assalamualaikum dan salam rindu...
akhawat itu agamanya menjadi utama,
akhawat itu maruahnya menjadi nyawa,
akhawat itu imannya menjadi raja,
akhawat itu ilmunya menjadi tentera,
akhawat itu malunya menjadi senjata,
demi untuk menjadi pejuang agama.
Situasi A
dibawah pohon cemara di tepi tasik bersama tugasan sambil berbual kosong merehatkan minda.antara empat sekawan yang pelbagai ragam. Aisyah seorang yang ceria dan periang, Hilma seorang yang baru berubah dan manja , Syahidah seorang yang tegas tetapi mudah percaya dan Humaira seorang yang sopan dan bijak.
Aisyah : wargh!!!tension betul la…hidraulik nie…susah betul…aira,ima, idah….jom sembang…tutup buku..he3
Hilma : ish enti ni…ada ka patut ajak ana benda yang palinggg ana suka…he3…ana pun dah tepu dah ni…bak kata idah, rehatkan minda, tenangkan jiwa..kihkihkih..(>,<)
Syahidah : ana pulok yang terkena..ana redha je…sahabat ana kan mendengar kata..kami dengar dan kami taat..he3..tak begitu saudari Humaira???
Humaira yang termenung terpinga-pinga bila mendengar namanya disebut..
Humaira :maaf-maaf, apa ya??ana tak dengar la…(malu-malu)
Aisyah :enti ni jauh sangat termenung ni…teringatkan sapa tu???ustaz Hilman ke?? Wah-wah dah ada bau nasi minyak ni…
Syahidah :Aik apa yang terjadi ni??kenapa ana tak tau isu semasa ni??? Tak aci betul..sampai hati aira tak bagitau kat idah…
Hilma :ala idah jangan merajuk..buka salah aira x bagitau tapi baru terjadi pagi tadi saja..kat tepi library. Ustaz menegur aira…kan Aisyah kan??
Humaira :Astaghfirullah, jangan kalian sebarkan fitnah ini..nanti susah kalau tersebar…ana tak ada apa-apa dengan ustaz Hilman…bahkan itu pertama kali dia menegur ana di luar gerak kerja…
Aisyah :tapi enti nampak secocok dengan ustaz dan ustaz pun macam ada hati pada enti…kedua-dua sam cantik sama padan..baik dari segi akhlak mahupun ilmu..maklumlah presiden Helwa dan presiden PPI..
Syahidah :benar aira?? Enti berdua ni jangan la nak padan-padankan meraka berdua, andai benar sekalipun biarkan Allah yang menyatukan mereka dengan cara yang baik..bukan dengan adanya cerita yang boleh menjatuhkan maruah kita sebagai Muslimah…ingat jagan kita jadi seperti kata Nabi, bahawa wanita merupakan fitnah terbesar kepada lelaki pada akhir zaman nanti..nak ka kita???
Humaira : sudah-sudah..ana x marah Cuma ana sedih, kelihatan seolah-olah ana tidak menjaga batas pergaulan dengan Muslimin bila timbul isu ini..salah anakah???
Aisyah & Hilma : maafkan kami ya ukhti..bukan niat kami nak cakap sebegitu..Cuma kami suka melihat andai enti dan ustaz bersatu..tu saja…
Situasi B
Humaira mengalihkan topik ini bagi mengelakkan isu ini berlarutan dan akan ada masalah hati antara mereka yang boleh menggoyahkan pohon persahabatan…
Humaira :enti apa pendapat enti tentang perjuangan kita?maksud ana apa sumbangan kita? Sebagai akhawat?
Hilma : aira, enti ni kita bukan tak mahu bicara tentang perjuangan, tetapi ana bosan..hidup seolah tiada masa untuk diri sendiri…kadang-kadang ana letih dengan amanah ini..
Syahidah : Masyallah enti..kenapa berkata sebegitu..tak elok enti..kita perlu sedar kita ini manusia istimewa yang Allah telah pilih untuk menjadi rantai-rantai perjuangan Rasulullah SAW. Sepatutnya kita bersyukur enti…tidak semua tiram itu menjadi mutiara…
Hilma : bukan maksud ana untuk menarik diri dari perjuangan..Cuma ana ingin waktu untuk ana memikirkan diri ana dan masa depan ana sahaja…maafkan ana…
Aisyah : benar…kekadang ana jugak merasakan benda yang sama seperti ima…tapi ana mujahidah melawan nafsu ana dengan yakin setiap pertolongan dan perjuangan kita untuk agama Allah pasti pertolongan Allah itu mengekori kita…syahid dan syurga impian ku!!!
Humaira : bukankah kita dilahirkan untuk menjadi hamba Allah, kita dipilih bukan bererti kita tiada kehidupan, tetapi kita dipilih supaya hidup kita lebih bererti…memikirkan ummah dan agama itu adalah kewajipan bagi seorang pejuang…kita sudah berjanji untuk mewakafkan diri di jalan Allah… menjadi pejuang agama Allah, menjadi pembakar semangat untuk Muslimin dan ulama-ulama kecil nanti..ingat jangan sampai kita menjadi fitnah dan penghalang dalam perjuangan Muslimin..
Hilma : terima kasih sahabat…syukran atas nasihat dan peringatan...sarangheo!! uhibbukifillah abadan abada…<3
Syahidah : afwan..tak mengapa enti..itulah gunannya sahabat..saling ingat-mengingati…saling tegur-menegur andai hal itu boleh memudharatkan kita, persatuan dan maruah keseluruhannya…ingat ya pesanan ana ni..JAGA IKHTILAT, PERJUANGAN MEMERLUKAN UKHWAH & PENGORBANAN…sentiasa mengharapkan madratillah…
~JAGA IMAN, JAGA HATI, JAGA IKHTILAT, JAGA AGAMA~
No comments:
Post a Comment