoh(eh)..betoi..kadang-kadang sikap kita tu membuatkan jodoh kita lari..okay aku bagi cerita..sat na..

Al kisah bermula apabila si lelaki ni berkenan pada seorang perempuan ni..then dia bagitau nak masuk minag bagai..okay..si perempuan a pon kata..okay, tunggu dulu..biar dia fikir masak-masak dulu..si lelaki selalu mendesak si a menyebabkan si a tertekan..dan akhirnya si a telah mengambil keputusan untuk menolak terus si lelaki itu tanpa memberi sedikit pon peluang disebabkan sikap si lelaki yang suka mendesak..si a ni merupakan seorang yang sangat cantik, solehah, dan berkemahiran dalam kerja rumah.advance lagi si a mempunyai ilmu yang tinggi dan sangat menjaga maruah sebagai muslimah..cukup pakej la kiranya..

beralih arahlah si lelaki ini kepada wanita lain yakni si b..si b merupakan seorang yang cantik, manja,mempunyai ilmu yang banyak jugak, berkemahiran dalam kerja rumah, namun dia kurang menjaga ikhtilat(kurang bukan tak jaga langsung)si b pon berkawan selama beberapa ketika, dan akhirnya setelah tmat pengajian si lelaki mengajak si b bertunang dan si b neyatakan dia tidak bersedia atas sebab keluarga lebih memerlukan dia dan dia baru sangat tamat pengajian..dan si lelaki dengan gopohnya terus membuat kesimpulan bahawa si b telah ada orang lain..lelaki..huh..jadi putuslah hubungan mereka..

si lelaki telah memilih wanita lain yang dia sendiri tidak berapa kenali sebagai ganti untuk menjadi calon isterinya..sedangkan wanita itu yakni si c ini merupak seorang yang biasa-biasa, ilmu juga kurang berbanding si a dan si b.kemahiran rumah tangga insyallah juga ada tetapi mempunyai sedikit kekurangan berbanding si a dan si b..seorang wanita yang menjaga maruah dan pergaulan..jadi adakah si c menerima lelaki tersebut??

alangkah ruginya lelaki itu kerna terlepas dalam memilih si a sebagai isteri..semakin dia menolak wanita-wanita itu semakin kurang nilai kualiti dalam diri calon-calon tersebut..ya jodoh itu rahsia Allah..tetapi apa yang cuba saya katakan di sini adalah, jangan kamu terlalu memilih dalam berpasangan..dan terimalah pasangan kamu itu seadanya..dan bersabarlah dalam jalan untuk berbaitul muslim ini.ya mungkin kau dah berkawan dengan dia lama, then kau istikharah kau nampak orang lain terus kau nak buang dia??itu tidak adil!

kesimpulan dekat sini, kadang-kadang kita lepaskan yang dah terbaik utntuk kita tu sebab sikap kita sendiri yang tak sabaq, yang cepat sangat buat kesimpualan..lansung tak boleh nak mendengar penjelasan..kalau betul cinta, mana mungkin cepat berubah..kalau betul cinta, mana mungkin cepat beralah..aku tak pandai bab ni..tapi tula kisah benar yang terjadi yang membuatkan aku rasa nak tulis benda ni..

#########################################################
sebuah kisah teladan untuk kita bersama

Ketika Zulaikha mengejar cinta Nabi Yusuf a.s, malah bertambah jauh Nabi Yusuf a.s. darinya.Ketika Zulaikha mengejar cinta Allah, Allah datangkan Nabi Yusuf a.s dihadapanya dan diperintahkan Nabi Yusuf a.s untuk menikahinya. Oleh itu janganlah kita mengejar cinta manusia kelak akan makin jauh dari Allah.Kejarlah cinta Allah kelak kamua akn mendapatkan cinta manusia. Insyallah :)

#jangan kau hadap dengan cinta manusia sampai kau lupa cinta Allah.

wallahualam..

1 comment:

  1. Slot machine casino site - Lucky Club
    How many people use online slot machines to play online slots? — Slot machines have an excellent gameplay and are made of high quality materials. The casino offers  Rating: luckyclub 4 · ‎14 votes

    ReplyDelete