Tuesday, 10 December 2013

Kebiadapan ‘lelaki’ mancabar ‘muslimat’



Assalamua’laikum dan salam ukhwah sejagat..

Mengapa tajuk itu yang dipilih kali ini buka kerana ingin  seratus peratus menyalahkan sang pria terhadap perbuatan mereka yang mencabar dan menjatuhkan maruah wanita..mungkin ada yang berpendapat itu tidak asil..ya itu memang tidak dapat dinafikan…kedua pihak berpotensi untuk menjadi faktor kepada permasalahan umat kini..tapi bukan isu itu yang ingin aku katakan di sini..apa yang ingin diketengahkan ialah KEBIADAPAN LELAKI MENCABAR MARUAH MUSLIMAT…sesetengah daripada mereka tidak sensitif kepada wanita yang bertudung labuh aka menutup aurat bukan bertudung ya..kebiadapan mereka itu amat dibenci dan hal itu sememangnya secara tidak langsung akan mencalarkan imej seorang muslimah itu sendiri..kami bukan meminta sanjungan tapi penghormatan dalam memelihara maruah kami sebagai MUSLIMAH…

Ketidaksensitifnya kaum adam ini terhadap maruah dan imej wanita Islam itu akan menampakkan yang tiada perbezaan antara wanita Islam dan bukan Islam..bukankah dalam Al-Quran sudah tercatat untuk meminta kami, kaum wanita ini untuk menutup aurat dalam surah An-Nur ayat 31 dan surah Al-Ahzab ayat 59.. so kami dah cuba but…how about man?? Ok ni peringatan untuk kaum lelaki pulak…surah An-Nur ayat 30..

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah amat mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.

Ok ni contoh situasi…bilamana seorang lelaki menyukai seorang wanita terutamanya bertudung labuh.. please la respect wanita tu..jangan ganggu dia dengan mesej-mesej lara, bercakap yang tidak penting, bergurau lebih-lebih dengan dia…hatta memandang pun menyebabkan kami rasa tercabar..bukankah kita diminta untuk menjaga pandangan, ingat ikhtilat(pergaulan bebas antara lelaki/perempuan) itu haram…jadi andai benar kamu berniat untuk menjadi yang halal untuk dia jaga dahulu maruah dia..jangan menjadi seperti batu ladam yang memberatkan maruahnya…mungkin pada pandangan sesetengah pihak yang lain perkara itu biasa..tapi sebenarnya melalui perbuatan itu akan memungkinkan orang ramai untuk tidak hormat kepada muslimat itu..

Em situasi kedua bila mana muslimat terpaksa menggunakan pengangkutan awam or keluar rumah yang memerlukan kami untuk bercampur dengan masyarakat hal sebegini bukan mustahil untuk terjadi kepada muslimat..dunia kini seolah-olah tidak menghargai wanita..sebaliknya mengeksploitasikan wanita sebagai ‘barang dagangan’ secara sir(rahsia).. kadang-kadang perasaan gusar, takut dan seram dengan pandangan tajam sang lelaki yang tidak dapat ditafsir oleh akal kami…memberi salam dengan niat lain, say hi! Dan yang lebih berani ada yang memperlekehkan kami dengan perbuatan…bukan nak menyalahkan tetapi andai terpaut hati jangan sampai benda sebegitu disalahertikan..pernah terjadi pada sahabat saya sendiri, seorang lelaki yang terpaut pada dia nak berkawan, ok fine itu mungkin nampak normal lagi..tapi apa yang nak di utarakan di sini ialah cara lelaki itu men’approach’ tu dengan menulis no tel dan kata2 perkenalan di atas kertas yang disertakan dengan gambar dan diletakkan di atas paha muslimat itu..kebetulan seat atas bas sebelah-sebelah..suka hati dia ja..ketidakpekaan itu yang saya katakan menjatuhkan maruah wanita..muslimat itu dipandang aneh oleh penumpang yang lain…????pendapat anda???

fikir-fikirkan lah wahai lelaki…bantu kami menjaga maruah, kami bantu mengurangkan dosa..dengan berpakaian menutup aurat..deal..ingat bukan perhatian yang diminta tapi pernghormatan… itu lah yang dapat saya katakan apabila melihat keadaan muslimat kini yang seolah-olah ‘dicabar’ dan melihat tanda amaran kami(tudung labuh) kami tidak mendatangkan kesan pada mereka….kami berpakaian sebegitu buka saja-saja tapi perintah Allah supaya kami tidak diganggu dan mengganggu.. J wallahualam..

No comments:

Post a Comment