Wednesday 27 August 2014

niQABis + seLPIaq

assalamua"laikum dan salam rindu tuk awak..rindu sangat..



actually i got an issue that i think hot issue lately la..macam serr ja isu ni..

wanita + niqab + selpiaq + social media = annoying 

okay, "selfie".. tak salah pon sebenaqnya..pada aku okay ja..tak dosa, dok sesorang, ha ambik "handfon" hat canggih tu, smile and kecak!..done!ha kan buleh tu..okay..apa yang aku nak tuleh kat sini ni pasai isu niqabis, women that wear a veils to cover up her face, upload a photo at the social media especially FACEBOOK!! isu yang panaih la ni, bagi aku la..asai bukak FB ja mesti ada teguran 'MANJA' yang menyapa mata rabun aku ni..kekadang aku rasa lepa ni tak dak benda lain ka nak tuleh..nampak sangat lepa tengok..serrr....ok relax jangan marah..mereka menyatakan bahawasanya, niqabis tu semua saja nak raih populariti, glamour, perhatian serbanis, nak orang pikiaq dia tu alim wal warak la and whats so ever la..penah tak lepa pikiaq apa yang lepa tuleh kata tu semua MENYAKITKAN..how can others yang kat luaq sana nak tertarik untuk pakai pakaian mulia tu kalau HAMPA tu asyik nak hentam ja golongan ni..yang perempuan lain dok berselpiaq berterabuk tu tak mau pulak hampa teguq..aurat yang nu pun ada tak jaga, tak bising, bergambaq laki pompuan dekat-dekat tak bising, kaum sejenih dengan hampa yang boh gambaq tak tutup aurat, pakai seluaq pendek, x kata apa..hampa dok share gambaq artis la, idola la pemain bole sesapa jela yang tak tutup aurat hampa tak rasa apa..hampa tau dak dosa tu hampa yang nak tanggung..

adakah hanya sebab SEHELAI KAIN tu yang membuatkan hampa tertarik tuk komen macam-macam. Hello bhai!!Nak teguq tu agak-agak la..ni hang buboh macam semua orang sama..teguq personal, jangan aib kan golongan niqabis dengan status macam tut..kalau betul sayang, mesti tegur cara sembunyi or personal...tau niat tu baik..but pikiaq panjang sikit..ok saya bagi contoh..

Ada sorang pak cik ni jual buah durian, Ahmad teringin nak makan, so Nizam pon po la beli kat pakcik ni buang sebijik dua..Baliklah lepa dua ke rumah sewa dan teruih duduk depan tv sambil makan buah durian tadi..bauh yang pertama Alhamdulillah, isinya kuning, enak lemak manis..nyummy..tapi mai buah kedua, berulat.,masam tak boleh makan..so lepa rasa tertipu, lepa kluaq rumah p kedai mamak dok bersembang dengan kawan lepa..kebetulan kawan lepa nak buat kenduri, makan pulot derian..nak p beli la kat pasaq malam tu, diajaknya dua orang tadi tuk tolong ngankut durian..sesampai di sana, lepa pon berjaan untuk p beli, lalu depan gerai pak cik tadi..Ahmad bagitau kat Hamdan(kawan lepa) jangan beli kat sini..buah dia tak elok, buruk, masam, berulat..mahai..Persoalan saya..Adakah buah yang dibeli Nizam tadi semuanya buruk?
Adakah niat pak cik yang menjual tu hanya nak jual buah yang buruk??Adakah sewaktu Nizam memilih buah tadi dia boleh scan isi kat dalam??

So konklusinya, don't judge a book by the author but judge a book by itself!!Dalam banyak-banyak penulisan dia tak semua tak baguih..Kita tak akn tau sesuatu tu selagi kita tak selidik..

Bukan nak menyokong lepa upload gambaq tu semua..secara tegasnya nak katakan kat sini saya sendiri membangkang perbuatan mengupload gambaq kat media sosial hatta dia tu seorang LELAKI!!..no need to show your life la..tapi kekadang cara tuguran tu membuatkan saya rasa it's not fair..mungkin kita perlukan Tarbiyah Sentap!!! but pliz la respect others niqabis...nak sangat boh orang, p tegoq yang tak tutup aurat nuh.lagi baguih..tegur berpada..sampai jemu dah baca status, niqabis bergambaq gedik!!!nak menunjukkan mata cantik bagai..


