assalamua"laikum dan salam sayang buat semua..29 Mei 2015
Menyingkap hati menghampiri Illahi..insyallah lama dok nulih cerpen..ambo nak nulih lah male nih..hoho..
Amal, seorang kanak-kanak perempuan yang nakal..pening kepala baba dan umi memikirkan dia..sudahla nakal, tidak mahu ke sekolah pula dia..dulu, awal persekolahan semangat bukan main...selalu saja cemerlang keputusannya..tapi sejak darjah 5 sudah malas untuk ke sekolah..malas untuk belajar..malas semuanya..sudah tidak bersemangat seperti dulu...cikgu-cikgu berasa hairan akan perubahan dia..serba tidak kena..semua menjadi huru hara hanya kerana seorang kanak-kanak yang nakal..yang suka menyusahkan baba dan umi, cikgu-cikgu dan kawan-kawan..dan sikapnya itu makin menjadi-jadi..
satu hari, dia mendapat khabar kawan-kawan ada peperiksaan..dia juga terlibat..berbelah bagi rasa..mahu pergi atau tidak..tapi memikirkan kembali sikapnya yang menyusahkan orang dan bagaimana dia mahu pergi sedangkan dia sudah lupa ilmu yang diajar, dia sudah lemah semangat..dia pon sudah letik menyusahkan orang lain..andai dia pergi pasti akan ada masalah timbul..paling tidakpon dia akan memberi contoh buruk kepada pelajar lain..terutama pelajar bawah..dia sudah lelah dalam perjuangan dia untuk menuntut ilmu..mau jadi apa dia??dia bertanya sendiri..keliru..tapi dia harus cekal, setelah memilih jalan itu dia harus lalui walaupun beronak duri..
pada pagi yang hening, dengan menaiki basikal buruknya itu, ditemani rasa bersalah dihati dia pergi ke sekolah, melewati dewan peperiksaan dari luar pagar sekolah..memerhati dari jauh tempat pernah ditarbiyah..dia rindu, sahabat, susah payah menuntut ilmu dari darjah satu.tapi tiada daya dan kudrat bagi dia melangkah masuk...dalam pikirannya pasti mereka tengah berjuang didalam dewan dua tingkat berwarna hijau itu..tengah mengutip mutiara-mutira bagi menampung kehidupan dunia wal akhirath..betapa ruginya dia..lalu dengan cepat dia mengayuh basikal buruk itu, pergi dari situ tanpa mengucap salam ke sahabat..tidak mampu lagi melihat..dia telah pilih..harus bagi dia hadapi!
dan sekarang, dia keseorangan dalam meneruskan kehidupan..tanpa sahabat..dia yang membuang, bukan dibuang..bergolak rasa di dalam..ya, yang pasti dia punya sebab yang dia sendiri tidak mampu untuk cerita..ya setiap dari kita akan diuji dengan rasa lemah, lesu, letih, dan beruntunglah bagi siapa yang kelesuan itu menjadi kebaikan baginya, dan merugilah bagi siapa yang kelesuan itu melemparnya kelembah kehinaan..nauzubillah min zalik..moga sahabat terus thsabat dan thiqah dengan perjuangan ini bagi menuntut ilmu untuk ummah..insyallah.. :) doanya...
sekian wassalam..ha takat sini lah cerita pendek kali ni..amacam??ok tak..k paapai..
No comments:
Post a Comment