Sunday, 17 May 2015

JODOH

Assalamua'laikum dan salam rindu untuk awak..


Dah lama jugak tak menulis..Jam menunjukkan pukul 2.58 am, 18/5/15 hari Isnin bersamaan 29 Rejab 1436H..masih belum boleh tidoq wlaupun penat seharian kenduri arwah wan..Al-Fatihah untuk arwah wan, Nanyan bin Hawa yang telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 14 Mei 2015 pada usia 86 tahun...em apa yang aku cuba sampaikan sebenaqnya???

Macam yang aku tulis kat atas tu..JODOH..Lately, isu kawen, jodoh selalu ja bangkit..dok ngaji pon lepa dan lagi buka isu nih,bukak Fb, dok menyembang, potong bawang, semua akan  selit pasai kawen..kakak aku nak doktot..mentangla Dr. yang ambik kes wan aku tu semua hansem-hensem, dahla sopan ja..sebab tu aku sanggup jaga sampai 3 malam..hoho..ok lawak ja..berbalik kepada isu kakak aku..amiinkan ja..moga cepat sampai jodohnya..tak la aku risau sangat...ya bagi lepa dua mungkin okla, tapi aku??muda lagi kot..hohoho..

aku pernah terbaca yang bermaksud macam ni la, banyak fikirkan jodoh membuatkan kita lupa untuk mengingati mati..tapi aku tak penah marah or salahkan orang yang fikir tentang jodoh, biasala bilamana angka 2 mula kelihatan..nanti dah masuk 25 dan keatas mungkin rasa tu kembali normal..tak normal eh terlalu pikiaq jodoh??haha..tak dinafi aku pon dok pikiaq jugak..cuma mungkin ya, tahap aku yang masih kebudak-budakan...dan atas sebab kebudak-budakan tu jugak aku menolak pertanyaan dia..lagipun feedback dari sahabat, senior dan orang yang lebih berpengalaman..dan sedikit istikarah..mungkin belum berjodoh atau bukan jodoh...

jodoh itu pada aku bawak mai sekali dengan tanggungjawab..berat..kak ana kata kalau aku dapat mak mentua cenngei(garang), cerewet, abih la hang..aku kan belum rajin...silap-silap kena halau..sobsobsob..dan soalan yang em tak la selalu, dan tak jugak jarang-jarang..mungkin kadang-kadang ditanya..hang bila nak kawen???amboih teruk betoi..ok, aku tau muka aku nih tua dari umoq..dan aku pon tak tau nak jawab apa..sebab..ya nak kawen, tapi bila mai ha gelabah teruk..ya..belum bersedia sebenaqnya..angka yang aku habaq tu cuma target..dan orang selalu kata Allah akan hantaq mai jodoh bila hang dah sedia..so kengkawan aku yang dah selamat tu, kira lepa dah sediala..kawen muda nih baguih...sungguh..

Kesimpulan dia kat sini, apa yang hang rasa, dan apa yang orang nampak tak sama..so keputusan pada hang..tapi ingat orang lain pon ada hak untuk bagi pendapat..aku rasa mungkin tak sempat kot nak jadi PUAN, mungkin teruih arwah..hoho..kawen tu satu benda yang tak pasti, tapi mati tu dah komfem-komfem..bila muhasabah balik, aku rasa macam, Allah beratnya..rasa tak mampu nak langgkah naik tangga (maratib amal)..sebab individu pong mung dop panda..mung nak ngajo anak mung gapodeo???hoho.' so prepare dulu ilmu didada before nak jadi madrasah untuk anok mung deh.dan peringatan untuk aku dan hampa jugak, jangan kita nak kenen-kenenkan orang,takut jadi asbab penyakit hati..(korang mesti penah rasakan bila orang kenen-kenenkan)dari tak rasa ada rasa..macam dicurah gula..manissss.


sekian.

#adajodohkitajumpalagiye


No comments:

Post a Comment