Dan last untuk awak yang berniqab, pliz take a good care of yourself especially your maruah dan mahainya nilai kain kat muka hang tu...bole nak upload but make sure tak dekat dengan camera, beramai-ramai dan jangan fokus kat awak je..jangan fokus kat mata awak tu..tuja aset yang awak boleh tunjuk..dan satu lagi, kalu boleh pakai full niqab, don't show your kening dan dahi..it's look more beautiful than awak yang sebenaq..it's not my words but i got it from somebody bernama LELAKI..so behave yourself, mind your word and think twice before do something.. (^,^)

#sayacakapsebabsayasayangawaksemua
#kesiankatniqabislain
#kerananilasetitik,rosaksususebelanga
#janganuploadgambaqmahaiawaktau

with love
MS


Kerana UKHWAH Syaitan TERTAWA

Assalamua'laikum dan salam rindu tuk awak yang kat depan tu ... :)


em this time..ukhuwah???apa benda tu??
kadang-kadang kita keliru dengan konsep ukhwah tu sendiri..so lets check..ukhwah adalah satu ikatan hati atau roh atas dasar aqidah yang sama..ikatan persaudaraan ini memerlukan perpaduan or kesatuan..kesatuan dalam pemikiran (wehdatul fikr) dan kesatuan perbuatan (wehdatul amal)..perpaduan tak akan wujud tanpa penambah rasa yakni kasih sayang..serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada dengan sahabat..dan setinggi-tinggi ukhwah adalah melebihkan sahabat/saudara...so isu yang nak dibawa ni buka la just huraian pasai ukhwah yang everybody dah tau ni..tapi nak timbulkan satu persoalan kat benak antumna semua..
WUJUDKAH UKHWAH ANTARA IKHWAH & AKHAWAT???

Dulu, aku buta dalam menilai arti ukhwah..pada aku ukhwah itu perlu mesra..boleh berchatting, boleh mesej sampai malam, boleh bermesra dalam berbicara, boleh bergelak tawa, boleh berhubung tanpa mengira punca..berlainan jantina..ya..aku bodoh dalam membuat keputusan...berubah karna kata manusia, dalam berorganisasi perlu bermesra, takut nanti susah berurusan katanya...ahli lain takut nak bersuara, takut nak menegur sapa, kalau diri ibarat singa...jadi berubahlah aku aku dari menjadi singa kepada individu yang jauh dari prinsip lama..aduh..sakit apabila jatuh kelembah hina(ayat buat terok)...maruah kita siapa mau jaga...TERSENTAP!! tak tau nak kata..susah sebanarnya....

Cukuplah kita berhubung atas dasar gerak kerja..tak perlu rasanya tuk berlebihan dalam berbicara..kita pon dah tengok banyak dah contoh depan mata,bilamana terlalu longgar dalam menjaga..pasti ada yang kecundang, termasuk perangkap syaitan, hati mula berdebar, x keruan bila tak berjumpa...dan akhirnya, akan memberi kesan terhadap gerak kerja...cemburu dan sebagainya..ini realiti...kita bukan nak membangunkan Islam ni dengan perasaan cinta, kasih terhadap berlainan jantina...cukuplah sekadar berukhwah atas ikatan aqidah..nak ikatan yang sah??tunggu dulu..prepare diri dulu baru pikiaq..la ni jangan dok merela sangat.tahan sat..Titipkan dia dalam doa..biaq Allah yang jagakan dia...HELLO.. Awak tu, Dae'i ok..so be profesional..Matlamat tak menghalalkan cara....Ukhwah Biaq Ada Gaya..Settlekan yang sesama jantina dulu bhai..jangan dok Ghaplah sangat..


Tak pandai nak kata sebenaqnya, mungkin.....bukan, memang selalunya macam tula kalau hidup dalam berorganisasi ni, tula ujian yang susah untuk seseorang yang mengaku diri dia tu daei..
Kononnya Dae'i...Jangan sampai KERANA UKHWAH SYAITAN KETAWA!!!

"aina!!!!buat apa lagi kat atas tu???Turun cepat.." jerit umi dari bawah..
alamak!!!umi..anak umi tak siap nulih lagi la..hehe..k papai..
"ok umi..cheq turun la"hehe..baik cepat, kang berlambak bebelan sweet mai..



