Tuesday, 28 May 2013

Muhammad kekasih hati

Petang tadi pi tengok org mati,
Kena pulak hari ahad,
Nak kenal sapa kekasih hati,
Dialah yang benar Nabi Muhammad.

Baginda amat aku rindui..Aku selalu memohon untuk diberikan syafaat olehnya tika hari perhintungan kelak..Tapi adakah diri ini layak???Berapa sgt sunnah baginda yang kita ikut jika kita kata kita cinta, rindu dan kasih kepada Baginda..Hatta cara baginda makan pon tidak mampu untuk kita ikut..

Betapa kasihnya Baginda kepada kita sampai sewaktu kewafatan Nabi pon masih menyebut ummati, umati, ummati..tapi kita hari ini tidak kenal siapa Muhammad bin Abdullah..TAPI kita kenal pelakon korea kita kenal penyanyi barat kita tahu cerita mereka..sedihnya kita hari ini…seorang tokoh yang paling dihormati dan dikagumi kita lupa..hanya diingati tatkala Maulidur Rasul..tidak pernah terdetik dihati untuk mengkaji siapa Muahammad..apakah sejarahnya..bagaimana Nabi membawa Islam yang Ghuraba ini(dagang) untuk kita..tanpa Nabi siapa kita, tanpa Nabi Islam tidak akan sampai kepada kita..kebenaran tidak akan sampai kepada kita..Nabi dihadirkan untuk memperelokkan akhlak kita manusia kerana apa???akhlak Nabi itu akhlak Al-Quran..sentiasalah basahkan lidah kita dengan selawat mengingati Nabi..

Orang kata kalu nak cinta kepada seseorang tu kita kena kaji kisah dia..kenal serba-serbi tentang dia..dan kita bayangkan dia..macam yang kita selalu buat waktu baca novel..gambaran tentang hero yang belayar diminda membuatkan kita sudah jatuh cinta..nah..jadi begitu juga kalau nak cintakan Nabi..kita baca la kisah dan kebesaran yang ada pada Nabi Muhammad SAW..kita akan jatuh cinta dengan akhlak dan peribadi Rasulullah...kalau hero novel boleh takkan hero umat Islam x boleh??kn.. 

 *hayati tau video ni..buat lamcm mana pon..biar boleh teriak(menagis)





No comments:

Post a Comment