Sunday, 29 December 2013

10 Wasiat Imam Hassan Al Banna



assalamua'alaikum dan salam ukhwah.. :)

1. Apabila mendengar azan, bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah, dan janganlah membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak membawa apa-apa kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan merasa tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia, malah menyakitkan hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap malainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah adalah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan perlaksanaannya.

No comments:

Post a Comment