#jemput singgah di blog ni :
 http://adninroslan.blogspot.com/2013/08/kekeliruan-dalam-ikhtilat.html

Monday 18 August 2014

DAPur + ANak Dara

assalamua'laikum dan salam sesuci lebaran..

masak maggie pon dikira masak ok (~,~)
masih dalam mood raya ke???em sejak bercuti panjang dan jadi suri rumah tak bertangga ni, hidup agak membosankan..ceelik mata, dok nganga ja..makn tidoq, makan tidoq..wah, manyak untung ma..ini macam bole itu gumok o.. :( em so cuti....sungguh bohsan!!!! rindu kat awakkk...rindu nak sibuk, rindu nak merapu-rapu dengan awak semua.., rindu serindu-rindunya..huhu..apa kan daya masa tak akan kembali, hancur musnahlah, semuanya..cer teka lagu apa???hehe..lagu raya la op cos..tak pa cuti ni mungkin masa tuk saya belajaq satu benda yang baru dalam hidup, walaupun dok mengulaq ja kat kampung...ok maaf, x melalut dah..bukan apa bohsan x dak org nak sembang..so laptop jela teman saya..n op cos my blog...jgn tnya kalau nnt saya daftar TANJUNG RAMBUTAN..

back to our topic just now..DAPUR + ANAK DARA..ha..ni just sikit perkongsian ilmu dapur la..here we go..tips or petua..take noted k :)


  • bila nak basuh beraih make sure u baca basmallah first, then basuh macam biasa n jangan lupa tuk baca doa ni "Ya Allah, Engkau lembutkanlah hati kami untuk memahami agamaMu, sebagaimana Engakau lembutkan beras menjadi nasik" aamiin..arab??maaf x hafal pulok.hehe
  • orang tua-tua pesan if nak masak, jangan kedekut, means kalau nak masak...contoh, sambal la..kena letak bawang kn, letak ja bebanyak..baru sedap..mask p la apa pon make sure secukup rasa!!macam dalam iklan Amy Mastura, sedap-sedap rasa, magie cukup rasa(make sure kau nyanyi part ni) hehe
  • em kalau masak, kacau mesti lawan arah jam, n baca basmallah, istighfar 3x, selawat 3x..tak lupa jugak, jangan cakap benda x senonoh or mencarut time masak.nanti zat tu masuk dalam makanan..not good for people yang makan nanti..
  • kalau bole zikir ka selawat ka apa jela dari menyanyi kan..kekdang nak menyanyi pon boleh ja cuma jangan kusyuk sangat karang masin pulok..
  • if nak bancuh air or masak somthing tuk family bole la baca Al-Fatihah then hembus dalam air or makanan tu.supaya lembut hati..tapi!!!jangan buat ilmu pengasih sudah..hakhakhak
  • nak masak muka hendaklah ceria dan ilkhlaskan diri sebab mood tu akan effect makanan(tah betoi tah idok, tapi selalunya betoi)
  • letakkan garam setelah tutp api or waktu belum didih, jangan sewaktu mendidih.zat yang baik dari garam akan hilang..
  • kalau nak makan or beli luar sila pastikan orang yang menjual itu ok2 aje..menutup aurat, baik ja budi, akhlak..em sebab org yang masak ni memberi kesan jugak dalam pemakanan kita..
ok tuja kot tips sebelum, semasa dan selepas masak..tip tuk yang lain, em Insyaallah akan menyusul kalau rajin la..sebab blog saya bukan blog masakan..huhu..just berkongsi tuk sesapa yang nak masak hatta masak maggie pon..

don't worry..believe on your mama 

begitu jugak dalam bersahabat..banyak tips, tapi tak semua kita buat, n natijahnya tak semestinya persahabatan itu selalu manis macam karemal, dan tak mustahil akan pahit macam rebung tapi keduanya sodap dimakan..hhehehe.tapi saya suka persahabatan macam ikan gelama..masin..tapi sedap sangat makn dengan pulot..wahh..yummy..and darah wak akan naik meninggi, baru la boleh capai setinggi ukhwah, melebihkan sahabat..manis sangat takut dipotong pulak anggota dah kehilangan dalam bersahabat..tapi pahit itu ubat..apa yang best kalau pahit(sila nyatakan pendapat sendiri) (y)..

k wassalm tuk entry kali ni.. (>,<)

BoiKOT !!!!!

