Assalamua'laikum dan selamat pagi semua....moga berada dalam lembayung Rahmat dan Kasih sayang Allah..amiin..
Insyallah saya nak kongsi dengan awak semua kisah pasai mengumpat nih..sebenarnya mengumpat ka cuma cakap-cakap nak ambik pengajaran..tak dak niat pon kan nak mengata..cuma nak buat pengajaran saja..bukan..kami cuma nak bincangkan ja masalah pasai lepa dua tu.dah teruk benor nampak hubungan lepa tu..hahaha..penah buat tak benda macam tU???tak pa..keep it as a secret..biasalah manusia mana tak penah mengumpat, mengata.hatta ahli gerakan Islam atau jemaah pon ada..benda macam ni bukan luar biasa dalam masyarakat la ni..Ianya bergantung kepada individu tu sendiri..Dan ianya amat seronok..dok buat nasi tambah pulak..memang sedap..
Ok..waktu tu aku masih lagi sekolah kat Teknik Tunku Abdul Rahman (T.I Penang)..Dan macam biasa, aku kena komfemkan dengan Ustazah Thaniah pasai kuliah agama bagi aspuri..setiap Khamis tak silap aku..lupa dah lama..Dan malam tu Ustazah cerita bab mengumpat..Habaq la, kalau mengumpat dosa dia tak diampun oleh Allah melainkan dia p mintak maaf kat orang yang dia umpat..kalau kita terumpat orang yang tengah jalan pon selagi mampu kita kena p mintak maaf..kalau tak boleh, kita sedekahkan Al-Fatihah ja kat si fulan tu..
Cerita ustazah malam tu sangat meyentuh hati semua budak asrama perempuan(aspuri)..Ustazah pesan, kalau ada buat salah p la mintak maaf sebelum terlambat..kalau malu atau takut dia lagi marah bila kita cerita yang betoi cukup sekodar kita p cakap mintak maaf semua salah silap..tak cerita dosa kita pon tak apa..dan waktu sesi soal jawab ala-ala ustaz azhar tu, ha tudia, belambak la soklan-soklan cepumas mai..yang sah-sah kena ajk asrama la yang student suka dok tanya..serius malam tu lawak sangat..dan keesokkannya semua terkejut..cikgu-cikgu, termasuklah aspura..ingat budak-budak aspuri kena sampuk..
ha..cerita pasai kena sampuk ni..lama jugak la aspuri kena sampuk pasai kes mengumpat ni..berminggu-minggu, hampir sebulan pa tak silap aku....kena sampuk pasai apa???ya, semua budak aspuri jadi baik untuk satu tempoh masa yang sangt lama dan dalam sejarah aku rasa..aman ja rasa..setiap hari jumpa orang mesti mintak maaf...kalau nak mengumpat pon mesti tak jadi..teringat pesan ustazah..sebagai salah sorang ajk jugak masa tu yang ada masa bekerjasama dengan aspura, aku dengan ajk perempuan yang lain tempat lepa tanya..awat dengan budak aspuri sejak dua menjak ni??pelik kami tengok.jumpa ja keja mintak maaf..mentang-mentang la kami ni banyak mengutuk budak aspura..kalau boleh nyanyi dalam bilik aiq tu, dengaq sampai ke aspuri..macam-mcam waktu tu..syok..
Jadi aku dan kengkawan yang lain pon cerita la kat lepa, kami ni dapat kuliah yang super sentap..lepa jeles sebab lepa tak dak macam tu..FYI sekolah aku tu islamik sikit..tudung kena lepas, x boleh selempang,,pin wajib boh 3 bijik..kalau tak kena dengan ajk..bawal ja boleh..cencaru, siakap semua tak boleh..awai-awai masuk aku pon terkejut jugak..lama-lama suka pulak..tapi masuk ja batch baru semua dah longgar, tudung segera yang pendek pon dah boleh..ha berbalik kepada cerita tadi..memang harmoni sepanjang tempoh aspuri insaf tu..tak dak gadoh-gadoh..kata mengata..kira aman dan mudah la bagi aku nak susun jadual kuliah..cuma sayang aku tak ingt cerita ustazah tu..banyak la ilmu yang kami dapat waktu dok asrama TARP tu..terutama budak aspuri la..Ustazah Thaniah tu isteri pengetua TARP..Lani pengetua aku dah pindah dah mai Teknik Alor Star pulak..Berkhidmat kat sini pulak DAN ustazah masih aktif dok mengajar kuliah area penang, jitra, alor star dan merata la..
Pengalam yang tak akan aku lupa sepanjang aku belajaq kat TARP..rindu nak panjat bumbung surau, lepak kat situ..nak jemaah kat surau time budak aspura p masjid negeri solat jumaat..sebab kami boleh kodek-kodek bilik imam lepak kat bawah..haha..usrah HELWA/PPI dengan abang Zhaf pastu Ustaz Suhaimi belanja aiq kotak..hoho...rindu nak p bilik AVA, nak bukak lampu tertekan loceng, pastu pakat lari..takut kata ceroboh aspura..rindu nak dengar lagu raya sementara nak balik kg..ucapan raya..wargh!! .tengok kura-kura kat sungai aiq hitam..dalam skolah aku ada sungai, tapi aiq dia hitam..nama pon aiq hitam kan..Rindu dengan junior-junior yang akai jenuh..Kak anti couple lepa panggil aku..kuang asam betoi..rindu Cikgu Zarina..baik sangat cikgu tu..dia cikgu kelas aku..Rindu awam 2..Atyqah, Hana, D2, dan semua la..
ok...dah lari tajuk..papai...wallahualam
Rasulullah bersabda : "Orang yang mengumpat saudaranya bererti menginginkan keburukannya. Pada hari kiamat, Allah akan menghentikkanya di atas jambatan Jahanam sehingga keluar apa yang pernah dikatakanya".
okay aku dah ingat dah cerita tu...yang ustazah aku cerita tu..pasai seorang perempuan pada saat kematiaan dia.
sewaktu pengkebumiaan dia, saudara lelaki dia tertinggal bungkusan dalam kubur dia..lepas tu saudara dia p gali balik dan dia nampak api menyala-nyala dalam kubur..dia pon takut dan lari balik ke rumah dan bertanya kepada ibunya..
'katakan kepadaku, apa yang telah dialkukan oleh saudaraku ketika hidupnya.." tnaya lelaki itu..
ibunya menjawab, " dahulu dia semasa hidupnya suka mendatangi pintu-pintu rumah jiran dan melekapkan telinganya untuk mencuri dengar perbicaraan para penghuni rumah.
Setelah itu dia akan menyebarkan dengan tujuan mengadu domba..jadi ambillah ikhtibar dari cerita tu..
No comments:
Post a Comment