Insyallah this new entry is about KAHWIN MUDA!!! hakhakhak..cool bukan???err..
Bila diperkatakan tentang KAHWIN MUDA, macam-macam statement akan keluar...antaranya :
1. eww..dah terlanjur la tu..(jahat giler kata kat orang)
2. awat yang kalut sangat, muda lagi kan???
3. .meqela aih..gatai noh nak kawin…
4. makan pon mak ayah yang tanggung ada hati nak tanggung anak dara orang
5. bagi la habis belajaq dulu..jauh lagi nuh perjalanan
5. and a lot of reason yg pada saya annoying gila..
tapi Allah dah kata dalam Al-Quran..
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan jadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Ar-Ruum :21)
ya betoi, benda ni atas individu tu sendiri..but if ada org nak kahwin tu biaq jela..no need to stop their niat tu..dari jadi benda tak elok baik biarkan saja...tapi awas!!!perkahwinan bukan kerna nafsu semata tapi bermatlamatkan Allah dan dipandu oleh ilmu juga..so time-time bujang nila kita kena buat preparation untuk melangkah ke alam yang lebih mencabar dan mengharapkan rumahtangga yang SAMARAH yakni SAKINAH(tenteram & damai), MAWADDAH(cinta & harapan) serta RAHMAH(kasih sayang)...kahwin muda ni bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dipandang enteng oleh kita..so apa yang kita kena bersedia???
Jom tengok checklist :
a) solat
b) cinta ilmu
c) manfaat orang lain
d) akhlak
e) ilmu rumah tangga
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki
yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji
(pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan
lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
dah lulus, dah lepas tarbiyah diri??bravo!!!tahniah..but got a lot of things that
we need to consider..so jom kita p bedah minda..kahwin masa study or lepas
study…ayuh bahaskan..
YES!!!Ana sokong kawin muda!!!
Kenapa menyokong???
- Mengelak dari zina dan maksiat
- Dapat mengawal nafsu
- Dapat menjaga batas perhubungan
- Dapat mengelak dari menjadi fitnah (terutama muslimat)
- Hidup lebih berkat (semua pahala)
- Lebih matang dan bertanggungjawab
- Ada pelindung (he3)*merapu ja
NO!!!Ana tolak kahwin muda!!!
Kenapa menolak???
- Sikap diri yang masih tidak matang
- Tidak pandai hal rumah tangga (cth: masak, mengemas dll)
- Masih belajar (terutama lelaki sebab tanggungjawab dia lebih besaq)
- Perkahwinan bukan permaianan
- Ilmu agama masih cetek (lelaki take note)
Jadi jangan takut untuk berkahwin muda kerna kahwin merupakan sunnah Nabi.. :)Usah risau tentang rezki kerna Allah pasti mebantu..
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah
tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus
dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara
kehormatannya”. (HR.
Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
So, dalam memilih pasangan ini perlulah berpandukan ni...
1)keturunan
2)kecantikan
3)harta
4)agama
Bagi yang berada dalam gerak kerja dakwah perlulah lebih berhati-hati dalam memilih bagi memudahkan kita dalam menggerakkan jentera dakwah ke medan juang...jangan disebabkan suami/isteri kita berhenti berdakwah..jadikan pasangan kita itu minyak yang menyemarakkan lagi api perjuangan kita...wallualam.. :)
Dan
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah)
menjadi pelindung (penolong) bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh
(mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat,
menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan
diberi rahmat oleh Allah ; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana
(Qs. At Taubah (9) : 71).
"Marriage is not about love, It's about making ummah, so friends let prepared!!"
No comments:
Post a Comment