Assalamua’laikum dan salam sayang untuk kalian.

hehe..maapla tak pandai nak design.. (^,^)

Insyallah nak sembang pasai “boikot”..hahahha..em sejak dua menjak ni isu GAZA hangat dan rancak diperdendangkkan. So..rasa terpanggil untuk tulih sedikit pasai isu GAZA nikan...apa yang saya nampak fenomena boikot ni masih tidak orang kata difahami la oleh semua lapisan masyarakat...ada yang faham, ada yang kurang faham, ada yang tak faham, dan ada yang tak nak faham..jadi perah sikit otak kita yang tepu ni sebab banyak sangat makan lemang..(apo kono eh??) oh lemang, kenapa tahun ni begitu sukar untuk aku dapatkan??..ok back to our topic..apa tadi???ok boikot..pikiaq balik kita dok kat kelompok hat mana?? Ok,ok..tak payah nak bagitau saya..jawab dlm hati awak je..ok look at the situation..

  •        Kamu ni suka gila makan mekdi, so kamu beli la and then u said that it noT a problem la..nak boikot apa..dah la murah, sedap pulak tu..makanlah kamu sehingga kenyang. Then your kids said that, mama mekdi HARAM..biasala budak-budak...so kamu kata x pa..kamu kata mama beli, then mama sumbang la tuk tabung Gaza tu. So x dak masalah pon kan? What the duck la..so my opinion, benda tu ibarat kamu hisap rokok sambil tegur orang minum arak..it’s a diff thing, but the same message la bro..Kedua-duanya memudaratkan kesihatan kn??AWAS!!! saya tak kata Mekdi tu HARAM..tapi kalau mampu la, jgn membeli..#TAKMATIPONTAKMAKAN

  •        Em jadi time aku p satu kedai buku yang famosss gila kat AS ni..a chat antara 2 orang sorang cina sorang melayu..yang melayu tu punya explain aku macam agree jugakla..dia bgtau kat kawan dia kata kot mna pon kalu dah francais tu nama mekdi mmg la akan bagi jugak sikit sumbngan tu k mekdi walaupun kat malaysia.n alhamdulllah kawan dia boleh terima....ada yang aku setuju ada yang x setuju..kenapa nak boikot tu semua..kesian mekdi sebab kna tutup waktu orang berdemo..tak pikiaq ka orang yang kerja dalam tu, yang nak cari duit kat situ..ha senang cerita ambik gambaq sesapa yang join tu tampai kat semua mekdi..tulih yang muka-muka ni dilarang masuk mekdi..yang ni mungkin macam x best sangat la..nak tergelak pon ada..kebetulan plak aku tengah pilih buku dekat dengan lepa..tapi apa yang aku letak dan tanam dalam minda aku, takpa lepa tak faham kenapa..mungkin pada lepa tu hanya susahkan saja, bangsa kita jugak yang kerja tu kn...bab rezki ni pada aku , x semua orang faham..banyak benda kena tengok..sumber, saluran n kat mana dia p..macam-macam la..aku pon tak pandai..so ada dak yang berani p cerita ka sembang ka edaq flyers ka kat pekerja mekdi n terang sikit pasai punca rezki..harap yang lebih alim(mengetahui ) la..

Tetiba teringat mimpi berjumpa gadis Gaza, berada di bumi Gaza..Beruntungnya mereka..Tapi argh!!! Y la aku tak ingat semua yang jadi dalam mimpi tu..chek nak ingat balik!!!

K.just sedikit rapi-rapu n cerita dongeng hasil tambah campuq tolak dan darap dari pengalaman hidup sehari dua ni.. ;) 

Papai!!! 



