Monday 10 February 2014

keKESalaN YaNG memBAHAgiaAKAN

ASSALAMUA'LAIKUM dan salam satu aqidah!!!



“apa ni bang…orang tak mau p..muktamad!!” jerit aku..malu la, lagipun aku dah besar..bukan lagi kanak-kanak hingusan yang boleh digula-gulakan…nanti apa kata budak-budak padaku…

“aku kata p jugak..hang nak jadi apa hah!!!melawan noh la ni..besaq kepala…”marah abang kepadaku..

“suka hati ja paksa orang orang p belajaq dengan Tok Ki tu, dahla garang..suka hati dia ja nak rotan orang” balas aku..tanda protes tak mahu belajar mengaji dengan Tok Ki yang sememangnya terkenal dan dihormati orang kampung kerana sikapnya yang baik dan jasanya mengajar Al-Quran kepada anak-anak kampung Belalai Gajah..

“dah hang tu ketegaq sangat…padan la..aku suruh p mengaji hang p melepak..padan la ayah suruh hang p belajaq ngaji dengan tok ki..biaq hang tau rasa sikit..”abang tak mahu mengalah..

Bamm!!
Pintu aku hempas sekuat hati tanda protes…ayah hanya memandang sepi..

Sikap aku yang agak liar dan suka melepak membuatkan ayahku runsing dan khuatir. abang yang sememangnya tegas dan bertanggungjawab meleteri aku kerana tidak sanggup melihat ayahku terus risau akan masa depanku. aku sudah berumur 15 tahun. tapi aku masih belum khatam Al-Quran…kadang-kadang sekolah juga aku ponteng dan melepak bersama kawan-kawan di sawah..
Dulu aku seorang anak yang baik, sentiasa menolong mak dan ayahku dibendang walaupun aku masih kanak-kanak tika itu..mak dan ayah amat menyayangi aku…bahkan akulah anak manja mereka..pelajaran aku juga baik dan sentiasa mendapat pujian guru-guru…tapi kini semua sudah berubah sejak mak meninggalkan aku untuk selama-lamanya..aku tidak boleh menerima kehilangan seorang ibu saat aku masih perlukan perhatian darinya…kemalangan ngeri yang meragut nyawa mak tu membuatkan aku bertukar dari seorang yang disenangi oleh orang kampung kepada budak kampung yang suka membuat masalah…aku sering melepak bersama kawan-kawan di tepi simpang dan kami akan mengusik sesiapa sahaja yang lalu di situ…bahkan kami juga merosakkan kemudahan yang ada dikampung…


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di suatu petang yang damai, angin sepoi-sepoi bahasa menapar lembut pipiku...terasa tenang, setenang wajah seorang ibu.. Aku terlihat dari jauh mak sedang menuai padi di sawah...Niatku yang pada mulanya mahu membantu ibu telah aku lupakan sebaik aku terpandang sepupuku yang datang membawa kail..

"wah!!ini rezki ni..best jugak kalu boleh mengai (memancing) petang-petang ni...mesti best" gumamku didalam hati..

"Ali!!!tunggu sat...aku nak ikut hang." jerit aku

dia berhenti dan berpaling memandangku sambil tersenyum mesra..sikapnya yang ceria dan peramah itu amat disenangiku..mudah untuk aku bersahabat dengannya.tambahan pula umur kami sebaya, membuatkan kami menjadi akrab.

"owh Mail....jom lekaih..aku tak sabaq dah ni nak pi mengai kat hujung tu..Mat kata dia dapat banyak kat situ kemarin..kalu rezeki kita harini boleh makan wan gulai (gulai ikan haruan)" balasnya.
"hang ni awat tak bagtau awai-awai nak mai mengai, kalu dak aku bawak mengai aku mai..ni kena share bagai..tak syok la".adu aku pada dia.
"maaf la wei, aku pon x sangka nak jumpa hang..kot hang x mau p sebab tadi aku tengok hang pakai baju macam nak turun bendang..tak dan nak keloi(panggil) hang laju ja jalan pi." jelas dia
"owh aku memang nk p padang pon..ingat nak tolong mak aku tanam padi tadi..tapi kalih-kalih nampak hang wak mengai memang x jadilah..alang-alang cuti ni aku pon dah lama tak mengai..teringin jugak" aku menjelaskan padanya.

hari dah menjelang senja baru kami pulang..ikan yang dapat juga agak lumayan..haruan 4 ekor, puyu 5 ekor, keli juga ada seekor..boleh la untuk kami bawa pulang kerumah..

"oih!!" sergah Ali
"hang dok pikiaq apa ni jauh mengelamun..dari tadi aku dok perati.ada masalah ka??" tanya Ali
"aku teringat waktu kita budak-budak dulu..pi mengai, mai gasing, main caphlong(senjata dari buluh, peluru buah terung), tangkap ikan, menimba, tangkap ikan karem..aku rindu..hang tengok la ni kita..kosong, gelisah..tambah-tambah semalam, aku gaduh dengan abang aku.." ngadu aku pada sahabat
"awat hampa gadoh???abang hang bukan diam ka??soal dia kepelikan
"dia marah aku tak mau p ngaji dengan Tok Ki.ayah aku suruh aku pi.tapi aku tak mau.." jawab aku
"owh padan la..jadi la ni hang nk p ka dak??soal dia lagi
"aku ingat nak p kot, tak mau bagi ayah aku risau lagi..dah la orang tua tu tak sihat la ni..kesian pulak aku tengok" aku beralah
"aik, hang ni, tak pa la kalau macam tu nanti kita p sama-sama noh..aku pon rasa nak berubah jugak la.."kata dia tanpa sedar perubahan sikapku

sebenarnya aku mimpikan mak semalam..selepas aku bergaduh dengan abang, aku terus tidur..malas mahu memikirkan masalah..tiba-tiba aku didatangi oleh bayangan mak sewaktu aku tidur. Dia berpesan padaku supaya aku berubah, jangan aku jadi seorang anak yang derhaka..tindakan aku sepanjang 2 tahun ini amat melukakan hati ayahku. Dia merasa bersalah dan terseksa melihat aku semakin mengabaikan tanggungjawabku sebagai seorang anak dan seorang hamba kepada Sang Pencipta. Karna itu aku sedar, aku perlu BERUBAH!.

bersambung....