Saturday 9 August 2014

Mencari Illahi

Assalamua’laikum dan salam satu aqidah.. J

kartun je sebab aku menghormati orang yang berniqab

“Argh!!!! Bukan, bukan, bukan aku” jeritan itu bergema.
“Kenapa kau ini? Tiba-tiba menjerit bagai dikejar sama hantu saja.Apa benar ya kau bah?” soal Hayati kepada sahabatnya itu. Kerap kali menjerit dalam tidur.
“Takde ape la.Aku ok je” balas Syafiqah dan bingkas bangun keluar bilik.
“Ish pelik bah dia ini.Acap kali  sekarang ya.Apa masalahnya ya?” gumam dia sendirian dan meneruskan tidurnya yang terganggu.
..............................................................................................................................................................
“Engkau itu pendosa! Engkau itu munafiq! Engkau itu ahli neraka!!! Masa kau sudah hampir, bersedialah” suara keras itu kedengaran lagi.
Ah, suara itu sering mengganggu?kenapa?Ya Allah apakah ini teguran dari Kau pada aku?Atau ia hanya mainan tidur? Adakah itu tanda Engkau masih sayang dan memandang hamba-Mu yang hina ini Ya Allah?Aku hina, aku pendosa, masih adakah kesempatan bagi aku untuk memohon ampun pada-Mu Ya Allah???Terbayang akan semua dosa yang telah aku lakukan..Allah...

Kebingungan aku saat itu.Bingkas aku bangun dan terus berwuduk.Mungkin ini jalan yang telah Dia beri pada aku untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik. Malam itu aku merintih, merayu memohon keampuan kepada Yang Maha Esa. Aku merintih atas segala dosa yang telah aku lakukan selama ini. Berbekalkan kekuatan yang aku perolehi dari Allah, aku tekad untuk berubah. Dari gadis yang ISLAM pada IC kepada Insyallah seorang MUSLIMAH BERDURI.

Aku mengangkat tangan memohon keampunan dan Rahmat dari-Nya.
“Bismillahirahmanirahim, Ya Allah, aku telah menzalimi diriku Ya Allah, maka ampunkanlah diriku Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapaku, keluarga serta sahabatku. Ya Allah aku banyak dosa pada-MU, Aku lalai dalam mengingati-MU, aku kufur akan nikmat yang telah Engkau berikan, aku tidak ikut akan perintah-Mu, aku tidak menjaga maruahku sebagai wanita Islam, aku tinggalkan solat, aku tidak menutup auratku, aku derhaka kepada kedua orang tuaku, aku selalu menyakitkan hati sahabatku, aku makan daging saudaraku sendiri Ya Allah..Ya Allah adakah layak aku memasuki syurgamu? Aku hamba-MU yang hina, aku berdosa Ya Allah..Ya Allah, Ya Rahman, berikanlah aku kematian pada hari Jumaat, berikanlah aku kematian dalam keadaan yang baik, berikanlah aku mati sebagai orang yang soleh, percepatkanlah aku sewaktu dihisab, permudahkanlah aku dalam meniti titian as-sirat, jadikanlah aku wanita yang solehah. Ya Allah, Ya Rahim, berikanlah aku cinta-Mu, berikanlah aku cinta orang yang mencintai-MU, berikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diri, keluarga, serta air yang dingin. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga Baginda. Aamiin Ya Rabbal Alamin.” Aku meraup mukaku dengan nafas berat.Betapa berdosanya diri ini.

Aku ambil Al-Quran yang berhabuk diatas almari, kubuka , aku menangis teresak-esak. Kabur dek linangan air mata kekesalan. Kekesalan yang amat sakit bagiku, sakit ibarat dibelah hati, dicincang lumat, betapa aku menyesal. Tiada gambaran kata-kata yang mampu meluahkan isi perasaanku saat itu.Allah, betapa ruginya aku, betapa bodohnya aku, betapa kerasnya hatiku dulu, langsung tidak endah akan ilmu agama. Nah! Sekarang aku buta dalam menilai surat cinta dari Allah, aku bodoh dalam memahami betapa indahnya bahasa cinta itu, syahdu.Aku tertipu dek dunia.Argh!!! Aku peluk erat naskah suci itu. Bagai memeluk sang kekasih, erat!.Kebodohan apakah yang telah menyelubungi diri ku dahulu? Dusta apakah yang telah menipu aku selama ini?Kejahilan apakah yang aku lalui ini? Kini aku tekad, aku bangkit dari semua kegelapan hidup, mencari sinar Illahi. Moga aku temu akan cinta sejati, cinta yang membawaku ke Jannah..Aamiin.
.............................................................................................................................................................
“Oh mak kau! Eh kau ika, suka terkejutkan aku bah”latah Yati. Terkejut lihat sosok tubuh di ruang tamu rumah serba putih.
Diam. 
“Ika, kau ok?Jangan diam bah.Aku bimbang sama kau.”kata Yati dari belakang.
“Aku..aku...aku takut”adu aku pada dia.
“Apa yang kau takutkan.Cerita sama aku.Aku dengar apa kau mahu cakap.Jangan nangis, tak manis bah”usik dia
“Aku takut dengan dosa aku.Aku banyak dosa, aku takut aku mati tak sempat taubat..aku takut” aku memeluk dia, mencari kekuatan.
“Jangan risau, kau kuat bah.Aku percaya kau mampu.Esok aku bawa kau jumpa kawan aku.Dia tu ustazah, cuma kawan dia ini saja yang tak berapa nak ustazah.hehe..” kata Yati.
“Makasih Yati, makasih sebab ada dengan aku.Makasih jugak sebab tak jemu tegur aku dan sudi berkawan dengan aku walaupun aku macam ni” kami berpelukan, erat mencari titik persamaan, mencari keserasian. Sama-sama merasai dan berkogsi rasa.
...............................................................................................................................................................
Seminggu kemudian.
“Yati, jom shopping.Aku nak beli baju dan barang-barang lain sama. Rasa sudah seminggu aku berhijrah tapi baju aku masih tidak cukup.” Ajakku gembira.
“Baik, jom. Aku juga sudah lama tidak shopping. Mau jugak shopping sebelum mau pulang raya Sabah bah.” Mencapai kunci kereta.
“Apa ya perasaan kau sejak berubah?” tanya dia tiba-tiba.
“Maksud kau?” kurang jelas pertanyan Yati.
“Ya, maksud aku, dari yang pakaiannya biasa, akhlak juga tidak manis, kepada alhamdulillah, muslimah berduri gamaknya. Sudah macam apa itu bah orang kata....ha ninja, minah arab gitu”ulas dia panjang.
Tersenyum aku saat mendengar kata-katanya itu.Lucu.Boleh dia kata aku macam tu.Senget punya kawan. J
“Alhamdulillah, aku rasa bersyukur sangat-sangat kepada Allah kerna memberikan aku satu nikmat dan hadiah yang sangat bernilai ni.Aku juga tidak bernah mengimpikan untuk hidup seperti ini, tapi sebaik-baik perancangan sudah tentu perancangan Dia.Aku rasa selamat, aku rasa terjaga walaupun aku ini dipandang seperti alien oleh masyarakat, itu lebih aku sukai daripada aku sama seperti mereka yang belum Allah campakkan ke dalam hati mereka kesedaran tentang dunia.” Itu aku rasa saat ini.
“walaupun kau terpaksa membuang jawatan kau sebagai Pengurus Pemasaran yang memang selama ini kau bangga-banggakan sangat tu” soal dia penasaran.
“Yup, wlaupun aku terpaksa korbankan tu semua.Mungkin situ bukan tempat aku.Insyallah apa yang aku ada sekarang sudah cukup bagi aku mulakan hidup baru” kataku yakin.
“Ok dah sampai..Jom shopping!!!.hehehe” semangat tengah berkobar
“Parking sini jela, kita melintas.Nanti susah nak parking seberang sana” cadang aku.
“Owh ok je.Boleh turunkan berat sikit jalan.hehe” keluar dan kunci kereta.
“Jom” tangannya ku gengam.
“Jom, sweet kan kita bah? J membalas gengaman persahabatan. Kami beriringan melintas jalan.
“Eh, kunci jatuh” kataku melepaskan gengaman kami dan aku tunduk mengambil kunci.
Dumm!!! Saat itu sebuah kereta meluncur laju, melanggar sosok tubuh kecil itu. Kaku, tergamam.Suasana menjadi riuh dengan orang ramai memenuhi tempat kejadian..
“Ika!!!Bangun ka, jangan diam” jerit Yati sambil menagis teresak-esak.
.........................................................................................................................................................
“Sudahla tu nak, jomla balik. Nanti kita mai lagi na.”pujuk Mak Piah, ibu saudara Syafiqah.
“Baik makcik” mereka beriringan keluar dari tanah perkuburan.
.........................................................................................................................................................
Malam itu aku mnyelak diari peniggalan Ika. Dia seorang yang suka memendam rasa. Semua hanya akan diluahkan hanya kepada En Diari. Aku selak satu persatu sehingga pada satu muka, aku menangis lebat.
Dear En. Diari, aku rasa masa aku sudah hampir, seperti dalam mimpi aku. Andai aku mati biarlah dalam aku sudah bertaubat, menjadi hamba yang beriman. Jadi besok aku nak ajak Yati sahabat baik aku tu keluar shopping, nak membeli sesuatu untuk dia. Harap dia suka. Hehe <3

Terbayang saat dia mengajak aku keluar, erat gengaman tangan itu, rupanya dia tahu.Moga kau tenang disana sahabat. Al-Fatihah. L

Saturday 2 August 2014

saYANg awAK


assalamua'laikum dan salam lebaran tuk semua..

sedang asyik aku berjalan ke bazar ramadhan tetiba ada yang menegur.macam penah kulihat ya, tapi dimana..apa namanya???
"awak" sapa asmah..
"eh awak, em maaf saya lupa la nama awak..kita jumpa waktu Kem 3R haritu kan. maafla saya ni ingatan tak kuat..hehehe" tersipu-sipu aku menjawab. 
"hala..awak tak ingat saya ka..saya asmah la...awak siti kan.ok awak nanti jumpa lagi ya"balas dia.
"ok, nanti maila bilik saya, A422..boleh sembang panjang." balas aku

Sejak dari situ kami berkawan baik..dia selalu berkunjung ke bilik aku.kebetulan aku tidak punya 'roomate' jadi diala yang selalu merantau mai bilik aku..kami akan berkongsi segala cerita, segala benda..dan sejak tu dia mula pakai tudung labuh..kami mula jd BFF.. p mana mesti kami dua ada..n yang lain jugak..

teet teet..(mesej masuk)

salam, awak jom p bilik 
fatin.mkn garam belacan

aku membalas mesej dia
wah, bole2..jom..
tggu tau. :)

reply dari dia 
ok, jumpa dsana:)

sehinggala satu hari dia jauh dari aku.dia mula cuba buang perasaan dia pada aku.kami mula bergaduh.aku mula rasa tidak senang dengan dia..hanya kerana seorang lelaki..aku bukan tidak suka, cuma aku mahu mereka menjaga..salah aku kerna keras dalam teguran, salah aku kerna tidak kuat untuk bersama dia, salah aku kerna aku abaikan persahabatan kami, salah aku kerna aku bukan sahabat yang setia,salah aku kerna aku lah punca kami berpisah..sikap dan akhlak aku yang membuatkan dia lari dari aku..


apa yang aku inginkan, hanyalah kami kembali menjadi sahabat, bukan kawan..aku sudah tidak betah melihat dia menghadapi ni semua seorang diri..ujian yang dia hadapi itu pada aku terlalu kuat..aku juga tidak mapu untuk itu.mungkin ini hanya angan-angan mat jenin.tapi pada aku selagi kami hidup, selagi itu peluang masih ada walaupun hanya 0.01%..tidak salah untuk mengharap bukan?
setahun kemudian.

"assalamua'laikum, siti. awak kat mana.kami nak p beraya ni?" panggilan dari si dia
"waa'laikumusalam, alhamdulillah baru sampai rumah.nak mai ka?jemput, jemput.." bahagianya..see kan dah kata, x salah mengharap, walaupun mustahil pada kita tapi tidak pada Allah..

"Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan cinta kepadanya"
(H.R. Abu Daud dan Tarmidzi)

Dari Anas ra. mengatakan bahawa seseorang berada di sisi Rasulullah S.A.W, lalu seorang sahabat melewatinya. Orang  yang berada di sisi Rasulullah S.A.W tersebut mengatakan, "aku mencintai dia Ya Rasulullah." lalu Rasullah saw bersabda, "Apakah kamu sudah memberitahu dia?" Orang itu menjawab, "Belum". Kemudian Rasulullah S.A.W bersaba, " Beritahukan kepadanya." Lalu orang itu memberitahunya dan berkata, "sesungguhnya aku mencintaimu kerna Allah." Kemudian orang yang dicintainya menjawab, "Semoga Allah mencintaimu kerna engkau mencintaiku kernya-Nya".
(H.R. Abu Daud)

* so saya nak bagitau awak semua saya sayang awak semua kerana Allah ;)
#ujian dalam bersahabat itu berat tapi insyallah, letakkanlah pengharapan walaupun payah.. :)
#ingat setaip kata itu adalah ujian, dan setiap ujian itu adalah tanda ingat
<3